Feb 28, 2011

Salin Dan Tampal Aksara Dengan CopyPasteCharacter


Ingat lagi tak, dulu penulis pernah menulis tentang Fungsi Kekunci ALT Dengan Nombor?? Hari ini, penulis ingin membawakan sebuah laman web yang membolehkan anda salin tampal aksara tertentu tanpa penggunaan kekunci ALT dan nombor.

Feb 27, 2011

Kata Nama


Kebanyakan pelajar keliru apabila sesuatu kata nama yang dituturkan berbeza dengan tulisan sebenar kata nama tersebut. Untuk keterangan lanjut, baca sampai habis.

Feb 25, 2011

Highlight Teks Dengan Awesome Highlighter


Anda mahu highlight teks dari blog yang anda rasakan menarik?? Mungkin juga anda ingin mencuba copy paste cara baru. Anda boleh menggunakan laman web di bawah untuk berbuat demikian.

Feb 24, 2011

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung mempunyai beberapa kategori, hari ini penulis ingin fokuskan pada kata hubung gabungan. Jom kita masuk kelas.

Feb 23, 2011

Semak Saman Kenderaan


Kurang lebih lima hari sahaja lagi, anda akan diwarna disenarai hitam sekiranya GAGAL MELUNASKAN SAMAN YANG MASIH TERTUNGGAK. Jika anda bayar saman anda di dalam tempoh masa yang diberi, anda akan mendapat diskaun sehingga 50%.

Feb 20, 2011

Cara Membuat Wishlist


Okeylah, malas nak bermukadimah panjang hari ini sebab ketiadaan perasaan mood. Penulis cuma mahu mengajar tutorial yang ringkas sahaja iaitu cara membuat wishbone wishlist. Nak tahu cara membuatnya?? Teruskan bacaan anda sehingga ayat terakhir.

Feb 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H


Rabiul Awal menjadi bulan penting dalam menyingkap sejarah tersohor umat Islam sejagat. Bulan ketiga di dalam kiraan tahun Hijriah ini merupakan bulan terpilih kerana junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W diputerakan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571.

Feb 14, 2011

Akses Dua Akaun Gmail Dalam Satu Browser


Ada orang mempunyai banyak email. Misalnya email DEF untuk perihal peribadi manakala email XYZ pula untuk urusan perniagaan. Justeru, jika email² tersebut bertempat di Gmail, maka anda perlu login satu persatu. Betul tak?? Mengapa perlu berbuat demikian jika ada cara yang lebih efisien untuk menyemak kedua² email serentak??

Feb 12, 2011

Facebook Memperkenalkan Profail Fan Page Baru


Setelah facebook memperkenalkan profail baru awal Disember lalu, kini mereka melakukan hal yang sama ke atas fan page. Antaramuka baru fan page ini juga lebih kurang sama dengan profail yang dikemaskini. Jika anda mempunyai akaun peribadi dan fan page di Facebook, anda boleh memilih untuk menetapkan mana² akaun sebagai akaun utama.

Feb 8, 2011

Tulis Tweet Lebih Panjang Dengan TwitLonger


Lazimnya, laman sosial Twitter hanya membenarkan penggunanya menulis sebanyak 140 patah perkataan sahaja di dalam tweet mereka. Mungkin ada yang bertanya, tidak bolehkah tweet tersebut dipanjangkan lagi?? Jawapannya, tentu saja boleh.

Feb 7, 2011

The Way Home


Penulis baru usai menonton sebuah filem yang cukup hebat. Hebatnya bukan kerana dipenuhi teknik cgi yang membolehkan hero terbang melayang atau pun set penggambaran yang menelan kos jutaan ringgit. Tidak! Tidak sama sekali. Tidak keterlaluan jika penulis katakan filem ini bajetnya rendah tetapi mesejnya tinggi. Filem ini juga berjaya memuntahkan mutiara jernih dari kolam mata penulis yang terlalu mahal harganya untuk dibazirkan buat filem hantu picisan.


Feb 5, 2011

Bloglist Terjah Bangku Kosong


Ini bukan entri pelajaran tetapi berkaitan penyertaan. Ya, penyertaan untuk disenaraikan di Bloglist Terjah Bangku Kosong. Pemiliknya bermurah hati untuk menyenaraikan 60 buah blog bertuah di blognya.

Feb 4, 2011

Permainan Online : Antonim Tahun Dua


Adakah anak² anda mahir menggunakan perkataan antonim?? Kamus pelajar mendefinisikan antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya kecil lawan besar.

Feb 2, 2011

Tonton Drama Korea Di Maaduu


Halo Februari! Penulis gemar menonton drama bersiri dari Korea sekiranya berkelapangan. Ada waktunya penulis akan memuatuatturun beberapa episod sekaligus sebelum menontonnya secara maraton. Adakah anda juga hantu peminat drama Korea seperti penulis??