Nov 30, 2012

Iklan : A Great Love Of A Deaf Dumb Daddy


Setiap anak di dunia ini mahukan ibu bapa yang sempurna. Namun, di sebalik keinginan tersebut, anda tidak menolak takdir yang telah ditentukan. Gadis ini mempunyai ayah yang agak lurus. Sudahlah lurus, bisu pula.

Gagal Khatam Al-Quran


Soalan :

SAYA berumur 21 tahun dan mula mengaji ketika berusia lapan tahun. Namun, pada usia 16 tahun saya masih tidak dapat menghabiskan 30 juzuk al-Quran.

Saya hanya sempat mengaji al-Quran hingga juzuk ke 16 saja. Apa hukumnya jika terjadi perkara sebegitu?

ROSLI,
Pulau Pinang

Ruang Kepala Untuk Disewa


Seorang lelaki dari Texas tidak menjadikan kekurangannya sebagai sesuatu yang memalukan sebaliknya digunakan untuk menjana wang. Brandon Chicotsky, 27, menjadikan kepala botaknya sebagai ruang iklan yang boleh disewa sebanyak $320 sehari.

Gula-gula Pewangi Badan


Pernahkan anda terfikir bahawa ada gula-gula yang boleh membuatkan badan anda berbau wangi?? Jangan tak percaya, kini ada Deo Perfume Candy yang membuatkan pemakannya berbau seperti bunga mawar segar dari Bulgaria.

Kuliah Jumaat #69



Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Imam Baca Laju

Isteri Pemandu Kereta Dibawa Berlumba


Kita sedia maklum bahawa pemandu kereta lumba sememangnya tidak gentar dengan kelajuan yang melebihi 2 kali ganda meter kereta biasa. Namun, di sebalik keberanian mereka, adakah teman hidup mereka juga tidak gerun berada dalam kenderaan dengan kelajuan yang sama??

Nov 29, 2012

Naira Mikayla Binti Ahmad Nabil


Pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad atau lebih sinonim dengan gelaran Nabil Raja Lawak telah mendapat cahayamata perempuan pada hari Ahad, 25 November 2012. Bayi seberat 2.67kg itu selamat dilahirkan oleh Nazirah Ayub pada pukul 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.

Jamak Solat Kerana Belajar


Soalan:

Saya seorang pelajar IPTA yang sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk mendirikan solat dalam waktunya. Bolehkah saya mendirikan solat Zohor dalam waktu Asar dan sebaliknya?

Ani, Kelantan.

Persimpangan Jalan Yang Mengelirukan


Jika anda sendiri yang memandu di jalan ini, agaknya lorong mana yang akan anda pilih?? Sudahlah jalannya 4 lorong, ada pula pemisah jalan di persimpangan tengahnya. Mungkin juga papan tanda arah jalannya tidak jelas.

Popeye Sebenar Berasal Dari Mesir


Moustafa Ismail, 24, pemuda yang berketurunan Mesir dipercayai sebagai pemilik lengan paling besar di dunia. Ukuran lilit lengannya ialah 79cm. Dia digelar 'Popeye Mesir' dek kerana lengannya yang besar itu.

Jadi Tebusan Selama Sejam


Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, pasti tidak akan melupakan tarikh 28 November 2012 apabila dirinya dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia. Drama mencemaskan itu berlaku pada pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Jatuh Empat Meter Dari Gelongsor Air


Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, tidak menyangka keseronokannya bermain gelongsor air di taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi episod duka dalam hidupnya apabila dia terjatuh dari ketinggian kira-kira empat meter.

Nov 28, 2012

Anak Diberi Nama Hashtag


Jika seseorang terlalu taksub dengan sesuatu, maka susahlah hendak meninggalkannya. Begitu juga halnya yang berlaku dengan peminat tegar Twitter yang sanggup menamakan anaknya Hashtag Jameson.

Bot Boleh Dilipat


Dua orang graduan Seni dari Kolej Diraja, Arno Mathies dan Max Frommelt telah mencetuskan idea menarik dalam pembuatan bot apabila mereka cipta sebuah bot yang boleh dilipat. Bot berkenaan diberi nama Foldboat diperbuat daripada plastik dan berukuran 250cm x 150cm ketika ianya dilipat sepenuhnya.

Lelaki Terkejut Minyak Meletup


Seorang lelaki Korea cuba menunjukkan demonstrasi cara untuk memasukkan kek beras ke dalam minyak mendidih. Apa yang penulis faham, minyak itu terpercik dengan banyak kerana bercampur dengan air.

Wordless Wednesday #76


Pengantin Berkhatan


Seorang lelaki menarik perhatian umum apabila menjadi peserta paling dewasa menyertai Majlis Khatan sempena Program Jom Jelajah Kampung di Kampung Lubuk Legong, Baling. Menariknya, dia menjadi peserta tungggal yang sudah mendirikan rumahtangga.

Nov 27, 2012

Kenduri Saji Lauk Basi


Sepasang pengantin dan ahli keluarganya terpaksa menanggung malu apabila juadah yang mahu dihidangkan kepada tetamu telah basi dan berbau busuk. Lebih malang lagi, nasinya juga tidak dapat dimakan kerana mentah.

Lelaki Berani Hilang Kaki


Seorang pemuda hancur kedua-dua belah kaki setelah dia menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat ke atas rel keretapi di Stesen Keretapi Changli, China. Kejadian pada 9 Julai 2012 lalu menyebabkan Li Boya, 20, pantas meluru ke arah lelaki pertengahan umur terbabit untuk menyelamatkannya tetapi dia dan mangsa telah dilanggar oleh keretapi yang laju.

Orang Terbang


Hah?? Orang terbang?? Supermankah?? Barangkali itu dialog yang bakal terbit dari bibir anda apabila melihat 3 orang terbang di udara. Adakah mereka ini manusia biasa yang mempunyai kuasa adiwira sehingga mampu melayang bebas di ruang angkasa New York??

Nov 26, 2012

Sumpah Ketika Marah


Soalan:

Apakah hukum, dalam keadaan marah kita melafazkan sumpah dengan nama Allah?

Majidah Ahmad, Baling, Kedah.

Keluarga Besar Dari Britain


Pasangan Noel Radford dan Sue Radford tidak mempunyai aset berjuta ringgit tetapi mereka 'kaya' anak. Kekayaan ini belum mencukupi buat mereka kerana Sue, 37, mahu menambah anak lagi selepas melahirkan anak yang ke-16, Casper, bulan lepas.

Nov 25, 2012

Pasangan Remaja Sedia Berumahtangga


Sepasang remaja mengambil tindakan yang bagus untuk memastikan ikatan cinta mereka terus kukuh dengan menghalalkan hubungan tersebut. Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 13, dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina, Mohd. Nazar Husain pada 17 November 2011 selepas mendapat restu keluarga.

Batu Kristal Disangka Batu Kecil


Sepasang suami isteri tidak menyangka batu kecil yang mereka temui di dalam beras sebenarnya adalah batu kristal. Awang Ngah, 42 dan isterinya, Nor Azila Ibrahim, 38 mendakwa beras tersebut di beli di sebuah kedai di Kuala Berang Ahad lalu, didapati mengandungi bendasing yang tidak dapat dikenal pasti.

Proton Waja Marah Perodua Kelisa


Ada sesetengah pemandu suka mementingkan diri sendiri, bukan sahaja di jalan raya malah apabila tiada lot untuk memarkir kenderaan. Justeru, mereka dengan selambanya memarkir di belakang kenderaan lain. Jadi, apabila pemilik kenderaan hadapan datang, adakah mereka akan tunggu kenderaan belakang dialihkan untuk keluar?? Mungkin ya bagi pemilik kenderaan lain tetapi tidak kepada pemilik Proton Waja ini. Apa cara jua sekali pun, dia perlu keluar dari lot parkir.

Nov 24, 2012

Budak Hancur Tangan Dikisar Mesin Pemerah Santan


Malang menimpa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Aisy Mirza Mahadi, apabila tangannya kirinya putus dan hancur sehingga ke bahu, akibat tersepit di dalam mesin pemerah santan di Kok Lanas, Kelantan, petang kelmarin.

Cuaca Berkabus Punca Nahas Di Texas


Dua orang meninggal dunia dan sekurang-kurangnya 80 lagi yang lain cedera dalam kemalangan di lebuh raya yang melibatkan 140 buah kenderaan. Nahas itu berlaku pada pukul 8 pagi di Interstate 10 berhampiran Beaumont, Texas kira-kira 80 kilometer timur Houston ketika lebuh raya tersebut diselubungi kabus tebal.

Nov 23, 2012

Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh


Tindakan seorang remaja perempuan yang meniru aksi drama untuk keluar dari rumahnya mengundang padah apabila dia terjatuh lalu meninggal dunia. Siti Khadijah Muhammad, 16, menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah untuk turun melalui tingkap dari tingkat 7 sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan, semalam.

Bangunan Menghalang Jalan


Sebatang jalan baru telah dibina di bandar Wenling di wilayah Zhejiang, China. Tetapi, di tengah-tengah laluan jalan tersebut, ada sebuah bangunan yang menjadi 'mercu tanda' jalan berkenaan. Bangunan tersebut tidak boleh diruntuhkan oleh kerajaan ekoran kedegilan sepasang warga emas yang enggan berpindah dari situ.

Kuliah Jumaat #68



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Hukum Lelaki Pakai Baju Ketat

Nov 22, 2012

Lelaki Tua Model Pakaian Wanita


Seorang datuk menjadi terkenal secara tiba-tiba apabila gambarnya memperagakan pakaian yang dijual oleh cucunya dimuatnaik ke internet. Liu Xianping, 72, hanya menjadi 'model' pakaian untuk suka-suka. Namun, gambarnya telah mendapat perhatian ramai dan jualan pakaian di kedai Yuekou meningkat 5 kali ganda dalam masa semalaman sahaja.

Gambar Pra Perkahwinan Khairul Fahmi ♥ Nur Eilunie Natasha


Penjaga gol kebangsaan Malaysia yang sensasi, Khairul Fahmi Che Mat (Apek)telah mengadakan sidang akhbar untuk memaklumkan kepada umum tarikh pernikahannnya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) pada hari Rabu, 21 November 2012. Berlokasi di Hotel Royale Bintang, Apek menjelaskan bahawa dia memilih Leuniey sebagai pelengkap hidupnya kerana kematangan gadis tersebut.

Faizal Tahir Lelong Piala Untuk Gaza


Setiap orang punya cara tersendiri untuk membantu penduduk Palestin. Artis yang gemar memakai baju berhuruf S yang merujuk kepada Superman, Faizal Tahir juga ingin menolong warga Palestin. Faizal Tahir telah menawarkan semua piala kemenangannya untuk dijual atau dilelong bagi mengumpul wang.

Anak Kecil Memarahi Tentera Israel


Masyarakat dunia bersimpati dengan nasib penduduk Palestin yang terus-terusan menjadi korban kezalim rejim Zionis. Akan tetapi, di sebalik ketakutan yang mereka alami, muncul seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun yang memarahi tentera Israel kerana menceroboh tanah tumpah darahnya.

Nov 21, 2012

Wordless Wednesday #75



Nov 20, 2012

Anak Tampar Bapak


Seorang remaja berusia 14 tahun dari Nanjing, ibu kota wilayah Jiangsu di timur China bertindak biadap apabila menampar dan menyepak ayahnya berulangkali tanpa belas kasihan. Timbul tanda tanya di hati masyarakat dunia mengapa si ayah hanya membiarkan perlakuan si anak tanpa mempertahankan dirinya.

Pejuang Solat Sebelum Maut


Pemuda ini sudah berada di dalam keadaan kritikal dengan keadaan tubuh yang tidak bermaya dan badan berlumuran darah. Namun, dia tetap mengerjakan solat yang diwajibkan ke atas semua umat Islam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Nov 19, 2012

Bas Ekspres Terbabas


Seorang pemandu bas dan lori serta seorang penumpang wanita cedera apabila sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tanpa muatan di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran simpang masuk Pusat Peranginan Pantai Cherating pada pukul 3.35 pagi, semalam.

Nov 18, 2012

Akad Jual Beli


Soalan:

Sesudah kita membeli sesuatu, patutkah kita berkata kepada penjual itu ‘saya beli’ dan si penjual itu pula berkata ‘saya jual’. Ustaz tolong jelaskan.

Noratiqah, Raub, Pahang.

Nov 17, 2012

Gajah Serang Kereta Pelancong


Percutian 2 orang pelancong Britain yang sepatutnya menjadi detik indah bertukar buruk apabila mereka nyaris maut selepas kenderaan yang mereka naiki diserang seekor gajah. Kejadian mencemaskan itu berlaku di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Proton Persona Rempuh Proton Waja


A Mohindaran, 52, nyaris maut apabila Proton Waja yang dipandunya dirempuh dengan kuat dari arah belakang oleh Proton Persona. Nahas itu berlaku berhampiran Tol Setul ketika mangsa mahu membayar tol.

Nov 16, 2012

Permintaan Hari Jadi Seorang Budak Lelaki


Ketika ditanya tempat yang paling ingin dikunjungi, Koregan Quintanilla tidak memberikan jawapan taman hiburan seperti kanak-kanak lain tetapi dia mahu melawat Balai Bomba Arlington. Di sana, dia ingin menemui seorang anggota bomba yang bernama Wesley Keck.

Bayi Dibuang Kerana Rambut Perang


Seorang ibu meninggalkan bayi perempuannya di jalanan hanya kerana anak kecil itu mempunyai rambut berwarna perang. Bayi malang itu yang dibalut selimut ditemui di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi, China oleh seorang wanita yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kuliah Jumaat #67



Pendakwah : Ustaz Izhar Ariff
Topik : Makanan Makruh & Amalan Sihat

Nov 15, 2012

Isteri Langgar Suami Tidak Mengundi


Masyarakat dunia mengetahui bahawa Barack Obama dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat pada pilihanraya yang berlangsung pada minggu lalu. Namun, seorang wanita dari Arizona berpendapat hidup keluarganya akan susah di bawah pentadbiran Presiden dari Parti Demokratik itu.

Sarang Ulat Dalam Nasi Himpit


Hajat sebuah keluarga di Taman Universiti Indah untuk menjamu selera dengan nasi himpit di pagi Hari Raya Aidil Adha terbantut apabila mendapati dua peket nasi himpit segera yang dibeli di sebuah pasar raya di Seri Kembangan dipenuhi ulat.

Nov 14, 2012

Amna Maryam Binti Mohd Azizulhasni


Pelumba basikal trek Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang telah bergelar 'daddy' apabila isterinya, Athiah Ilyana melahirkan seorang bayi perempuan pada Selasa, 6 November 2012 lalu. Azizul yang lebih popular dengan panggilan ThePocketRocketMan menimang cahayamata seberat 3.99kg pada pukul 6:30 petang.

Wordless Wednesday #74


Nov 13, 2012

Pelancaran Talian Aduan Kerajaan


Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif mewujudkan talian aduan khusus untuk rakyat mengemukakan sebarang kesulitan yang mereka hadapi. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang membenarkan orang ramai mengajukan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Nov 12, 2012

Budak Cedera Dicakar Helang


Alfie Hall nyaris buta sebelah mata kirinya akibat dicekau oleh Helang ketika kanak-kanak berusia 2 tahun itu bersiar-siar bersama ibunya Elysia, 23, dan beberapa orang saudara yang lain. Kejadian itu dilaporkan berlaku di taman permainan Farnborough, Hants.

Nov 11, 2012

Tandas Menghadap Kiblat


Soalan:

Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz.

Raziyah, Ipoh, Perak.

Nov 10, 2012

Manis Bertukar Masam


Biasanya apabila seseorang makan sesuatu yang manis, reaksi wajahnya biasa sahaja. Akan tetapi, apabila rasa manis tadi bertukar menjadi masam, maka secara semulajadi, ekspressi wajah kita akan bertukar serta-merta.

Seteru Politik Menjadi Adik-Beradik


Seorang ibu muda dari Kenya memberikan nama Barack Obama dan Mitt Romney kepada sepasang anak kembarnya. Anak kembar itu dilahirkan pada Rabu yakni hari yang sama Barack Obama dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat. Milicent Owuor, 20, melahirkan anak kembar lelaki di Hospital Daerah Siaya, di barat daya Kenya.

Kembar Siam Jalani Pembedahan Tujuh Jam


Sepasang kembar siam berjaya dipisahkan oleh sekumpulan doktor yang diketuai oleh pakar bedah Holly Hedrick dari Hospital Kanak-kanak Philadelphia. Allison dan Amelia Tucker, dari Adams, New York, yang baru berusia 8 bulan telah dilahirkan bercantum di dada dan perut.

Nov 9, 2012

Warga Emas Rakam Gambar Kahwin


Majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa kehadiran jurugambar. Sepasang warga emas yang berumur melebihi 1 abad sudah berkahwin hampir 9 dekad. Namun, di sebalik kebahagiaan yang mereka kecapi selama 88 tahun, pasangan Wu Conghan dan isterinya Wu Sognshi tidak memiliki gambar perkahwinan.

Rumah Kena Roboh


Hanya titisan air mata mampu dizahirkan oleh Mariam Tahir, 72, apabila menyaksikan sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Kuliah Jumaat #66



Pendakwah : Ustaz Nazmi Karim
Topik : Awek Dunia VS Bidadari Syurga

Nov 8, 2012

Surirumah Curi Barang Kemas


Seorang surirumah berusia 24 tahun bakal berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM4,000 di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu. Tertuduh, Erni Zuryantie Ismail, mengaku salah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi atas dakwaan mencuri seutas rantai leher emas berloket permata berlian bernilai RM2,500 yang dimiliki oleh Mariam Muda, 68.

Barack Obama Kekal Presiden Amerika Syarikat


Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kembali semula ke White House untuk tempoh 4 tahun lagi setelah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya presiden yang berlangsung kelmarin. Obama, 51, yang memperolehi 303 undian menewaskan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney, 65, yang hanya mendapat 206 undi.

Nov 7, 2012

Budak Putus Jari Manis


Seorang budak lelaki, Wan Annaz Wan Azhar, 5, kudung jari manis kiri akibat dihempap replika cendawan ketika bercuti di pantai bersama keluarganya pada 29 Oktober 2012. Menurut bapanya, Wan Azhar Wan Ahamad, 31, jari anaknya terputus dan remuk selepas tertusuk serpihan simen replika cendawan itu.

Suspek Koma Dilanyak Polis


Ekoran gagal menahan amarah, 2 pegawai polis berpangkat inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, membelasah seorang suspek sehingga berada di dalam keadaan koma. Inspektor terbabit 'membalas dendam' kerana suspek berkenaan mencopet dompet selain turut memukul mereka ketika kedua-duanya meleraikan pergaduhan di luar pusat hiburan.

Wordless Wednesday #73