Jun 19, 2006

Akademi Fantasia 4

Rich [Kokondong] - Tersingkir Pada Konsert Ketiga


Ade pembaca blog nih yg minat layan Akademi Fantasia 4 tak? Arinih penulis nak kasik link tuk memuat turun lagu² dari rancangan realiti tersebut. Sekalung terima kaseh buat Incik Kerepek yang telah merajinkan dirinya untuk memuat naik [huhu.. kata lawan bg muat turun :p] seme lagu² nih.

Berbicara tentang AF4 nih, penulis mahu menjadik pengkritik bukan jemputan tuk mengkritik plak para pengkritik pada minggu lepas. Walopun penulis tidak mahir lam bidang vokal dan nyanyian tetapi penulis masih tahu menilai bagus ato sumbang nyanyian para pelajar AF4. Pada pengamatan, pendengaran dan penjurian penulis, adalah tidak wajar sama sekali pengkritik ketiga mencemuh persembahan Rich dengan memuntahkan ayat "munafik". Walaupun persembahan Rich agak kurang mantap pada hari itu, namun sebaiknya ditegur dengan ayat yang lebih sopan.

Begitu juga dengan pengkritik tetap yang memberi komen tentang persembahan Faizal pada konsert ketiga, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata² pedas seperti "jangan ambil ganja". Nampak sangat sikap tidak profesionalnya dengan menjatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai. Walopun sindiran itu diucapkan kepada Faizal, namun ramai yang tahu bahawa dia memerli Saleem. Pihak Astro patut menitikberatkan gaya bahasa yang perlu dituturkan oleh pengkritik agar tidak ada pihak keluarga pelajar yang berkecil hati atau penonton sendiri meluat dengan pengkritik yang angkuh lagik melampau.

Akademi Fantasia 4 - Konsert Ketiga
Akademi Fantasia 4 - Konsert Kedua
Akademi Fantasia 4 - Konsert Pertama
Akademi Fantasia 4 - Konsert Prelude

Orait, selamat mendownload. Layan jangan tak layan.

Jun 14, 2006

Rendang Sotong



Arinih penulis try satu resipi baru. Penulis amik resipi nih kat internet. Hehe! Actually dah lama penulis tak cuba resipi baru. Asek masak benda samer jerk. Kebetulan plak arinih bonda penulis beli sotong, so penulis pun terus memberitahu niat penulis tuk mencuba resipi baru. Tanpa sebarang bangkangan, penulis pun ngan rajin memulakan projek masakan. Separuh daripada sotong tuh, disinggang tuk ayahanda terchenta manakala yang separuh lagik penulis gunakan tuk menguji skill memasak penulis. Kekeke!

Wah! Yummy! Mabeles! Best laa plak resipi rendang sotong nih. Berselera tul bonda ngan adinda penulis makan. Penulis seniri tambah nasik wal lauk. Wakakaka! Makin naik laa badan penulis kalo asek makan sodap ajer. Ahaks! Penulis kasik resipi tuh kat sini, kot² ade antara korang yg nak mencuba.


Rendang Sotong

Bahan²

500 gram sotong sederhana besar
Santan dari sebiji kelapa
2 sudu besar kerisik
Sehelai daun limau purut
Daun kunyit (jika suka)
Garam
Gula
Minyak

Bahan² dimesin

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara memasak

1] Bersihkan sotong. Buang kulitnya. Toskan kering.
2] Panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing.
3] Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
4] Kacau sesekali dan biarkan sehingga pekat, naik minyak dan kering.
5] Masukkan sotong, garam dan gula.
6] Masakkan sekejap dan biar sehingga naik minyak.
7] Angkat dan hidangkan.

Nota : Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat. Selamat mencuba.

Jun 12, 2006

Penyu Jantan





Hye semua. Penulis kembali ke blog nih dengan layout baru. Agak lama juga penulis menggunakan layout terdahulu. Tetiber teringin tuk menukar tatarias dan warna blog nih. Harap anda yg maseh sudi berkunjung ke sini sejahtera selalu hendaknya.

Penulis melihat senarai mereka yg sedang online di ym. Mata penulis tetarik ngan satu lamanweb yg diiklan oleh pemiliknya di status ym. Lantas, jemari gebu penulis segera klik laman tesebut. Setelah menghabiskan masa kira² 30 minit, penulis tertarik dengan gambar yg penulis paparkan di atas. Sungguh lucu skali.

Menurut pemilik gambar, mereka sekadar bersukaria dengan aksi penyu naik ke darat. Menariknya, lakonan olok² mereka telah menyebabkan owg ramai bergegas ke pantai tuk melihat "penyu bertelur". Sudahnya, tipah tertipoo. Hehe!


Penghargaan :: Tokeikedai Fotopages ::

Jun 10, 2006

Aku Yang Kau Panggil Sayang

Artis : Khairool Idlan
Lagu : Aku Yang Kau Panggil Sayang

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yang Suci

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang

-Solo-Ulang Korus & Rangkap 3

Aku teruja dengan lagu ini. Melodinya yang agak mendayu membuatkan aku dengan mudah menerima lagu ini. Liriknya menyentuh hati, mungkin terasa sedikit sebu di hati. Itulah realiti hidup, tidak semua yang kita impikan akan berakhir dengan sempurna. Andai hal itu terjadi, pasrah dan hadapilah masa depan dengan semangat proton waja. Hehe!

:: Aku Yang Kau Panggil Sayang - Download ::