Mar 30, 2008

Jumlah Pelawat Sedang Melawat



web counter

Kebanyakkan pemilik blog / laman web gemar meletakkan jumlah pelawat yang sedang melawat blog / laman web mereka. Ia sedikit sebanyak membantu anda mengetahui pelawat yang sedang membaca hasil nukilan anda. Walaubagaimanapun, penggunaan widget ini tidaklah penting sangat dan ia lebih kepada aksesori untuk mencantikkan blog / laman web. ihikhik


Penulis ingin berkongsi dengan anda tiga jenis widget jumlah pelawat yang penulis kira menarik. Anda tidak perlu mendaftar untuk meletakkannya di blog / laman web anda. Salin dan tampal sahaja kodnya di tempat yang sesuai. Berikut ialah kod²nya.


<embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" allowscriptaccess="sameDomain" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" height="60" src="http://web2.modmyprofile.com/flash/usersonline/uo.swf?myid=390829&mycolor=444444" bgcolor="#ffffff" width="180" wmode="transparent" name="uo"/></embed>

Laman Web : Realtime Online Users


<script src="http://s71.myonlineusers.com/show.php?id=1206843689106072" type="text/javascript"></script>

Laman Web : My Online Users

web counter
<a href="http://whos.amung.us/show/3kvl8mbk"><img alt="web counter" src="http://whos.amung.us/widget/3kvl8mbk.png" border="0" height="29" width="81" /></a>

Laman Web : Online Users

Jumlah pelawat yang dipaparkan tidak sama, justeru penulis tidak pasti widget mana yang paling bagus tetapi anda boleh memilih widget ini mengikut citarasa anda. love

Mar 29, 2008

Top Komen


Sekiranya anda mempunyai blog yang popular malah setiap topik yang anda terbitkan mendapat sambutan hangat dengan pelbagai komentar daripada teman², maka anda patut meletakkan widget top komentar di blog anda. Justeru, anda akan mengetahui peminat setia yang sentiasa memberikan anda kritikan mahu pun cadangan. kenyit


Penulis tidak perlu meletakkan widget ini di blog penulis kerana blog ini jarang sekali dikomen. Mungkin saja tiada pembaca yang berminat dengan topik yang penulis utarakan disini. Jika anda ingin meletakkan widget ini, sila masukkan kod di bawah di sidebar anda.

<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write("<ol>");
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write("</ol>");
}
</script>
<script src= "http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&
_id=c92ac21897d8b56e61cfa85930dd89a1&url=http%3A%2F%2FBLOGNAME.blogspot.com&num=10" type="text/javascript"></script>

Sila tukarkan kod berwarna merah itu dengan alamat blog anda sendiri.

Selamat mencuba. Semoga berjaya. encem

Mar 28, 2008

Simpan Data Blog


Cuba anda bayangkan blog yang anda usahakan selama ini tiba² hilang dari tapak servernya iaitu blogger?? Segala luahan rasa, ilmu dan gambar² kenangan anda hilang begitu saja. Tentu anda akan merasa sedih. Justeru, adalah lebih baik jika anda mengambil langkah proaktif untuk memyimpan semua data (back up) blog anda sebelum hal yang tidak diingini berlaku. senyum


Penulis telah menyimpan semua data² blog penulis sebagai persediaan awal jika berlaku sebarang masalah kelak. Penulis yang telah menjerumuskan diri ke dalam dunia blogging sejak tahun 2004 telah menulis lebih daripada 500 postings samada diterbitkan atau disimpan sebagai draf. Terlalu banyak masa dan idea dicurahkan sepanjang tempoh itu. Tentu saja menyedihkan jika hasil usaha penulis lenyap begitu sahaja. Penulis telah menyimpan data² penting blog penulis di BlogBackupOnline. Ayuh kawan², mari kita menyimpan data blog masing². Usah berlengah lagi, lakukannya sekarang juga. peace

Mar 27, 2008

Jika Anda Seorang Pemimpin Negara


Gadis comel bernama Honey telah mengetag penulis. Jadi, di kesempatan ini penulis akan menjawab persoalan yang telah dikemukakan. Terima kasih kepada Honey kerana sudi mengetag penulis. Soalan tersebut berbunyi begini, Apa Anda Akan Buat Jika Anda Seorang Pemimpin Negara?? Tajuk yang cukup susah untuk dikupas. Nampaknya penulis kena bernikah dengan Pemimpin laa, baru boleh menjawab soalan ini dengan mudah. cium


Berikut ialah manifesto penulis sekiranya penulis adalah seorang pemimpin negara.

1. Sistem Pemerintahan - Penulis akan memastikan sistem pemerintahan Malaysia mengikut lunas² Islam yang sebenarnya. Setiap tindakan yang ingin dilakukan mesti dirujuk pada Al Quran dan As Sunnah untuk memastikan tiada hal yang bercanggah dengan hukum Tuhan. Semua rakyat mesti saling hormat menghormati dan hidup di dalam keadaan harmoni.

2. Kebajikan Rakyat - Semua rakyat akan dilayan dengan adil dan saksama. Tiada lagi orang yang terlalu kaya atau warga yang terlalu miskin. Jurang ekonomi antara pemimpin dan rakyat akan dikurangkan. Yayasan Malaysia akan diwujudkan untuk membantu rakyat yang memerlukan kos rawatan, pembelajaran dan lain² lagi.

3. Keselamatan - Tahap keselamatan akan ditingkatkan. Kes² jenayah akan berkurangan dengan adanya hukuman yang setimpal kepada pesalah. Negara ini selamat untuk didiami.

Demikianlah penyudah virus tag dari penulis. Idea spontan yang terhasil setelah berfikir beberapa minit. Kesimpulannya, penulis memang tiada ketokohan untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Setakat berangan boleh laa. ihikhik

Mar 25, 2008

Cara Pantas Menyalin Dari Laman Web


Adakah anda gemar menyalin gambar dan bahan dari blog / laman web orang lain?? Kadangkala anda terpaksa menyalin gambar dan tulisan satu persatu kerana ia tidak dapat diambil sekaligus kecuali menggunakan cetakan skrin. Penulis beranggapan laman web yang bakal penulis perkenalkan ini boleh membantu mempercepatkan kerja menyalin anda. @oops


Anda cuma perlu menggunakan laman web ini untuk mengambil gambar beserta bahan dari blog / laman web lain. Anda cuma perlu meletakkannya di toolbar anda. Kemudian, anda klik apabila hendak menyalin bahan yang diperlukan. Selepas itu, anda klik pula "Cut Out" untuk menyalin bahagian yang dikehendaki. Setelah selesai menyalin, anda akan diberi kod supaya anda dapat menampalnya pula di tempat yang bersesuaian. Anda boleh mencubanya di Kwout. peace

Mar 23, 2008

Watikah Perlantikan Menteri Besar


Hampir dua minggu berlalu setelah Pilihanraya Umum 12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008 usai, Terengganu satu²nya negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besarnya. Pelbagai spekulasi timbul tentang calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bermacam² isu hangat timbul tentang calon² yang dijangka bakal menerajui tampuk pimpinan baru.

Mantan Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B. Dato' Seri Haji Idris Jusoh cuma mentadbir negeri Terengganu sepenggal bermula dari tahun 2004 sehingga 2008 setelah Terengganu yang sebelumnya ditawan oleh Pas berjaya dirampas kembali oleh Barisan Nasional. Akhirnya, persoalan ini terjawab jua apabila watikah perlantikan Menteri Besar telah diberikan kepada calon baru.


Bakal Menteri Besar baru Terengganu ialah Datuk Ahmad Bin Said yang telah menerima watikah perlantikan kira² jam 8.28 pagi tadi. Watikah pengisytiharan diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu. Walau bagaimanapun, tarikh mengangkat sumpah masih belum ditentukan lagi.

Mar 20, 2008

Maulidur Rasul 1429 Hijriah

Kediaman Rasulullah sebelum dimusnahkan

Selawat dan Salam Buat Junjungan Besar, Muhammad Rasulullah SAW. Hari ini umat Islam di seantero dunia meraikan hari lahir Rasulullah dengan gembira. Rasulullah, sebaik² contoh dan ikutan untuk manusia di muka bumi ini telah lama meninggalkan kita tetapi kasih sayangnya terhadap umatnya terlalu besar sehingga ke saat baginda hampir wafat, baginda masih menyebut "Ummati, ummati, ummati". Justeru, bagindalah orang yang paling menyayangi dan mencintai kita. love


Di kesempatan ini, penulis ingin memaparkan gambar kediaman Rasulullah untuk tatapan pembaca blog ini terutama anda yang belum pernah melihat tempat tinggal nabi kita.

Bulatan itu menunjukkan tempat Fatimah dilahirkan

Kamar Rasulullah dan Siti Khadijah

Musolla untuk beribadat kepada Allah

Ruang tamu di dalam rumah Rasulullah SAW

Jalan menuju ke kamar Rasulullah SAW

Rasulullah insan bertuah yang dipilih sebagai kekasih Allah. Baginda dijanjikan syurga oleh Allah. Marilah kita mencontohi akhlak baginda yang sangat indah. Penulis menyeru kepada para pembaca dan diri sendiri agar sentiasa menuruti perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah olehNya. Amin. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429 Hijriah. sengihnampakgigi

Mar 19, 2008

Nota Online


Ada masanya kod² tertentu di dalam blog / laman web tidak dapat dihantar kepada rakan menggunakan Yahoo Messenger kerana ada sesetengah bahagian kod itu tidak dibaca dengan sempurna. Kadangkala melalui blog juga sukar untuk berkongsi kod kerana halangan tertentu. Justeru, alternatif perlu dicari agar kod yang diminta dapat dihantar dengan mudah. encem


Penulis ingin berkongsi dengan anda laman web yang membolehkan anda menulis kod atau apa saja bahan penulisan yang ingin anda berikan kepada rakan anda. Anda cuma perlu menulisnya di ShortText, kemudian tekan butang Create URL. Tulisan anda tadi akan disalin ke dalam laman web dan alamatnya boleh anda berikan terus kepada sesiapa sahaja. Nah, anda tidak semestinya mempunyai blog / laman web untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Jom tukar resipi. setan

Mar 18, 2008

Jemaah Menteri Kabinet Malaysia


Tengahari tadi, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi telah mengumumkan barisan kabinet menteri yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara kita. Setelah 10 hari Pilihanraya Umum 12 berlalu, barisan menteri yang diketengahkan ialah muka baru dan ramai juga muka lama digugurkan. Rombakan kabinet juga berlaku apabila beberapa kementerian dimansuhkan dan para menteri bertukar jawatan. ihikhik


Menteri baru yang dilantik ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri); Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan).

Keseluruhannya, jumlah anggota pentadbiran Abdullah yang baru berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang saja setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan.

Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

Penulis berharap ekonomi Malaysia terus mantap di bawah pentadbiran jemaah menteri yang dipilih. Semoga rakyat Malaysia terus harmoni buat selamanya. cium

Mar 16, 2008

Rekod Baru Sijil Pelajaran Malaysia


Rekod Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipecahkan lagi. Jika tahun 2004 dulu, rekod yang dicipta oleh Nur Amalina Che Bakri hanyalah 17 A1 tetapi kini, penyandang rekod baru dipegang oleh Azali Azlan dengan 20 A1 dan 1 A2. Pencapaian menakjubkan ini membuktikan anak Melayu masih boleh menguasai bidang pendidikan dengan cemerlang. Azali adalah contoh terbaik untuk dijadikan idola oleh para pelajar. Kejayaannya perlu diwarwarkan kepada semua pelajar. Penulis agak terlewat menulis tentang berita gembira ini meskipun keputusan SPM telah diumumkan pada 12 Mac lalu. ihikhik


Berikut adalah keputusan peperiksaan yang dicapai oleh Azali. Dia mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu manakala 2A bagi Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi. Azali menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah. Berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya. Antara pencapaian terbaik Azali ialah mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.


Azali adalah anak ketiga kepada pasangan Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah yang bertugas sebagai guru. Anak muda ini bercita² untuk menjadi seorang professor. Doa dan harapan penulis agar Azali dapat menrealisasikan segala hajatnya. Mudah²an suatu hari nanti, dia dapat menyumbang pula di dalam bidang pendidikan tanahair. Semoga dia dapat menabur bakti kepada anak² Melayu yang lain dengan kepandaian yang ada padanya. InsyaAllah. doa

Mar 15, 2008

Cerita Di Sebalik Lagu


Klip video ini penulis cilok dari blog Khai. Kali pertama menontonnya terdetik rasa syahdu di kalbu. Menurut penceritaan yang tidak sahih, lagu yang didendangkan ini mempunyai kisah yang cukup menyayat hati. Alunan gitar tong ini dirakamkan di sebuah penjara serta dinyanyikan oleh seorang banduan akhir. Oleh kerana cerita ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya, penulis tidak mahu mengulas panjang. Sila ke blog Khai untuk info lanjut. nerd


Cinta Tiga Segi a.k.a Perangkap Cinta


Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran

Di dalam percintaan...

Jika benar pemilik suara ini telah tiada di dunia fana, marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwahnya. doa

Mar 14, 2008

Format Halaman Pada Microsoft Word


Ada pembaca bertanyakan kepada penulis tentang cara untuk menulis halaman atau muka surat pada Microsoft Word. Setiap kali anda menulis kertas kerja, anda mungkin membuat lebih dari satu helaian. Justeru, setelah dicetak, hasil kerja anda lebih mudah disusun berpandukan halaman yang ada. Anda tidak perlu berpenat lelah lagi untuk mencari helaian demi helaian. penat


Jadi, penulis dengan ini sukacita untuk mengajar anda memasukkan halaman pada Microsoft Word 2007. Pastikan anda menggunakan Microsoft Word 2007 untuk melakukannya.

Berikut adalah cara² untuk memasukkan halaman tersebut.
  • Buka Microsoft Word 2007.
  • Klik tab Insert.
  • Pilih Page Number.
  • Tekan Top of Page untuk halaman sebelah atas.
  • Bottom of Page pula untuk halaman sebelah bawah.
Siap. Sekarang, kertas kerja anda sudah mempunyai halaman. Cubalah. peace

Mar 13, 2008

Blog Header Percuma


Blog / laman web akan kelihatan lebih cantik jika diletakkan dengan header yang bersesuaian. Selain menyerikan lagi blog / laman web anda, ia juga boleh menarik minat pengunjung untuk terus melawat blog / laman web anda buat kali seterusnya. Justeru, pemilihan header juga perlu dititikberatkan. senyumkenyit


Sekiranya anda tidak tahu membuat header sendiri, anda boleh memuatturunnya secara percuma. Menariknya, header ini adalah antara yang terbaik kerana ia dihasilkan oleh pereka grafik yang mahir khusus untuk pertandingan mencipta header. Oleh itu, 45 jenis header ini sangat sesuai untuk digunapakai. Anda boleh mendapatkan header tersebut di Smashing Magazine. peace

Mar 12, 2008

Menambah Emotikon Di Shoutmix


Kotak jeritan (shoutbox) jenis apakah yang anda gunakan di blog / laman web anda?? Antara fungsi kotak jeritan ialah untuk membenarkan tetamu meninggalkan coretan buat anda. Andaikata anda menggunakan kotak jerit Shoutmix seperti penulis, anda boleh menambah beberapa emotikon di dalamnya. Mahu tahu caranya?? Jom penulis ajarkan. marisini


Anda perlu mengikuti langkah² di bawah untuk menambah emotikon tersebut.
  • Login ke Shoutmix.
  • Klik Settings.
  • Pada bahagian Display, pilih Smileys.
  • Pilih Customs smileys, masukkan emotikon baru.
  • Anda boleh menggunakan emotikon Yahoo Messenger.
  • Setelah anda masukkan semua emotikon, tekan Save settings.
Siap. Sekarang emotikon baru telah ditambah di dalam senarai yang sedia ada. Anda boleh terus menggunakannya. Emotikon yang dihadkan hanya 10 bagi pengguna percuma, jika anda pengguna berbayar, anda boleh menambah sehingga 500 emotikon. Selamat menambah emotikon baru pada kotak jerit anda. tepuktangan

Mar 11, 2008

Jam Analog Dan Animasi

Zawa-FreeClocks

Baru beberapa hari bikin blog?? Anda sedang mencari aksesori untuk blog anda?? Jika anda bercadang hendak meletakkan jam di blog anda, penulis berpendapat beberapa jenis jam di atas bersesuaian dengan anda. Anda cuma perlu salin dan tampal kodnya di tempat yang sepatutnya. ihikhik


Ini ialah contoh kod jam berbentuk analog.


<embed src="http://www.freewebtown.com/zawa/aksesorisblog/zawablogpic_12.swf" width="120" height="120" menu="false" quality="high" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer/"></embed>

Ini pula contoh kod jam berbentuk animasi.

<embed src="http://www.freewebtown.com/zawa/aksesorisblog/zawabloganimasi_1.swf?ygpunya=Eriyza's+Blog" menu="false" quality="high" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer/"></embed>

Anda boleh memilih jam berbentuk Analog atau Animasi di laman web Zawa. Masa itu emas, oleh itu hargailah masa yang anda ada. kenyit

Mar 10, 2008

Ikon Windows Live


Adakah anda sedang mencari ikon untuk ditukar pada ikon yang sedia ada?? Penulis suka untuk memberikan anda maklumat tentang set ikon Windows Live Stuff yang beresolusi tinggi. Ia boleh digunakan di dalam pembikinan penghias skrin (wallpapers) atau kerja seni (artwork). peace


Satu lagi set ini didatangkan di dalam 14 ikon. Ianya sangat sesuai untuk sistem Windows XP, Vista dan juga Mac. Jika anda berminat, bolehlah mendapatkan ikon menarik ini di Windows Live Icon Set. encem