Mar 31, 2013

Suami Hadiah Surah At-Tahrim Untuk Isteri


Penulis pernah melihat pengantin menyanyi pada hari persandingan mereka tetapi tidak pernah tengok pengantin lelaki membacakan surah Al-Quran untuk isteri mereka. Inilah buat julung-julung kalinya penulis menyaksikan momen seindah ini untuk sepasang pengantin.

Mar 30, 2013

Honda City 2013


Penulis tergoda dengan rekabentuk Honda City yang terkini. Barangkali peminat kenderaan keluaran Jepun ini tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki produk terbaru kegemaran mereka.

Pemandu Wanita Langgar Penunggang Motor Besar



Seorang pemandu wanita telah bertindak melanggar seorang penunggang motorsikal berkuasa besar ketika mereka sedang menunggu lampu isyarat. Kejadian ini berlaku ekoran kebiadapan lelaki berkenaan yang menendang kereta wanita itu.

Mar 29, 2013

Warga Nigeria Protes Di Balai Polis


KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka. Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Kuliah Jumaat #86



Pendakwah : Ustaz Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Topik : Belajar Dari Kisah Nabi Musa

Mar 28, 2013

Hospital Kecoh Bahan Kimia Tumpah


BUKIT MERTAJAM - Kebocoran ‘hydrolite peroxide’ di stor integrasi Hospital Bukit Mertajam petang semalam, dapat dikawal dalam tempoh dua jam. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Aznam Ashraf Abu Zarin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.58 petang.

Rumah Terbakar Kerana Bunuh Ular


Akibat takut dengan ular yang dilihat di halaman rumah, seorang wanita nekad mencurah minyak tanah ke arah ular tersebut lalu mencucuh api. Namun, ular itu pantas menyusup ke longgokan sampah dan membakar sampah berkenaan. Secepat kilat api yang marak merebak pula ke kediaman wanita tersebut.

Dun Negeri Sembilan Bubar Secara Automatik


Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini. Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.

Mar 27, 2013

Honda CR-Z


Sebelum ini penulis pernah berangan untuk memandu kereta sport. Siang tadi penulis berpeluang mencuba Honda CR-Z milik seorang 'rakan'. Bagaikan mimpi menjadi nyata, penulis memandu dengan penuh keterujaan di lebuhraya. Sambil ditemani oleh pemilik kereta berkenaan, penulis menekan throttle sehingga meter yang berabjad menunjukkan 3 angka.

Teknik Bolasepak Lelaki Gemuk


Seorang bekas nelayan menjadi sensasi terbaru di Internet apabila kemahirannya bermain bolasepak mendapat pujian ramai orang. Lelaki berusia 50 tahun itu, Andrew Cassidy, dari Milton Haven menjadi tumpuan ramai apabila klip video dia bermain bola sepak di kawasan letak kereta telah ditonton ramai orang.

Wordless Wednesday #93


Mar 26, 2013

Cafe Hello Kitty Di Korea


Hello Kitty merupakan antara watak kartun yang digemari ramai. Tidak hairanlah jika pelbagai barangan dibuat berdasarkan jenama berkenaan untuk dijadikan koleksi oleh peminatnya. Sebuah Cafe Hello Kitty turut dibina di Korea. Anda boleh menikmati secawan cappucino dengan hiasan wajah Hello Kitty.

Maksud Nyalaan Lampu Kecemasan Di Jepun



Lazimnya apabila penulis nyalakan lampu seketika untuk memberi laluan kepada pemandu lain yang ingin membelok atau masuk ke laluan utama, mereka akan membalas dengan mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih. Akan tetapi, pemandu Jepun mempunyai cara mereka sendiri untuk berterima kasih kepada pemandu lain yang memberi laluan kepada mereka.

Belasungkawa Dr Muhammad Uthman El-Muhammady


Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi, 25 Mac 2013. Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Mar 25, 2013

Opick - Rapuh


Bintang Malam menyuruh penulis mendengar lagu ini petang tadi melalui kiriman video di WhatsApp. Ini kali pertama penulis mendengar lagu yang diberi judul Rapuh dendangan penyanyi dakwah dari Indonesia, Opick.

Redah Terowong Bawah Tanah Untuk Bernikah


Sepasang kekasih, Emad al-Malalha, 21, dari Genting Gaza dan Manal Abu Shanar, 17, dari Mesir sanggup meredah terowong rahsia bawah tanah untuk menuju ke lokasi perkahwinan mereka. Pasangan ini memilih laluan sukar berkenaan ekoran pihak berkuasa sempadan Mesir enggan mengeluarkan permit untuk Manal.

Mar 23, 2013

Kedai Akuarium Tan Terbakar


KEMAMAN – “Hampir semua binatang rentung termasuk haiwan paling mahal iaitu sugar glider yang berharga RM3,000 seekor. Namun paling sedih, pusat akuarium dan haiwan peliharaan yang kami buka sejak 15 tahun lalu ini kini musnah,” keluh pemilik Kedai Tan Akuarium, Tan Meng Seng, 50, yang menanggung kerugian kira-kira RM500,000 setelah premis kedai dua tingkatnya di sini, terbakar semalam.

Mar 22, 2013

Belajar Di Rumah Tetapi Cemerlang Di Sekolah


Bachok: Meskipun tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana mengalami kemurungan dan tekanan yang sukar diramal dikenali sebagai ‘panic disorder’ ia tidak menghalang seorang pelajar untuk meraih 6A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan, semalam.

Bayi Dirempuh Helikopter Kawalan Jauh


SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi. Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Pejabat Naib Canselor UMT Terbakar


KUALA TERENGGANU – Tiga anggota bomba cedera ditimpa struktur bumbung bangunan Canselori Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang runtuh akibat kebakaran semalam. Kebakaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan struktur bumbung bangunan menjadi tidak kukuh selepas api mula merebak daripada bilik Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo di tingkat tiga bangunan.

Kuliah Jumaat #85



Pendakwah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Topik : Golongan Bangkai Bernyawa

Mar 21, 2013

Tayar Jenama Nokia


Penulis tidak pernah tahu Nokia ada mengeluarkan produk lain selain telefon bimbit. Setahu penulis, Samsung sememangnya ada membuat peralatan elektrik sebelum memasarkan telefon bimbit. Barangkali tercicir dalam jualan telefon bimbit akhir-akhir ini ekoran permintaan meluas terhadap Samsung dan Apple, maka Nokia mengambil inisiatif untuk menjual tayar pula.

Berudu Diseludup Dalam Mulut


Beijing: Seorang wanita Korea Selatan ditahan di Lapangan Terbang Guangzhou selepas cuba menyeludup puluhan berudu di dalam mulutnya. Kejadian aneh itu bermula apabila pengawal mendapati wanita itu membawa sebotol cecair dalam bagasi tangan ketika hendak menaiki pesawat untuk pulang ke Seoul.

Syntax Error Dalam Matematik


Kuasa kalkulator memang tidak boleh dinafikan, ia boleh menghitung banyak operasi pengiraan dengan pantas. Namun, bukan semua langkah pengiraannya boleh diambil kira jika teknik penggunaannya salah.

Mar 20, 2013

Pembuatan Ipad Di China



Segelintir orang yang kurang berkemampuan akan memilih gadget buatan China yang seakan-akan menyerupai alat eletronik sebenar yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar yang bertauliah. Pernahkah anda terfikir bagaimana China menghasilkan iPad buatan mereka sendiri??

Wordless Wednesday #92


Mar 19, 2013

Satu Isteri, Lima Suami


Sant Ram Verma, Bajju Verma, Gopal Verma, Guddu Verma, Dinesh Verma, Rajo Verma dan Jay Verma

Bila disebut tentang madu, di kepala kita tentu terfikir tentang lelaki yang mempunyai lebih dari 1 isteri. Lain pula halnya di India apabila wanita yang memadukan lelaki. Rajo Verma, 21, bukan hanya memiliki seorang suami bahkan 5 kesemuanya. Malahan, kesemua suaminya adalah adik-beradik kandung.

Mar 17, 2013

Pandu Uji Kenderaan Bersama Jeff Gordon



Sesi memandu uji kenderaan sememangnya seronok. Apatah lagi, jika kenderaan berkenaan berprestasi tinggi. Namun, seorang jurujual kereta melalui pengalaman pahit apabila pelanggan yang memandu uji keretanya membuatkan dia hampir hilang nyawa.

Komet Terbit Sebelah Bulan Sabit


CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin. Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS.

Mar 15, 2013

Kuliah Jumaat #84



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Selak Rambut Setiap Kali Sujud

Mar 13, 2013

Wordless Wednesday #91


Padah Iphone Murah


Kuala Lumpur: Tertarik pada harga telefon pintar yang 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran menyebabkan seorang pelajar kolej kerugian RM76,100, malah dia juga terpaksa membayar wang kepada rakan yang membuat pesanan melaluinya. Pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Teo, 21, dari Batu Caves, Gombak itu mendapat tahu mengenai sebuah syarikat menjual telefon pintar atas talian daripada rakannya yang pernah membuat pembelian 10 telefon pintar iPhone 5 pada harga murah.

Mar 11, 2013

Penyamun Terkurung Dalam Kedai Telefon


BATU PAHAT – Biarpun dalam keadaan berlumuran darah serta menahan sakit akibat ditikam di leher dan perut, pemilik kedai telefon berjaya memerangkap penjenayah yang menyamun kedainya. Tindakan peniaga wanita berusia 31 tahun itu mengunci pintu utama automatik kedainya menyebabkan suspek warganegara Vietnam tidak dapat melarikan diri setelah terkurung di kedai berkenaan.

Mar 8, 2013

Jual Kicap Dalam Botol Arak


SUNGKAI - Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak. Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini.

Raja Muda Sulu Mati Di Lahad Datu


LAHAD DATU - Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.

Kuliah Jumaat #83



Pendakwah : Ustaz Shamsuri
Topik : Silap Besar Penceroboh Sulu

Mar 6, 2013

Wordless Wednesday #90


Mar 4, 2013

Aksi Pengantin Depan Penonton


Setiap pasangan pengantin ingin merakamkan detik bersejarah dengan cara tersendiri. Seorang bekas mat rempit memilih untuk melakukan aksi kegemarannya di hadapan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya. Sharifudin Shahrin, 28, menunjukkan aksi ‘dough nut’ (memusing bulatan) dan ‘wheelie’ selama hampir 20 minit sambil ditemani oleh isterinya, Nurhafizah Fakhrudin, 27.

Komando Terbunuh Diserang Penceroboh


Enam orang lagi anggota polis terkorban di dalam Ops Sulu. Mereka diserang hendap ketika melakukan pemeriksaan di Kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah. Kematian 6 lagi anggota ini menjadikan 8 orang anggota keselamatan telah hilang nyawa demi mempertahankan negara dari pencerobohan pihak musuh yang mendakwa diri mereka pengikut Sultan Sulu.

Mar 3, 2013

SMS Terakhir Seorang Inspektor


Petikan sms yang penulis siarkan didakwa adalah sms terakhir yang dihantar oleh Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, kepada salah seorang rakan seperjuangannya. Jika dihalusi, ternyata arwah begitu bersemangat untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman pemberontak Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III .

Dua Komando Gugur Akibat Mortar


Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pejuang negara yang meninggal dunia ketika bertugas mengawal keselamatan Malaysia. Umum maklum bahawa anggota komando VAT69, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud gugur setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina pada Jumaat, 1 Mac 2013.

Mar 2, 2013

Filem Pendek : More Than Words



Kita sentiasa menggunakan perkataan untuk memberi reaksi terhadap sesuatu perkara. Namun, ada segelintir manusia lain pula lebih gemar menunjukkan respon dengan ekspressi wajah atau pun perkataan yang sangat ringkas. Seringkas A E I O U.

Mar 1, 2013

Jambatan Runtuh Di Laluan Putrajaya Link


Satu insiden jambatan runtuh berlaku di Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Khabarnya, jambatan itu menghubungkan Taman Putra Perdana, Puchong dan Taman Sains Selangor II. Namun, tiada sesiapa yang terlibat di dalam kejadian itu berikutan laluan berkenaan telah ditutup sebulan lalu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS)

Kuliah Jumaat #82



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Berdakwah Pada Keluarga