Dec 31, 2011

Sorotan 2011


Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum kalendar Masihi 2011 melangkah pergi. Masa yang telah berlalu samada kita manfaatkan sebaiknya atau bazirkan begitu sahaja tidak akan berulang kembali. Penulis ingin menyingkap semula sejarah kehidupan sepanjang 2011 ini.

Saman Tali Pinggang Keledar Bermula 1 Januari 2012


Berkuatkuasa 01/01/2012, pemandu waima penumpang kenderaan bahagian hadapan atau belakang yang tidak mengenakan tali pinggang keledar akan dikenakan kompaun RM300. Justeru, para pemandu dan penumpang kenderaan sekalian, pastikan anda terus memakai tali pinggang keledar sebaik sahaja duduk di kerusi. Jangan buat² lupa, ye!

Pengguna Facebook Malaysia Melebihi 12 Juta


Dalam kepesatan pertumbuhan pelbagai jenis laman sosial baru, Facebook masih terus gah dalam kelasnya yang tersendiri. Ini terbukti dengan pertambahan penggunanya setiap hari. Malaysia menduduki tempat ke-17 di dalam senarai pengguna Facebook yang paling ramai di dunia.

Dec 30, 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011


Sejarah Sepah yang menewaskan Jozan dalam Maharaja Lawak berulang lagi, harapan penulis untuk melihat Boboi muncul sebagai pemenang tempat pertama tidak kesampaian. Ternyata tuah menyebelahi pasangan Osbon yang berjaya meraih undian sms tertinggi untuk dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2011. Tahniah diucapkan kepada Os dan Abon! Mereka turut menewaskan dua lagi kumpulan yang bersaing iaitu Saehu dan Syok.

Program Sambutan Tahun Baru Bersama Pemuda PAS Malaysia


Pengumuman! Pengumuman! Pengumuman! Kepada saudara wal saudari yang tinggal di kawasan Gombak dan yang berhampiran dengannya, jika anda tidak mempunyai sebarang rancangan menarik pada malam esok (31/12/11), anda dialu²kan untuk menyertai Program Sambutan Tahun Baru Bersama PAS Malaysia.

Kuliah Jumaat #21


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Apa Itu Cinta??


Dec 29, 2011

Warkah Biru Untuk Kamu


Awak, semalam saya telefon awak tapi gagal sebab Maxis buat hal. Saya jadi resah sebab di saat saya ingin maklumkan awak sesuatu, talian telco pula bermasalah. Saya cuba hantar sms pula, tidak berjaya juga. Justeru, saya memaksa diri untuk tidur. Puas mata dipejam, namun kantuk tetap tidak kunjung datang. Bosan berkalih tubuh ke kiri dan kanan, saya bangun dari katil empuk. Buat kali ketujuh, saya mendail lagi nombor awak, kali ini telefon awak pula ditutup. Tak mengapa, esok masih ada, saya memujuk diri sendiri. Saya sedih. Ya, hati saya pedih!

Khairul Fahmi Model Baru Majalah Glam


Wohoho! Anda kenal pemilik wajah di atas?? Ya, tekaan anda tepat sekali. Khairul Fahmi aka Apek telah dipilih untuk menjadi penghias muka depan majalah GLAM. Oleh kerana dikhuatiri Apek gugup beraksi seorang diri di hadapan gawang lensa, maka Anastascia telah menjadi peneman untuk mendapatkan mood seksi dan pastinya gambar ini bakal menjadi buah mulut masyarakat.

Dec 28, 2011

KFC Membatalkan Promosi Double Zinger Burger Combo Percuma


Topik ini sudah lama ada di dalam draf blog penulis, terlupa hendak mengepos barangkali. Justeru, penulis memutuskan untuk menerbitkannya walaupun isu ini sudah lapuk sebagai pengajaran kepada pihak terbabit. 14/12/11 lalu, pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) telah mengeluarkan kupon online untuk mendapatkan DOUBLE ZINGER BURGER COMBO secara percuma kepada orang ramai, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Maka, ramailah rakyat marhaen yang mencetak kupon tersebut untuk kegunaan sendiri atau diberikan kepada orang lain.

Wordless Wednesday #28



Dec 27, 2011

Abbie King Seiras Anak Patung Barbie


Sekali pandang, si cilik ini seakan-akan patung Barbie. Bukan kerana wajahnya sahaja tetapi susuk tubuh badannya yang kecil turut mengiyakan kenyataan itu. Abbie King, anak kecil yang dilahirkan pada 12 Februari 2009 mengalami sindrom russel-silver yang membantutkan pertumbuhan fizikalnya. Meskipun sudah berusia hampir 3 tahun tetapi dia kelihatan seperti bayi berusia 6 bulan. Abbie masih menggunakan barangan bayi dengan ukuran pakaiannya untuk usia 0 - 3 atau 3 - 6 bulan.

Dec 26, 2011

Hakisan Tanah Di Pantai Teluk Lipat

IMG_5929-16

Baru minggu lepas penulis sekeluarga bersiar-siar di Dungun. Di kala itu, penulis memandu pada kelajuan 40kms di sepanjang Pantai Teluk Lipat sehingga ke Pantai Teluk Gadong. Penulis memerhatikan ombak rindu laut agak tinggi menghempas ke pantai dan tembok penghadang. Bunyi ombak kedengaran kuat dari kebiasaan dan angin kencang cukup untuk membuatkan tubuh kesejukan.

Melanie Amaro Juara The X Factor Amerika Syarikat 2011


Rancangan The X-Factor telah sampai ke garis penamatnya apabila gadis berusia 19 tahun dari Sunrise Florida, Melanie Amaro dinobatkan sebagai juara. Melanie menewaskan dua lagi saingannya iaitu Josh Krajcik, 30 dan Chris Rene, 28. Melanie Amaro mempertaruhkan lagu Listen dari Beyonce dan ternyata ia membawa tuah kepada gadis ini apabila semua audien terpaku 'mendengar' alunan suaranya yang penuh tenaga.

Dec 25, 2011

Majlis Pertunangan Juliya


Berlokasi di Kampung Batu 3, satu lagi majlis pertunangan selamat dilangsungkan antara Juliya Mohamed dan pasangannya. Seperti biasa, penulis tidak bertanya nama pihak lelaki, cukuplah disebut sebagai pasangan.

One Direction - What Makes You Beautiful

ONE DIRECTION


Dec 24, 2011

Pengumuman Pernikahan Yusry Dan Lisa Surihani


Teka-teki mengenai status 'hubungan matang' yang dicanang oleh pasangan selebriti sensasi, Yusry dan Lisa Surihani terjawab sudah. Berlokasi di Marriott Hotel Resort & Spa, pasangan ini mengesahkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Polis Florida Tangkap Polis Miami


11 Oktober 2011, anggota polis dari Miami, Fausto Lopez telah memandu melebihi had laju untuk berkejar ke tempat kerja sambilannya sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Dia memandu dengan laju sambil menukar lorong sesuka hati di kawasan had laju yang hanya dibenarkan 120mph. Justeru, peronda lebuhraya, D.J. Watts telah mengejarnya kerana menyangka kereta polis itu telah dilarikan oleh perompak. Sebaik kereta tersebut berhenti, polis Florida telah mengacukan pistolnya ke arah polis Miami yang disangka penjenayah. Apa terjadi seterusnya?? Anda saksikan sendiri.

Karaoke Untuk Si Pekak


David Armand (David Whitehead), pelawak dari rancangan Fat and Loose siaran BBC ini membuatkan penulis tidak kering gusi. Dengan gaya yang bersahaja, dia membuat aksi meme dalam segmen Interpretative Dance dalam program tersebut. Tahu maksud meme?? Kalau tak tahu, sila Google sendiri. Usahalah sikit.

Dec 23, 2011

Filem Tempatan Bebas Dari LPF Mulai 2012


What?? Itu reaksi awal penulis apabila membaca berita ini. Dalam keghairahan pembuat filem menerbitkan filem pelbagai genre untuk menarik penonton ke pawagam, manakan mungkin ia dibiarkan bebas tanpa akta penapisan yang ketat?? Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak boleh 'mencuci tangan' begitu sahaja. Lantas, apa gunanya lagi kewujudan LPF jika tiada fungsi??

Tiga Selebriti Bergelar Datuk


Sekian lama berteka-teki mengenai status Datuk yang diterimanya, akhirnya kemarau gossip itu berakhir kelmarin. Selebriti AC Mizal (Mizal Zaini) telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Gelaran itu diberi sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar .

Kuliah Jumaat #20


Pendakwah : Ustaz Ismail Kamus
Topik : Marah


Dec 22, 2011

Meme Proposal Dari Timothy Untuk Audrey


Sebelum ini penulis ada menulis cerita Dena dan Ariff yang bertunang atas pilihan keluarga. Hari ini penulis ingin membawa anda menerokai pula cara romantis seorang lelaki melamar teman wanitanya.

Wang Kertas Baru Mulai Julai 2012


Mulai Julai tahun 2012, rakyat Malaysia dapat menggunakan matawang kertas baru. Pelancaran rekabentuk baru wang kertas tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akan tetapi, matawang RM50 telah lama memasuki pasaran. Wang syiling baru yang telah diuar²kan pada Julai lalu akan mula diedarkan pada Januari 2012.

Veil Pengantin Terpanjang Di Dunia


Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Demi menempa nama di dalam rekod dunia, pelbagai cara dibuat. Begitu juga dengan kisah perkahwinan Elena De Angelis yang mengahwini Ferdinand Pucci telah memilih untuk mencipta rekod dengan membuat veil pengantin yang paling panjang di dunia. Anda mahu tahu berapa panjang veilnya??

Dec 21, 2011

Wordless Wednesday #27



Ariff Alfian Mengaku Masih Muslim


Ariff Alfian yang mencipta kontroversi di penghujung Disember 2011 ekoran perkahwinan gaynya dengan Jonathan di Ireland tampil membuat kenyataan di akhbar IrishTimes. Sambil menyifatkan banyak berita tidak benar dicanang, dia mendakwa masih muslim dan akan kekal dalam Islam sehingga ke penghujung hidupnya. Ayuh, ikuti temuramah wartawan Carl O'Brien dan Ariff.

Dec 20, 2011

Perkhidmatan Shoutmix Percuma Tamat


Kebanyakan blog memasang shoutbox untuk berhubung dengan pembaca mereka. Antara shoutbox yang popular ialah Shoutmix dan penulis antara penggunanya. Akan tetapi, Shoutmix bakal menamatkan perkhidmatan percuma mereka mulai 1 Januari 2012. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Snecx Tan pada 11 Disember lalu melalui Facebook rasmi mereka.

Jam Honehone Ala Ninja


Sudah agak lama penulis tidak memberikan sebarang widget di blog ini. Betul tak?? Baiklah, hari ini penulis mahu berkongsi dengan anda semua satu widget jam yang agak comel. Tang mana yang comelnya tu?? Tentulah tang gerakan akrobatik sang ninja yang meliuk-lintuk mengikut posisi badan tertentu. Penulis sendiri ralit memerhatikan gerakan demi gerakan yang dilakukan.

Facebook Memperkenalkan Timeline

PAPARAN DI BAHAGIAN HEADER FACEBOOK TIMELINE

Mulai 22 Disember ini, semua pengguna Facebook akan menikmati paparan baru yang lebih dikenali sebagai Timeline pada laman sosial mereka. Dalam bahasa mudahnya Timeline bermakna kronologi profil Facebook sejak anda mula mendaftar sehinggalah status terkini anda. Penulis hanya akan menulis secara ringkas tentang topik ini kerana anda boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan Timeline kelak.


Dec 19, 2011

Soalan Kuiz Malaysia Boleh


Video ini dikongsi oleh Mohd Aizuddin di Facebook. Penulis menonton dan spontan senyum sinis menguntum di bibir. Meskipun kisah yang disampaikan umpama sebuah cerita rekaan semata-mata tetapi ada kebenaran terselindung di sebalik video pendek yang hanya berdurasi 1 minit 9 saaat ini. Penulis fikir anda patut menonton video ini dan nilaikan sendiri.

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui SMS


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Ariff Melamar Dena Melalui Kamera Nikon D3100

NUR DIANAH KAMARUL BAHRIN

Zaman serba moden ini, terlalu payah untuk menjumpai pasangan yang berkahwin tanpa terjebak ke kancah percintaan dulu. Kebanyakan pasangan yang menikah telah mengenali pasangannya sama ada bertahun atau mengambil masa yang singkat. Ini turut bermakna mereka acap kali keluar bersama untuk memadu kasih walaupun tanpa sebarang ikatan. Akan tetapi di sebalik jutaan perkahwinan atas nama cinta, terselit sebuah cerita teruna dara yang bertunang tanpa mengenali pasangan masing-masing secara rapat. Inilah kisah mereka yang bakal penulis bawakan kepada anda.

Dec 18, 2011

Fakta Menarik Tentang Matematik


Bagi orang yang kurang pandai dalam subjek Matematik, membuat pengiraan kira-kira adalah sesuatu yang membosankan. Lain pula halnya bagi orang yang bergeliga otaknya, tentu Matematik menjadi subjek kegemaran. Lupakan sebentar tentang susahnya Matematik, mari kita nikmati seronoknya Matematik.

Budak Terperangkap Di Bawah Kenderaan


Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang merajuk di tengah jalan menerima 'hukuman' setimpal apabila kelibatnya tidak disedari oleh seorang pemandu Honda CRV sekaligus menyebabkan kanak-kanak perempuan itu terperangkap di bawah kenderaan tersebut. Kejadian itu disedari oleh ibunya lalu menjerit kuat sehingga menyebabkan orang ramai bergegas membantu budak tersebut.

Dec 17, 2011

Jyoti Amge Diiktiraf Wanita Paling Rendah Di Dunia


Seorang wanita dari Nagpur, India iaitu Jyoti Amge telah diiktiraf sebagai wanita paling rendah di dunia oleh Guinness World Records. Gelaran itu dianugerahkan kepadanya pada hari kelahirannya yang ke-18 pada 16/12/2011. Jyoti hanya setinggi 61.95cm, lebih rendah dari kanak-kanak berusia 2 tahun.

Amie Sofea Juara Solehah 2011


Program Solehah sudah pun melabuhkan tirainya pada 16/12/2011. Tahniah kepada Amie Sofea yang telah dipilih sebagai juara bagi musim pertama Solehah 2011. Secara jujurnya, penulis tidak pernah menonton rancangan ini cuma baru semalam melihat episod akhirnya.

Dec 16, 2011

Perkahwinan Gay Ariff Alfian Dan Jonathan


Ariff Alfian Rosli adalah pelajar tajaan Petronas, Malaysia di University College Dublin (UCD), Dublin, Ireland yang mengambil jurusan perubatan. Ariff Alfian terputus hubungan dengan keluarganya sejak 2009. Bapanya, Rosli Haron, menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya.

Carian Popular 2011 Di Google


Minggu lalu, penulis sudah pun berkongsi carian popular 2011 di Google Malaysia. Masih ingat lagi tak?? Kali ini kita terokai pula carian popular sepanjang tahun 2011 di Google seluruh dunia.

Kuliah Jumaat #19


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Doktor Lelaki Rawat Wanita


Dec 15, 2011

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Original - www.harian-metro-online.com

Semua rakyat 1Malaysia maklum bahawa kerajaan sedang mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara percuma. Jika anda layak menerima bantuan kewangan RM500 dan belum mendapatkan borang tersebut, maka anda bolehlah memuatturunnya sekarang. Kalau jiran anda juga malas hendak pergi ke pejabat berkaitan, anda bolehlah meminjamkan borang anda kepadanya untuk difotostat.

Dec 14, 2011

Iwan Syahman - Segalanya Allah



Kuala Lumpur Banjir Kilat


Semalam, 13.12.11 (tarikh mengundur yang cantik) berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur setelah hujan lebat turun dengan lebat selama hampir 2 jam. Penulis mengetahuinya melalui Facebook apabila ada rakan yang merakamkan gambar banjir tersebut. Antara kawasan yang digenangi air termasuklah Jalan Tun Razak, Jalan Semarak, Jalan Loke Yew, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

Wordless Wednesday #26


Dec 13, 2011

Sultan Kedah Dilantik Yang Di-Pertuan Agong Ke-14


Sultan Kedah, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13.12.11 bagi menggantikan Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


Ramai di antara kita mungkin tidak mengenali Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang terawal atau mungkin juga yang sudah mangkat. Sebagai rakyat Malaysia, adalah penting untuk kita mengambil tahu sistem beraja yang diamalkan di negara ini. Ia salah satu aspek taat setia selain memupuk semangat patriotisme di dalam diri masing².

Dec 12, 2011

Selamat Berangkat Pulang Sultan Mizan


Sekitar bandar Chukai, banyak banner digantung sempena keberangkatan pulang DYMM Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Baginda menamatkan tugasnya sebagai Yang Dipertuan Agong ke-13 pada 12 Disember 2011 setelah menyandang jawatan ini selama 5 tahun semenjak 13 Disember 2006. Siang tadi, baginda telah selamat berangkat pulang ke negeri Terengganu Darul Iman untuk meneruskan tugas baginda selaku Sultan Terengganu yang ke-16.

Dec 11, 2011

Jambatan Gulung Di London


Pernahkah anda terfikir untuk menaiki jambatan yang boleh digulung?? Ya, imaginasi anda kini telah bukan lagi fantasi kerana realitinya jambatan gulung seperti ulat gonggok benar² wujud di dunia ini. Jambatan yang diberi jolokan Curling atau Rolling Bridge ini terletak di Paddington Basin, London. Jambatan unik ini direkabentuk oleh Thomas Heatherwick dan dibuka pada hari Jumaat jam 12.00 tengahari.

Dec 10, 2011

Kad Kahwin Chef Riz Berkonsep MasterChef Dan Snow White


Anak lelaki tukang masak tersohor Malaysia, Chef Wan bakal melangsungkan pernikahannya esok, 11/12/11. Mohd Nadzri b. Redzuawan atau lebih popular dengan nama Chef Riz akan menjadi suami kepada Diyana Mastura atau lebih mesra dipanggil Ana Dahlia.

Carian Popular 2011 Di Google Malaysia

RESPON USTAZ KAZIM APABILA NAMANYA
TERSENARAI DI TOP 10 GOOGLE MALAYSIA

Baru² ini Google telah mengeluarkan maklumat tentang carian yang popular di Malaysia sepanjang tahun 2011. Antara kategori yang diterbitkan merangkumi carian tentang berita, orang, gambar termasuklah blog. Di dalam jutaan carian oleh pengguna Malaysia, terbit rasa bangga apabila melihat carian tentang Ustaz Kazim dan kartun muslimah mendominasi carta.

Dec 9, 2011

Kuliah Jumaat #18


Pendakwah : Ustaz Don Daniyal
Topik : Pengenalan Tentang Islam 1/2


Dec 8, 2011

Flower - Broken Yesterday



Dec 7, 2011

Emak Mencintai Anak


Sana sini para bloggers sibuk menceritakan perihal emak kahwin anak yang berlaku di Perkapuran, Sukabumi. Sebenarnya kes memalukan ini sudah lama berlaku kerana video asalnya dimuatnaik ke Youtube pada 7 Mei 2009 untuk program D'Show - Transtv yang juga keudara pada tarikh yang sama tetapi baru dikongsi di Facebook, maka ramailah bloggers yang mengambil kesempatan membuat liputan termasuk penulis.

Wordless Wednesday #25



Dec 6, 2011

Lapan Buah Ferrari Terlibat Dalam Nahas Ngeri


Kita sering 'cemburu' dengan pemilik kereta mewah kerana selalu dimomokkan bahawa kereta berkelas A serba sempurna dari segenap sudut. Dapatkah anda bayangkan keadaan kereta Ferrari, Lamborghini atau yang setaraf dengannya jika terlibat dalam nahas jalanraya?? Jawapannya dapat anda saksikan sendiri di dalam topik ini dan kekaguman anda terhadap kereta mewah mungkin menurun sedikit.

Harga Segelas Air Kosong


Nampaknya segelintir pengusaha restoran di ibu kota memang pandai berniaga. Untuk segelas air kosong, mereka meletakkan harga sehingga 80 sen segelas. Adakah penulis patut mengikut jejak langkah mereka agar harga air kosong di pantai barat dan pantai timur selaras??

Dec 5, 2011

Banjir Kilat Melanda Kuantan



Selepas banjir kilat yang agak teruk melanda Kajang, semalam iaitu 4 Disember 2011, bandar Kuantan pula dibanjiri air. Hujan lebat selama satu jam telah menyebabkan banyak kawasan di dalam bandar dinaiki air secara mendadak sehingga menyebabkan kenderaan tersadai di tepi jalan malah ada rumah penduduk yang dinaiki air.

Perkahwinan Erni Dekritawati Yuliana


Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita akhirnya menjadi kekasih halal kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, setelah setahun menjalin cinta.