Aug 31, 2012

Penyanyi Asal Lagu Tanggal 31


Saban tahun Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa alunan lagu Tanggal 31 yang dinyanyikan oleh Penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Seakan satu tradisi, stesen televisyen mahu pun radio akan memutarkan lagu berkenaan menjelang 31 Ogos. Akan tetapi, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Sudirman bukanlah penyanyi asal lagu berkenaan.

Bas Hilang Kawalan Rempuh Kedai Makan


Sebuah bas ekspres hilang kawalan sebelum merempuh kedai makan di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu. Nahas pada pukul 11.25 pagi itu berlaku ekoran kerosakan brek pada bas. Sebelum merempuh tiang konkrit kedai makan, bas turut melanggar kereta Honda Civic yang kemudiannya merempuh pula Perodua Kembara.

Kuliah Jumaat #56


Pendakwah : Ustaz Abu Hassan Din
Topik : Perkara Sunat Dilakukan Hari Jumaat


Aug 30, 2012

Hampir Mati Kerana Hadiah Misteri


Seorang lelaki cuba menjadi kekasih romantik buat teman wanitanya. Namun, idea kreatifnya ternyata mengundang padah apabila dia sendiri hampir mati. Hu Seng, dari selatan China mengirimkan dirinya sendiri di dalam sebuah kotak besar sebagai hadiah kepada buah hatinya, Li Wang.

Bayi Perempuan Dalam Beg Pakaian


Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui oleh peniaga akhbar di dalam sebuah beg pakaian berwarna biru yang ditinggalkan di depan kedainya di Jalan Sultan Omar pada awal pagi Rabu, 29 Ogos 2012. Mohamad Ibrahim, 56, dari Jalan Panji Alam, menemui beg pakaian tersebut pada pukul 6 pagi ketika mahu membuka kedai akhbarnya.

Aug 29, 2012

Wordless Wednesday #63



Bapak Saman Anak


Lazimnya kita dengar kes saman menyaman melibatkan individu yang tiada kaitan darah tetapi kali ini berbeza apabila seorang bapa memenangi tuntutan saman ke atas anak kandungnya sendiri. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Rosdi Harun mengarahkan seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak, Nasrun Mustafa, 39, membayar RM18,866.50 dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut hukum syarak kepada ibu bapa serta dua anaknya kerana mengabaikan mereka sejak 8 tahun lalu.

Aug 28, 2012

Warkah Biru Untuk Kamu

Bintang Malam, aku sungguh rindu padamu. Apakan daya, hanya mampu kukirimkan rasa itu di angin lalu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiket Bas Mahal Daripada Harga Asal


Menahan jerat di tempat genting. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan sikap segelintir pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru yang menjual tiket pada harga lebih mahal.

Aug 27, 2012

Penjaga Gol Diserang Penyakit Gatal


Jikalau sebelum ini, penulis asyik bercerita tentang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi, kali ini topiknya masih berkisar tentang pengawal gawang tetapi cuma orangnya saja berlainan iaitu Mohd Sharbinee Allawee Ramlie. Penjaga gol skuad bola sepak Terengganu itu mengalami situasi pelik apabila tiba=tiba gatal di seluruh badannya.

Aug 26, 2012

Pemuda Kaya Kini Papa Kedana


Angkara dadah, dua orang pemuda yang asalnya anak orang kaya telah disisihkan oleh keluarga mereka. Dua beradik berkenaan hanya mahu dikenali sebagai Mat, 28, dan Azri, 25, kini hidup bergelandangan di ibu kota selepas ibu bapa mereka yang juga merupakan ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru tidak mahu mengakui mereka sebagai anak lagi.

Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry


Berita pernikahan Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry telah diketahui umum. Masyarakat umum mendoakan agar rumahtangga pasangan ini dihiasi cinta sepanjang masa. Majlis resepsi pasangan sama kacak sama cantik ini telah berlangsung pada hari Sabru, 25 Ogos 2012 di rumah pengantin perempuan.

Harga Melambung Roti Canai Kosong


Seorang kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) terperanjat apabila roti canai kosong yang dibelinya di sebuah restoran di Kuala Terengganu berharga RM1.80 sekeping. Khairul Azhar Ismail mendakwa harga tersebut terlalu mahal berbanding kadar RM1.00 sekeping yang dijual di tempat lain.

Audi Khairul Fahmi Berlanggar Dengan Myvi


Penjaga gol sensasi Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek terlibat dalam nahas jalanraya ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok. Buat peminat Apek, jangan risau kerana atlit selebriti kesayangan anda hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Apple Menang Kes Saman Samsung


Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.

Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

Mempelai Ijabkabul Di Hospital


Sepasang pengantin menempuhi pengalaman paling berharga dalam melayari kehidupan berumahtangga apabila mereka dinikahkan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) ekoran jurunikah mereka, Harun Noh, 85, ditahan di wad setelah mengalami sesak nafas akibat penyakit lelah yang dihidapinya.

Buta Sekejap Kerana Kanta Lekap


Seorang gadis menderita buta buat seketika apabila penglihatannya terjejas akibat memakai kanta lekap berwarna dari jenis murah dan tidak berkualiti. Nabila Rosli, 18, membeli kanta lekap yang berharga RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, mendakwa sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.

Aug 25, 2012

Bahana Bangga Tiada Dara


Gara-gara berbangga kerana tiada dara, seorang mahasiwi menerima padahnya apabila disahkan positif HIV. Malah, siswi itu pernah menganggotai kelab tiada dara yang mengamalkan seks bebas.

Budak Cedera Angkara Mercun Bola


Ramadhan sudah pun berlalu, namun masih ada lagi yang menjadi mangsa mercun. 4 Syawal lalu, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka ekoran bermain mercun bola.

Tiga Terbunuh Akibat Jambatan Runtuh


Sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh manakala 5 yang lain cedera parah apabila sebuah jambatan 8 lorong di Harbin, ibu kota wilayah Heilongjiang, China pada pagi 24 Ogos 2012. Jambatan Yangmingtan itu runtuh pada pukul 5.30 pagi apabila 4 trak berat melaluinya. Sejak Julai tahun lepas, 6 buah jambatan di China sudah runtuh. Pembinaan yang kurang bermutu dan lebihan muatan menjadi penyebab keruntuhan jambatan.

Aug 24, 2012

Wajah Hampa Pemenang Tempat Kedua #02


Bukan Dato' Lee Chong Wei sahaja yang kecewa kerana gagal meraih pingat emas, malah kehampaan itu turut tergambar pada wajah atlit negara lain yang hanya mampu menggenggam pingat perak. Penulis pertontonkan kepada anda wajah-wajah hampa pemenang pingat perak di Sukan Olimpik 2012.

Wajah Hampa Pemenang Tempat Kedua #01


Bukan Dato' Lee Chong Wei sahaja yang kecewa kerana gagal meraih pingat emas, malah kehampaan itu turut tergambar pada wajah atlit negara lain yang hanya mampu menggenggam pingat perak. Penulis pertontonkan kepada anda wajah-wajah hampa pemenang pingat perak di Sukan Olimpik 2012.

Majlis Akad Nikah Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry


Ustaz muda yang menjadi fenomena kerana program kendaliannya iaitu 30 Minit Ustaz Don telah pun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya pada petang Khamis, 23 Ogos 2012 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pemilik nama Don Daniyal Don Biyajid, 28, bernikah dengan Husna Zahry Rafie, 24. Ustaz Don ♥ Husna dinikahkan dalam suasana sederhana tanpa sebarang majlis yang hebat dan liputan meluas dari pihak media.

Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal ♥ Husna Zahry


Personaliti TV AlHijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bakal melangsungkan persandingan pada 1 September ini dengan pasagannya, Husna Zahry Rafie. Pasangan ini telah bertunang pada 6 Mac 2012.

Lima Ditahan Kerana Culik Jutawan


Seorang jutawan mengalami detik cemas apabila diculik selama 9 jam oleh 5 orang penculik sebelum kesemua mereka diberkas oleh polis di sebuah persimpangan berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh pada pukul 5.30 pagi. Ahli perniagaan hartanah itu diculik di kawasan Perkampungan Portugis sebelum dilarikan ke Kuala Lumpur menggunakan MPV jenis Toyota Alphard.

Kuliah Jumaat #55


Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Tackle Hati Isteri


Aug 23, 2012

Persembahan Pemuzik Jalanan #01


Biasanya pemuzik jalanan memainkan lagu mengikut kesukaan mereka. Akan tetapi pula halnya bagi pemuzik jalanan ini apabila mereka membenarkan penonton memilih genre muzik untuk dimainkan. Antaranya ialah Lady Gaga, Michael Jackson, Fast Forward, Style, Bach dan ?. Alat muzik yang mereka mainkan ialah Violin, Double Bass dan Trumpet.

Aug 22, 2012

Anak Tiru Bapak


Jika anda perhatikan gambar-gambar yang penulis muatnaik sepintas lalu, pasti anda akan menganggap kesemua model gambar tersebut adalah orang yang sama. Telahan anda ternyata salah kerana ia adalah dua orang lelaki yang berlainan.

Pandelela Dikurniakan Johan Bintang Kenyalang


Penyumbang pingat gangsa acara 10M platform di Olimpik London untuk Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dianugerahkan Johan Bintang Kenyalang (JBK). Anugerah itu buat julung-julung kalinya diberi kepada atlit tempatan dan Pandelela merupakan penerima pertama anugerah tersebut.

Wordless Wednesday #62



Aug 21, 2012

Kelly Hildebrandt Mengahwini Kelly Hildebrandt


Ada pasangan berkahwin kerana persamaan yang ada pada mereka. Misalnya berkongsi hobi, makanan dan lain-lain. Lain pula halnya bagi pasangan Kelly Hildebrandt yang berkahwin kerana mempunyai nama yang sama. Pada suatu malam dalam tahun 2008, Cik Kelly Katrina Hildebrandt, 20, berasa bosan lalu menaip namanya di carian Facebook.

Retak Tulang Buku Lali Ditendang Senior Lelaki


Muhammad Faris Anuar, 14, seorang pelajar di sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan menahan sakit lebih kurang 6 jam selepas dibelasah lebih kurang 25 pelajar senior. Dalam kejadian pukul 2.30 pagi di asrama lelaki, 5 Ogos 2012, pelajar tingkatan dua itu retak tulang buku lali kanan.

Aug 20, 2012

Iklan Hari Raya One Heart Creative Solution 2012


Satu lagi iklan raya yang penulis kira ada pengajaran yang cukup bagus untuk diteladani. Muhammad, seorang anak yang mempunyai papa yang sangat sibuk, sentiasa tidak punya masa untuknya.

Aug 19, 2012

Iklan Hari Raya Bernas 2012


Iklan Hari Raya Bernas tahun 2012 berjaya menyentuh hati ramai orang. Ia mengisahkan tentang 2 sekawan yang tinggal di rumah anak yatim iaitu Ahmad dan Fizi. Kedua-duanya tidak sempurna pertuturan dan juga penglihatan. Ketika orang lain pulang ke kampung, mereka berdua tetap tinggal di asrama kerana tiada saudara-mara.

Salam Aidilfitri 1433 Hijrah


Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan kepada sekalian pelawat blog ini. Penulis seikhlas hati memohon maaf di atas segala kekhilafan yang pernah penulis lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga jalinan ukhwah antara kita semakin erat.

Aug 18, 2012

Gadis Dibunuh Depan Rumah


Seorang kakitangan pusat perkembangan minda kanak-kanak di Mutiara Damansara, Yasuhaidah Yeop, 22, mati dalam keadaan ngeri apabila lehernya dikelar di depan pintu sebuah rumah flat di Flora Damansara pada pukul 3 pagi. Terdapat 14 kesan kelaran di leher dan kepala, kesan luka di kedua-dua belah tapak tangan, empat kesan tikaman di kedua-dua belah rusuk, satu tikaman di belakang leher dan satu kesan luka di perut. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Aug 17, 2012

Gegendang Telinga Pecah Ditampar Guru Sekolah


Muhammad Bazly Burhan, 13, yang belajar di sekolah berasrama di Dungun ditimpa musibah pecah gegendang telinga gara-gara mengejek gurunya. Kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang sedang ketika dia sedang menduduki peperiksaan pentafsiran.

Kuliah Jumaat #54


Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Sunat Berbaju Baru Di Dua Hari Raya


Aug 16, 2012

Mohd Iskandar Azaki Hampir Putus Jari


Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun menjadi mangsa terbaru mercun bola menjelang dua hari sambutan Aidilfitri. Mohd. Iskandar Azaki Mat Rudin dari Kampung Kubang Golok, Bachok, Kelantan hampir putus jari manis kanannya bahana mercun bola yang dipasangnya meletup sebelum sempat membalingnya ke lantai.

Aug 15, 2012

Nurul Firzanah Dibakar Kekasih


Seorang remaja perempuan tidak menyangka pelawaan teman lelakinya untuk bersahur bersama bakal membawa malang kepadanya apabila dia dibakar oleh kekasihnya itu di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju. Mangsa, Nurul Firzanah, 16, dipercayai disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya terbakar. Mangsa yang masih bersekolah dalam tingkatan empat berada dalam keadaan kritikal.

Cedera Mata Bahana Mercun Bola


Seorang pemuda hanya mahu menjemur mercun bola miliknya yang basah setelah terkena hujan. Namun, dia kini berisiko hilang penglihatan di kedua-dua belah mata ekoran mercun tersebut meletup di hadapannya. Cuaca panas terik pada pukul 12 tengah hari ketika Mohd Azrin Hadi, 22, menjemur mercun bola menyebabkan 50 biji bahan letupan itu meledak serentak.

Zakat Fitrah 2012


Bulan Ramadhan sudah masuk minggu keempat yakni minggu terakhir. Berbaki 3 hari lagi, insyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudahkah kalian sama ada bujang atau berkeluarga melunaskan kewajipan membayar zakat fitrah??

Wordless Wednesday #61



Aug 14, 2012

Emak Disisih Anak


Luluh hati penulis membaca luahan hati seorang ibu yang mahu bertemu empat orang anak kandungnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ibu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) disisihkan oleh semua anaknya setelah disahkan menghidap HIV.

Hari Internet BlackOut Malaysia


Adakah anda pemilik blog, forum atau laman-laman sosial?? Jika ya, anda patut tahu mengenai Internet BlackOut Day ataupun Hari Internet BlackOut yang diadakan pada hari Isnin, 14 Ogos 2012. Ketahui hak anda apabila Seksyen 114A digunapakai kelak kerana ia ternyata berat sebelah dan tidak masuk akal. Sepatutnya wujudkan sekumpulan penyiasat Cyber Crime Investigation Team seperti dalam drama Korea, Ghost.

Bank Dibom Perompak


Sekumpulan perompak menyangka mereka 'bijak' apabila bertindak mengebom mesin pengeluaran automatik (ATM) di Bank Rakyat, cawangan Masjid Tanah, Melaka untuk mengaut kesemua wang yang berada di dalam mesin ATM tersebut. Namun, rancangan mereka ternyata sia-sia kerana hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.

Aug 13, 2012

Hancur Tangan Kerana Eksperimen Mercun


Dua orang pemuda sengaja mencari nahas apabila cuba meletupkan 20 mercun bola yang telah diubahsuai di dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, Kelantan. Eksperimen mercun itu mereka lakukan pada jam 12.50 tengah hari bukan sahaja gagal malah menyebabkan Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan.

Aug 12, 2012

KL Monorel Terkandas Di Brickfields


Sekurang-kurangnya 3 orang cedera termasuk seorang wanita hamil berusia lewat 30an sesak nafas terpaksa dikejarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat terperangkap lebih kurang satu jam di dalam monorel yang terkandas. Dua lagi mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca. KL Monorel tersebut terhenti di berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.

Aug 11, 2012

Emak Belasah Anak Kerana Rempeyek


Hanya kerana kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan para tetamu pada hari raya dirosakkan oleh anak sulungnya, seorang ibu bertindak membelasah kanak-kanak tersebut. Ekoran kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa yang berusia enam tahun mengalami lebam di badan selain berdarah di hidung dan mulut.

Aug 10, 2012

Kuliah Jumaat #53


Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : Mengumpat Sana Sini


Pingat Gangsa Pandelela Untuk Malaysia


Gadis pembawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Olimpik 2012 di London, Pandelela Rinong Anak Pamg berjaya menjulang nama Malaysia di mata dunia apabila membutirkan pingat gangsa di temasya sukan paling berprestij di dunia itu. Jalur Gemilang berkibar megah di Pusat Akuatik, London selepas Pandelela meraih tempat ketiga di dalam acara kegemarannya, 10m platform.

Aug 9, 2012

Budak 5 Tahun Putus Tangan Kanan


Aksi kanak-kanak berusia 5 tahun yang beria-ria mahu menikmati air tebu bertukar malang apabila pergelangan tangan kanannya putus tersepit mesin tebu. Kejadian yang menimpa Mohd Hafiz Haikal Shaharuddin pada 31 Julai 2012 berlaku di gerai air tebu di Sungai Limau, Kedah.

Aug 8, 2012

Pensyarah UPSI Menang Tesis Terbaik Seluruh United Kingdom


Seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak menjulang nama Malaysia di mata dunia apabila menerima anugerah tesis terbaik bidang literasi seluruh United Kingdom pada 7 Julai 2012. Dr Dahlia Janan, 42, pensyarah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI dikurniakan 'United Kingdom Literacy Association Research Student Award 2012' oleh UKLA Convenor of Research, Prof Guy Merhant.

Wordless Wednesday #60



Aug 7, 2012

Anak Jadi Korban Ritual Pemujaan


Seorang budak perempuan berusia dua tahun, Chuah Wan Xuan, menemui ajal selepas ditindih tanpa perikemanusiaan oleh lapan ahli keluarganya termasuk seorang pembantu rumah warga Indonesia di dalam satu ritual pemujaan. Kematian budak malang itu berlaku di rumahnya di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam kelmarin.

Aug 6, 2012

Mohd Shafiq Afandi Putus Dua Jari Kiri


Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menjadi mangsa terbaru mercun bola apabila hujung dua jari kirinya terputus pada pagi Ahad, 5 Ogos 2012. Sebelum ini, seorang pemuda dan seorang budak cedera akibat letupan mercun bola. Mohd Shafiq Afandi Ramlee dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) dalam keadaan berlumuran darah kerana putus hujung dua jari, malah tiga jari lagi turut hangus.

Lee Chong Wei Tewas Memburu Pingat Emas


Sebentar tadi berakhirnya sukan badminton akhir lelaki di Olimpik 2012. Pertembungan epik antara pemain Malaysia, Dato' Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China berkesudahan dengan sengit. Lee Chong Wei tewas dalam pemburuan pingat emas pertama Malaysia. Lin Dan yang menerima jolokan Super Dan berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Beijing 2008.

Aug 5, 2012

Besi Angkat Berat Menimpa Atlit Wanita Mesir


Atlit angkat berat dari Mesir, Khalil Mahmoud Abir Abdelrahman jatuh terlentang dengan dihempap bebanan besi bar seberat 151kg setelah gagal di dalam cubaannya untuk mengangkat berat tersebut pada hari Jumaat, 3 Ogos 2012 lalu.