Dec 31, 2012

Sorotan 2012


Akhirnya Masihi 2012 berlalu pergi dan ia tidak akan berulang sekali lagi. Perginya membawa 1001 kenangan buat setiap insan. Sama ada momen manis atau pahit, pastinya akan tersisip kemas dalam sanubari anda yang melaluinya.

Tentera Berkawad Di Jalanan


Pernahkah anda menonton secara langsung tentera berkawad?? Tentu sekali anda akan teruja dengan keseragaman mereka bergerak. Akan tetapi, apa pula reaksi anda apabila pergerakan 'istimewa' dilakukan oleh para tentera tersebut??

Penyamaran Haiwan #08


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Penyamaran Haiwan #07


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Penyamaran Haiwan #06


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Cermin Kereta Ganti Cermin Muka


Apabila bersolek, wanita memerlukan cermin muka. Namun, seorang wanita menggantikan cermin mukanya yang pecah dengan cermin kereta tanpa sebarang rasa bersalah.

Pemandu Teksi Pilih Kasih


Seorang wanita warga emas ingin menaiki teksi. Apabila dia berjaya menahan teksi, pemandu teksi 1 memilih untuk menghantar rakannya sambil membiarkan wanita tua tersebut.

Mahu Emak Baru


Apabila seorang anak tidak mahu kembali ke pangkuan ibunya, apa agaknya perasaan si ibu??

Guru Sejarah Mengajar Guna Video


David Perkins, 28, merupakan seorang guru sejarah di Duffryn High School di Newport, South Wales. Dia menyedari sejarah adalah antara subjek yang boleh membuatkan pelajar 'tidur lena dalam kelas'. Justeru, dia menggunakan pendekatan berbeza untuk memastikan para pelajarnya suka belajar sejarah.


Potong Rambut Guna Sabit


Sebuah kampung di China menggunakan cara yang unik untuk memotong rambut mereka. Jika masyarakat bandar menggunakan gunting, akan tetapi orang-orang di sini pula memotong rambut mereka dengan sabit.

Fon Telinga Berbentuk Artis Lagenda


Welcomm Publis Worldwide, sebuah syarikat pengiklanan dari Korea Selatan telah dipertanggungjawabkan untuk mempromosi kempen baru untuk Sony. Justeru, mereka hadir dengan fon telinga yang menyerupai wajah ikon muzik dunia.

Katak Menari Ala John Travolta


Aksi lucu katak ini berjaya dirakamkan oleh Herry Sobiran di Pantai Indah Kapuk, Jakarta. Jurugambar itu ternyata bertuah kerana sang katak sedang meniru tarian dari filem tersohor tahun 70an, Saturday Night Fever.

Dec 30, 2012

Hukum Wangian Beralkohol


Soalan

Assalamualaikum... Ustaz ana nak tanya berkaitan apakah hukum mengguna perfume beralkhohol?

Demonstrasi Jalanan


Apa agaknya perasaan anda jika anda yang ikhlas membantu orang lain memegang bendera telah dituduh sebagai ketua demontrasi jalanan?? Tanpa anda sedari, sejumlah 'pengikut' turut serta dalam demonstrasi haram tersebut.

Telefon Meletup


Seorang wanita meminjam telefon bimbit daripada orang yang lalu-lalang di jalanan. Namun, apabila dia mula menggunakan telefon tersebut, ia tiba-tiba berasap. Dek kerana panik, wanita berkenaan melempar telefon itu ke semak berhampiran.

Pemuda Kudung Nikahi Gadis Idaman


Seorang pemuda, Ali Abbas, yang kudung kedua-dua tangannya dalam perang Iraq tidak pernah berangan untuk mendirikan rumahtangga. Namun, jodohnya tetap ada apabila gadis yang dikenalinya sejak zaman kanak-kanak, Ankam Hamza bersetuju untuk menikahinya.

Dec 29, 2012

Rebat Telefon Pintar Mulai Januari 2013


Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua muda-mudi. Kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa belia yang berusia 21 sehingga 30 tahun boleh memohon rebat berjumlah RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 Januari 2013.

Dec 28, 2012

Majlis Akad Nikah Khairul Fahmi ♥ Nur Eilunie Natasha


Penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) sudah diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri (Liuniey) pada pukul 10.30 pagi bertarikh 28 Disember 2012. Pasangan Apek ♥ Liuniey dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib.

Kuliah Jumaat #73



Pendakwah : Ustaz Azhar Idrus
Topik : Sunnah Poligami

Banjir Buruk Di Kemaman


Kelmarin, 26 Disember 2012, banyak tempat di daerah Kemaman mulai dibanjiri air. Banjir kali ini dikhabarkan antara yang terburuk pernah berlaku. Selain kawasan yang selalu banjir seperti tempat rendah, ia turut membawa air ke bandar. Seingat penulis, kawasan bandar Chukai tidak pernah banjir sebelum ini.

Dec 27, 2012

Banjir Kilat Di Kuantan


Bandar Kuantan menjadi 'lautan' setelah sebahagian besar jalan utama ditenggelami banjir pada 24 Disember2012. Banjir ini melumpuhkan sebahagian besar aktiviti perniagaan di bandar malah banyak premis mengalami kerugian akibat bah yang tidak dijangka.

Dec 26, 2012

Wordless Wednesday #80


Keluar Bilik Dengan Kesan Pelik


Lazimnya, kita akan mencuba dahulu pakaian yang ingin dibeli. Apa agaknya perasaan anda kalau pasangan anda keluar dari bilik persalinan dengan kesan gincu di leher??

Dec 25, 2012

Akhbar Rasmi Untuk Pasangan Bercerai


Penceraian sering berlaku di kalangan masyarakat. Jika hal itu berlaku, tentu ramai saudara-mara atau handai taulan yang ingin mengetahui punca kegagalan rumahtangga itu berlaku. Ramai orang suka berahsia daripada bercerita tentang 'mahligai yang roboh'. Justeru, seorang pakar penceraian dari Jepun, Hiroki Terai, menerbitkan sebuah akhbar khusus untuk pasangan bercerai. Akhbar tersebut dinamakan Divorce Newspapers.

Presiden Paling Miskin Di Dunia


Mungkin namanya tidak segah Barack Obama tetapi beliau mempunyai gelaran tersendiri iaitu el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) kerana menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat. Beliau yang penulis maksudkan ialah Presiden Uruguay, Jose Mujica, yang berusia 77 tahun.

Pertarungan Pucung Biru Dan Ular Kecil


Seekor burung pucung biru yang sedang kelaparan menyambar seekor ular di kawasan berpaya. Namun, hidangan 'tengah hari' si pucung biru sedikit terganggu apabila sang ular sempat membelit paruhnya. Sang ular berusaha gigih untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi 'santapan istimewa' si pucung biru.

Dec 24, 2012

Hanya Satu Murid Dalam Satu Sekolah


Jika sekolah di Malaysia mempunyai ratusan orang murid setiap tahun, lain pula ceritanya dengan sebuah sekolah di Xianyou, wilayah Fujian, tenggara China. Sekolah rendah ini hanya mempunyai seorang murid dan dua orang guru.

Pemiutang Yang Hilang


Soalan

Saya pernah berhutang tetapi kini saya telah putus hubungan dengan pemiutang sekali pun saya telah berusaha untuk mencarinya. Bolehkah saya mensedekahkan duit hutang itu kepada tabung masjid?

Ana, Sandakan, Sabah.

Rebus Telur Tanpa Air


Lazimnya, untuk mendapatkan telur rebus, telur tersebut perlu dimasak di dalam air panas. Namun, pencipta dari Russia, Evgeny Morgalev telah mencipta sejenis alat bernama Gogol Mogol yang mampu merebus telur tanpa air.

Dec 23, 2012

Mesin Pendua Kunci


Di Malaysia, kita biasa melihat vending machine yang menjual minuman. Pernah anda terfikir akan kewujudan mesin untuk membuat kunci pendua?? Selalunya, kita perlu pergi ke kedai kunci untuk membuat salinan kunci rumah, kereta dan sebagainya.

Dec 22, 2012

Khairul Fahmi ♥ Leuniey Duet Lagu Hindi


Ekoran Malaysia gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) nekad melepaskan posisinya sebagai penjaga gol kebangsaan. Selepas ini, Apek akan menyaingi Anuar Zain dalam bidang nyanyian.

Angin Dipam Dalam Badan


Niat 2 orang pemuda hanya mahu bergurau dengan rakan sekerja mereka tetapi ianya bertukar menjadi igauan ngeri apabila lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah. Remaja berusia 13 tahun, Du Chuanwang, hampir maut apabila pam angin dimasukkan ke dalam duburnya.

Dec 21, 2012

Penyamaran Haiwan #05


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.


Penyamaran Haiwan #04


Ada sesetengah haiwan dikurniakan dengan kebolehan untuk menukar warna badannya atau melakukan penyamaran untuk mengelakkan dikesan musuh sekaligus menjadi santapan. Mari kita lihat beberapa spesis haiwan yang boleh melakukan penyamaran dengan baik sekali.

Kuliah Jumaat #72



Pendakwah : Ustaz Izhar Ariff
Topik : Hukum Darurat & Majlis Perkahwinan

Dec 20, 2012

Rumah Ninja Di Jepun


Penulis tahu ramai di antara anda yang telah menyaksikan kehebatan pahlawan Jepun yang dipanggil Ninja di dalam filem. Pernahkah anda terfikir untuk melihat dengan mata sendiri rumah yang mereka duduki??

Remaja Mati Kerana Mahu Tinggi


Remaja berusia 14 tahun, Bethany Adcock meninggal dunia pada November 2011 selepas menyedut 'asap' daripada deodoran di hadapan rakan di dalam biliknya. Mangsa percaya dia boleh menjadi lebih tinggi dengan berbuat demikian.

Dec 19, 2012

Cikgu Arah Pelajar Beli Ipad


Seorang guru dari Universiti Maritim Shanghai menjadi terkenal ekoran tulisannya di laman micro-blog Weibo kerana menyifatkan pelajar yang gagal memiliki iPad tidak layak untuk menjadi anak muridnya. Tulisannya mendapat kritikan meluas daripada masyarakat.

Wordless Wednesday #79


Dec 18, 2012

Bangku Anti Pengemis Di Hentian Bas


Masyarakat memprotes tindakan kerajaan yang memasang bangku menunggu bas yang begitu sempit di Renmin Road di Chengdu, China. Sudahlah sempit, bangku itu juga licin dan tidak sesuai untuk diduduki dengan selesa.

Dec 17, 2012

Diserang Ampai-Ampai Di Pantai


Shafie Sulaiman, 16, yang sedang mandi-manda di pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, berlari naik ke pantai sejurus disengat ampai-ampai. Sengatan itu menyebabkan bengkak dan cedera di seluruh badannya.

Dec 16, 2012

Iklan : A Gecko Love Tragedy


Sebuah iklan yang sungguh kreatif. Ya, sangat kreatif. Selepas melihatnya iklan Thailand ini sekali, penulis masih mengulanginya ekoran 'aura' yang tersendiri. Walhal ini hanyalah iklan produk syiling rumah.

Dec 15, 2012

Mujahiddin Syria Berperang Ala Angry Bird


Keganasan di Syria telah berlarutan begitu lama. Sudah ramai rakyat yang menjadi korban kezaliman Bashar al-Assad, tidak mengira masih bayi atau orang tua yang tidak berdaya. Ketika tentera Bashar menggunakan peralatan canggih untuk memerangi saudara mereka sendiri, pejuang-pejuang keamanan hanya menggunakan senjata buatan sendiri.

Kucing Mata Juling


Penulis biasa tengok orang yang bermata juling tetapi belum pernah menjumpai haiwan yang berkeadaan sedemikian. Seekor kucing diberi nama Spangles memiliki keunikan tersebut. Ia menjadi popular bukan hanya kerana matanya yang juling tetapi kerana 'fesyen' yang dipakainya setiap hari.


Dec 14, 2012

Noelle Joy Lahir Pada 12 Disember


Seorang bayi perempuan menjengah dunia pada pukul 12:12 pada 12/12/12 setelah ibunya mengambil masa selama 12 jam untuk melahirkannya. Bayi berkenaan diberi nama Noelle Joy Klinker.

Kuliah Jumaat #71



Pendakwah : Ustaz Zulkifli Ahmad
Topik : Contoh Dosa-Dosa Kecil

Dec 13, 2012

Budak Lelaki Didera Bapa Tiri


Atas kesalahan yang tidak diketahui, seorang budak lelaki dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa tirinya. Lelaki tersebut yang bekerja sebagai mekanik ditahan polis di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang, kelmarin.


Putus Jari Hantu Ditetak Tukang Sapu


Akibat membuang sampah di kawasan yang sudah dibersihkan, seorang wanita kehilangan jari tengah tangan kirinya akibat ditetak oleh tukang sapu. Insiden itu berlaku pada 3 November 2012 antara Jalan Tiexi dan Jalan Shifu di Hunan Zhuzhou.

Polis Bantu Pengemis


Seorang anggota polis New York menjadi bualan hangat apabila perbuatannya menghadiahkan sepasang but kepada seorang pengemis yang berkaki ayam dirakam oleh seorang pelancong Arizona, Jennifer Foster.

Dec 12, 2012

Belasungkawa Engku Tan Sri Ibrahim


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam pada 11/12/2012. Berita berkenan disahkan oleh adik allahyarham, Engku Taib. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi hari ini (12/12/12) di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

121212


Kiam Moriya

Tarikh 12/12/12 tidak mempunyai makna istimewa buat penulis. Akan tetapi, ianya menjadi tarikh pilihan bagi sesetengah individu untuk mengabadikan momen indah dalam kehidupan terutamanya pertunangan atau perkahwinan. Tarikh itu akan lebih bersejarah jika ianya sudah ditakdirkan untuk anda, misalnya tarikh lahir.

Wordless Wednesday #78



Dec 11, 2012

Rio Ferdinand Dibaling Syiling


Di sebalik keghairahan pemain Manchester United (MU) meraikan gol kejayaan jaringan Robin van Persie ketika menang 3-2 ke atas Manchester City di Stadium Etihad Ahad lalu, pemain pertahanan mereka, Rio Ferdinand cedera di mata kiri ekoran terkena balingan duit syiling yang dilempar oleh penyokong City dari tempat duduk peminat.

Kaki Tertusuk Kunci


Seorang lelaki menghadiri kelas karate untuk meneruskan pelajarannya dalam seni mempertahankan diri itu. Ketika dia sedang berlatih bersama 'sifu', tidak semena-mena kakinya terpijak kunci kereta.

Dec 10, 2012

Budak Sekolah Bawa Singa Ke Kelas


Sekumpulan budak sekolah memberitahu rakan sekelas mereka bahawa mereka menemui singa ketika dalam perjalanan ke sekolah. Namun, tiada sesiapa yang mempercayai cerita mereka. Justeru, mereka membawa anak singa jantan itu ke dalam kelas sehingga gempar satu sekolah.

Dec 9, 2012

Gadis Dicekup Polis


Seorang gadis telah dicekup polis setelah dia memuatnaik sebuah video berjudul 'Chick Bank Robber' di Youtube. Hannah Sabata, 19, merekodkan video berdurasi selama hampir 8 minit. Di dalam video tersebut, dia memegang kad-kad tulisan tangan yang menerangkan tentang aktiviti jenayahnya.

Dec 8, 2012

Manusia Berkawan Dengan Haiwan


Lazimnya, manusia takut dengan haiwan liar. Akan tetapi, Abdullah Sholeh, 31, menjadikan seekor harimau Benggala sebagai rakan akrabnya. Harimau berkenaan diberi nama Mulan dan dijaga oleh Abdullah sejak berusia 3 bulan.

Dec 7, 2012

Banduan Tersangkut Dek Perut Gendut


Anggota bomba di Ceres, Brazil terpaksa dipanggil ke penjara pada pukul 2 pagi bukan untuk memadamkan kebakaran tetapi untuk membantu banduan yang tersekat di dinding ketika cuba melarikan diri. Rafael Valadao dan 2 lagi rakannya menebuk dinding sel untuk meloloskan diri.

Kuliah Jumaat #70



Pendakwah : Ustaz Kazim Elias
Topik : Jangan Buruk Sangka

Dec 6, 2012

Lelaki Tiru Gambar Profil Rakan Baru


Seorang lelaki, Ryan Roy, mencari rakan yang serupa nama dengannya di Facebook. Kemudiannya, dia akan meniru gambar profil orang tersebut lalu menambah orang tersebut sebagai rakannya. Antara gambar profil yang ditirunya ialah ahli bina badan, bergurau dengan rakan perempuan termasuklah lelaki tidur bersama anaknya. Bezanya, dia tidur besama anjing peliharaannya.

Dec 5, 2012

Gadis Mengamuk Diugut Perompak


Demi mempertahankan maruahnya, seorang gadis nekad mengejar seorang lelaki sejauh 100 meter setelah lelaki itu mengugut mahu merogolnya selepas merompak neneknya. Dia yang mengejar dengan sebilah parang telah menyebabkan perompak itu lari lintang-pukang.

Wordless Wednesday #77


Budak Melecur Kerana Blackberry Meletup


Kian McCreath, 11, mungkin trauma terhadap Blackberry apabila telefon jenama itu meletup lalu membakar katilnya ketika dia sedang tidur. Kakinya turut melecur dan akan meninggalkan parut kekal apabila serpihan plastik telefon berkenaan melekat di kakinya.

Dec 4, 2012

Majlis Perkahwinan Farid Kamil ♥ Diana Danielle


Pasangan pengantin baru, Farid Kamil ♥ Diana Danielle telah mengadakan majlis persandingan mereka pada 1 Disember 2012 di Taman Ekuestrian Putrajaya. Pasangan sepadan ini telah diijabkabulkan pada 3 November lalu.