May 2, 2011

Obama Bunuh Osama


Dunia sejagat hari ini dikejutkan dengan berita kematian Osama Bin Laden (Usamah bin MuḼammad). Khabarnya, pemimpin Al-Qaeda itu telah dibunuh di Abbottabad, Pakistan dalam satu operasi yang diketuai oleh sebilangan kecil tentera Amerika dengan bantuan CIA (Central Intelligence Agency). Maka bersorak kerianganlah warga Amerika sebaik mengetahui tentang berita tersebut yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Malah Presiden tersebut sempat mengungkapkan 'justice has been done'.

Berikut adalah petikan ucapan Barrack Obama.


Ini pula gambar yang didakwa sebagai mayat Osama Bin Laden.


Namun, terdapat dakwaan bahawa gambar mayat tersebut tidak original, ia mungkin disuper impose dari gambar lain. Hanya Allah yang mengetahui sama ada Osama masih hidup atau sememangnya benar itu adalah jasadnya.

©Eriyza : Amerika Syarikat sudah banyak kali mendakwa berjaya membunuh Osama Bin Laden tetapi laporan itu tidak benar. Kali ini mungkin benar dan tidak mustahil juga suatu lagi siri pembohongan polis dunia itu.

4 Comment

ShE-iS-Me Tue May 03, 04:51:00 PM

salam..sy follow blog ye =)

iEra NaDiRa Tue May 03, 05:04:00 PM

entahlah.. tapi saya yakin itu gambar superimpose.
Cuba lihat gambar ini .. kan sama?

Takkan muka waktu dah meninggal pun boleh sama dengan muka waktu masih hidup? Maksud saya,, cuba lihat kedutnya, bentuk bibirnya.

Dan sisi janggutnya seperti dipadam supaya mudah dipadankan dengan 'tubuh lain'.

Apa2 pun, ini cuma pendapat saya berdasarkan logik akal.

Eriyza Wed May 04, 01:00:00 AM

@ShE-iS-Me
Wsalam. Terima kasih. :)

Eriyza Wed May 04, 01:03:00 AM

@iEra NaDiRa
Sy pun beranggapan begitu jugak.
Lagi pula, US selalu juga berbohong.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.