Apr 6, 2007

Sms Misteri

Sejak dua hari lalu penulis menerima sms dari seseorang yang penulis tidak kenali tetapi penulis tau dari mana dia mendapatkan nombor henpon penulis. Cuma, penulis tidak boleh membalas semula smsnya kerana dia menghantar sms tersebut dr web Mobik. Kadangkala sms yang dihantarnya ada kaitan dengan blog ini. Agaknya dia mungkin sedang membaca thread ini sekarang.

Untuk orang tersebut, terima kasih di atas sms kamu. Kalo bleh, sertakan sekali no henpon kamu agar penulis bisa membalas kembali sms itu. Usah malu wal segan tuk menjadi seorang sahabat kerana penulis sememangnya suka berkawan.

Apr 4, 2007

Antara Sejuta Rasa

Terima kasih yang tak terhingga buat Akak Zalin yg sudi mendengar luahan hati penulis. Meskipun jauh beratus batu, keprihatinan Akak Zalin amat penulis hargai. Penulis bukan wanita manja yang dengan mudahnya mengalirkan airmata. Jarang sekali hal itu berlaku kepada penulis kecuali situasi yang penulis hadapi benar² mengharukan hati penulis. Penulis kalah apabila melihat harapan ibu bapa terhadap penulis. Masakan penulis mampu menahan gejolak di dada sedangkan mereka sendiri berdukacita??

Doa dan harapan, mudah²an Allah Taala permudahkan segala urusan penulis. Saat² begini, penulis terkenangkan rakan baik penulis yang hilang kabar berita. Dia rakan yang sungguh prihatin, sentiasa disisi penulis dalam suka dan duka. Namun, selepas dia berkawen dan mengikut suaminya ke Selangor, penulis terputus hubungan dengannya. Alangkah bagusnya kalo segala rasa ini dapat dikongsi bersamanya. Semoga kau bahagia sahabatku walau dimana jua kau berada.

Apr 1, 2007

Harapan

Sewaktu menemani ayahanda ke klinik tengahari tadi, penulis diterpa dengan persoalan tentang pernikahan. Bukan tidak biasa berbicara soal yang satu ini dengan ayahanda, cuma kali ini penulis agak emosi. Penulis cuba memberikan jawapan yang telus kepada ayahanda, berharap agar insan penyayang ini bisa memahami gelodak jiwa anaknya. Penulis katakan bukan penulis tidak mahu kawen, cuma belum ada insan yg benar² ikhlas mahu hidup bersama penulis. Penulis bukan gadis liar, bukan juga jenis yang tayang muka di shopping complex. Kalo keluar pun, sentiasa ada ayahanda atau bonda turut serta. Penulis tidak punya masa tuk berpeleseran persis belangkas dengan mana² jejaka. Penulis bukan jenis itu.

Luluh hati penulis sewaktu mendengar doa ayahanda sewaktu penulis melintasi ruang solatnya sebentar tadi. Doa seorang ayah yang mahu melihat anaknya mendirikan rumahtangga, mahu anaknya hidup bahagia. Sepanjang perjalanan ke kelas, mata penulis sudah bertakung tetapi penulis mengawalnya, tidak mahu ia membanjiri pipi montel. Sewaktu pulang dari kelas, kolam airmata itu sudah tidak mampu bertahan, lalu turunlah hujan airmata. Penulis menangis semahunya. Wajah kasih ayahanda terpapar di ruang mata, bersilih ganti pula dengan wajah sayang bonda. Sungguh penulis sayu. Apalah daya penulis, sekadar seorang wanita yang terus mengharap kebahagiaan menjengah diri.