Nov 3, 2007

Kamus Bahasa Inggeris Ke Bahasa Arab


Lazimnya kamus online yang disediakan oleh pelayar internet lebih tertumpu kepada perterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya. Kali ini, penulis mahu memperkenalkan sebuah laman web yang menawarkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab. Ianya sangat berguna bagi sesiapa yang terlibat dengan penggunaan Bahasa Arab di dalam percakapan atau pelajaran. kenyit


Sekiranya anda ingin meletakkan kamus online ini di dalam blog / laman web anda, sila salin kod di bawah.



Untuk melayarinya pula, anda boleh ke laman web Guided Ways. Selamat menterjemah. cium

Nov 2, 2007

Selongkari Pembinaan Laman Web


Mahukah anda mengetahui sesuatu blog / laman web itu dibangunkan dengan menggunakan pelantar apa?? Seringkali anda melihat blog / laman web yang bagus dan teringin untuk memiliki blog / laman web peribadi sehebat itu. Kini, anda boleh mengetahuinya dengan mudah. jelir

Anda cuma perlu memasukkan alamat blog / laman web tersebut di Built With. Kemudian, anda akan dibawa menyelongkari isi perut blog / laman web tersebut. garupale

Nov 1, 2007

Unzip Fail Secara Online


Kebanyakkan fail yang ditawarkan untuk dimuatturun didatangkan dengan format .ZIP atau .RAR. Penulis percaya ramai pengguna internet mempunyai winzip atau winrar untuk compress fail tersebut. Bagaimana pula jika fail yang anda ingin muatturun berformat .TAR, .CAB dan sebagainya?? Anda tidak mempunyai perisian untuk compress format tersebut. Jangan risau, penulis mahu berkongsi dengan anda satu laman web yang menarik. ihikhik

Laman web ini membolehkan anda compress fail pelbagai format secara online. Anda tidak perlu mendownload sebarang perisian untuk compress fail lagi. Berikut penulis catatkan fungsi laman web tersebut. Size fail yang dibenarkan sehingga maksimum 100 MB. Antara format yang disokong ialah 7z, ZIP, GZIP, TAR, BZIP2, RAR, CAB, ARJ, Z, CPIO, RPM, DEB, LZH, SPLIT, CHM, ISO. Penulis menyarankan anda untuk compress fail secara online di Wobzip. around