Apr 5, 2008

Belasungkawa


21 Mac 2008 iaitu hari Jumaat, aki (atuk) dimasukkan ke wad buat kali kedua. Hari itu juga merupakan hari lahirnya yang ke 91 tahun. Petang itu, aki terlalu lemah. Doktor Mohd Nor datang ke rumah dan memeriksa aki. Beliau menyarankan agar aki dimasukkan ke wad. Aki dibawa ke hospital dengan ambulans. Dia dimasukkan air dan ada tiga jenis lagi air yang tidak penulis ketahui jenisnya. Kiri kanan tangan aki ada jarum untuk memasukkan air² tersebut. Di dadanya pula berselirat wayar untuk memeriksa tekanan jantungnya sambil diawasi oleh sebuah monitor. Aki memakai topeng oksigen kerana dia kekurangan oksigen.


Selama 16 hari aki berada di hospital, hampir setiap hari penulis pergi. Penulis dan keluarga pergi menziarahinya pada waktu petang dan juga malam. Kaum keluarga yang lain bergilir² menjaga aki. Mereka bertugas seramai dua orang untuk setiap syif. Penulis tidak bertugas syif tetapi setiap kali penulis pergi, penulis akan menggosok² badan aki dan memegang erat tangannya.

Kelmarin, sewaktu penulis menziarahi aki, dia cuma diam tidak bergerak. Dia tidur dengan nyenyak. Banyak kali kami memanggilnya, namun tiada sebarang reaksi daripadanya. Akhirnya, pada pagi tadi kira² jam 2.15 pagi aki menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika itu, cuma Pak Lang dan Pak Din yang ada disisinya kerana waktu itu mereka bertugas.

Penulis menerima panggilan daripada Ayah Teh pada jam 2.20 pagi. Sejurus kemudian, penulis bergegas ke hospital bersama ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, urusan pengebumian aki berjalan lancar. Arwah aki disemadikan berhampiran kubur arwah nenek. Sudah 12 tahun arwah nenek meninggalkan aki.

Al-fatihah untuk arwah aki yang pergi mengadap Ilahi pada 5 April 2008 bersamaan 28 Rabiul Awal 1429H. Semoga rohnya dicucuri rahmat. doa

Apr 4, 2008

Kiri Atau Kanan


Aanda tentu biasa menjawab soalan berbentuk kuiz di blog / laman web yang anda kunjungi. Apa kata kalau anda mengisi masa terluang dengan mencuba kuiz perbandingan antara kiri dan kanan. Ianya lebih kepada perbandingan antara dua jenis yang hampir serupa kegunaannya atau pun antara baik dan buruk. gile


Suka penulis ingatkan, topik yang penulis tulis ini adalah untuk suka² sahaja. Anda cuma perlu klik pada kanan atau kiri untuk memilih jawapan yang anda mahu. Peratusan setiap jawapan akan ditulis di bahagian bawahnya. Ayuh, mari bermain di Left or Right. celebrate

Apr 1, 2008

Kotak Butang Banner


.: Eriyza Qistina :.


Pertukaran butang alamat blog (link exchange) sesama rakan blog yang lain boleh meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. Jika anda baru berjinak dengan dunia blog, mungkin anda belum tahu cara untuk membuat kotak penukaran butang. Anda perlu menyediakan satu butang kecil untuk dimuatkan ke dalam blog rakan anda. Penulis menyarakan anda menyediakan butang berukuran 88 x 31. sengihnampakgigi


Anda salin kod di bawah ini dan letakkan di bahagian yang perlu.

<textarea rows="3" cols="18" name="S1"><a href="http://eriyzaqistina.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" alt=".: Eriyza Qistina :." src="http://img142.imageshack.us/img142/8634/buttonblog2yy9.gif"/></a></textarea>


Sila tukarkan tulisan berwarna merah dengan alamat blog anda dan juga butang blog anda sendiri. Semoga berjaya. topi