Jan 3, 2009

Berkaraoke Dari Komputer


Anda suka berlibur bersama rakan² di karaoke?? Anda punya suara yang merdu untuk dialunkan?? Anda ingin berkaraoke tetapi tiada rakan mahu menemani anda?? Jangan risau wahai kawan, kini anda boleh berkaraoke di rumah sahaja. Asalkan anda mempunyai mikrofon, komputer dan talian internet, semuanya ditanggung beres.


Eriyza memperkenalkan kepada anda sebuah laman web yang membolehkan anda menyanyi sepuas hati di rumah. Anda cuma perlu memilih lagu yang anda gemari dan mulakan berkaraoke. Buat masa sekarang, hanya lagu Inggeris disenaraikan dan pilihannya agak terhad tetapi Eriyza percaya, sedikit masa lagi lebih banyak lagu dari pelbagai negara akan ditambah. Paling bagus, anda akan diberi markah selepas selesai menyanyi. Ayuh, kita berkaraoke di KaraokeParty.

Jan 2, 2009

Kad Dari Queen Dan AliyaAnnuar

Kad Dari Queen
Kad Dari AliyaAnnuar

Sempena tahun baru 2009, dua orang bloggers iaitu Queen dan AliyaAnnuar telah bermurah hati untuk memberikan kad rekaan sendiri kepada Eriyza. Kadangkala Eriyza cemburu dengan orang yang kreatif. fs04


Terima kasih buat kedua²nya kerana tidak melupakan Eriyza lantas melayangkan kad yang comel ini. Lain kali bagilah lagi. fs11

Jan 1, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Wan Eriyza. Sepatutnya permulaan tahun baru ini Eriyza sambut dengan gembira tetapi Eriyza sedikit hiba. Lazimnya, hari lahir diraikan bersama bonda tercinta tetapi kini Eriyza keseorangan. Kami dilahirkan pada tarikh yang sama. Bukan mudah untuk mempunyai tarikh kelahiran sama dengan ibu. doa


Al-fatihah Eriyza hadiahkan buat bonda, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Doa dan harapan agar Eriyza dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki halal yang murah, bertambah keimanan dan mendapat jodoh yang soleh. Doakan Eriyza. cium