May 5, 2011

Simpan 25,000 Senarai Rakan Di Gmail


Sebelum ini Gmail hanya membenarkan anda menyimpan 10,000 orang senarai rakan dalam satu masa tetapi kini rangkaian itu diperluaskan lagi. Buat anda yang mempunyai terlalu ramai musuh kenalan, anda boleh menambah sehingga 25,000 orang di dalam senarai rakan anda.

May 2, 2011

Obama Bunuh Osama


Dunia sejagat hari ini dikejutkan dengan berita kematian Osama Bin Laden (Usamah bin MuḼammad). Khabarnya, pemimpin Al-Qaeda itu telah dibunuh di Abbottabad, Pakistan dalam satu operasi yang diketuai oleh sebilangan kecil tentera Amerika dengan bantuan CIA (Central Intelligence Agency). Maka bersorak kerianganlah warga Amerika sebaik mengetahui tentang berita tersebut yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Malah Presiden tersebut sempat mengungkapkan 'justice has been done'.

May 1, 2011

Iklan Mudah.my Di Televisyen


Kalau anda gemar membeli barang dari internet, tentu anda pernah singgah di laman web Mudah.my. Laman ini memudahkan anda untuk mencari pelbagai jenis barangan untuk dibeli dari sebesar barang seperti kereta sehingga sekecil barang seumpama memory card. Memandangkan perkhidmatan jual beli mereka semakin mendapat perhatian, maka mereka mengambil inisiatif untuk mengiklankan web mereka di televisyen.