
Program masakan Masterchef Malaysia peringkat akhir baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Doktor pergigian, Ezani Farhana Binti Md Monoto telah berjaya bergelar juara setelah menewaskan saingannya iaitu Wahidan Bin Haji Ag Supain. Doktor muda dari Kajang ini menjadikan ibunya sendiri sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam arena masakan.




