Jan 8, 2012

Ezani Farhana Juara MasterChef Malaysia 2011


Program masakan Masterchef Malaysia peringkat akhir baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Doktor pergigian, Ezani Farhana Binti Md Monoto telah berjaya bergelar juara setelah menewaskan saingannya iaitu Wahidan Bin Haji Ag Supain. Doktor muda dari Kajang ini menjadikan ibunya sendiri sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam arena masakan.

30 Minit Ustaz Don


Penulis tahu ramai yang sudah maklum tentang ustaz selebriti bernama Don Daniyal ini. Anda pasti biasa menonton rancangan 30 Minit Ustaz Don yang sarat dengan pelbagai cabang ilmu. Rancangan ini ke udara setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 10 malam setelah ditukar jadualnya mulai 1 Januari 2012. Antara pengisian rohani yang disediakan ialah bertalaqqi membaiki hukum² tajwid dalam Al-Quran, belajar bab² Fardhu Ain dalam kehidupan dan pelbagai lagi.

Jamalina Mohon Maaf Pada Najib Dan Anwar


1Malaysia kecoh semalam gara² pembaca berita TV3 suku tersilap menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kepada Datuk Seri Anwar. Isu ini mendapat liputan meluas oleh wartawan² tidak bergaji [baca: bloggers] termasuklah penulis kerana hari ini kes liwat Anwar bakal dijatuhkan hukum. Kontroversi ini sekaligus menjadi polemik bagi sesetengah individu yang cukup suka 'menangguk di air keruh'.