
ALOR SETAR: Polis pada Ahad berkata, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipercayai akibat dibunuh. Dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad.




