Sep 26, 2008

Salam Aidilfitri 1429 H


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan akan berlalu pergi dan Syawal menjelma tiba. Seperti kelaziman yang sering dilakukan oleh setiap insan, bermaafan antara satu sama lain menjadi kemestian. Justeru, di kesempatan ini, penulis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada rakan² sekalian di atas segala kekhilafan penulis samada disedari atau tidak disengajakan.


Tidak kiralah penulis mengenali anda melalui blog, forum, yahoo messenger, internet relay chat, sms dan lain² medium yang membolehkan kita berhubung antara satu sama lain. Gurauan penulis sepanjang berkenalan dengan kalian mungkin ada yang mengguris hati meskipun kadangkala tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari hati penulis. Terima kasih di atas sokongan kalian terhadap blog ini. Tanpa kalian, blog ini umpama kelas tiada pelajar. Berhati² di dalam perjalanan ke destinasi pilihan. Semoga berbahagia bersama insan tersayang di pagi Syawal. Jangan lupa menziarahi pusara kaum keluarga yang telah tiada, sedekahkanlah al fatihah sebagai tanda kasih yang berpanjangan buat mereka.

Para sahabat, jika tidak keberatan, marilah sedekahkan Al-fatihah buat arwah bonda penulis iaitu Hajah Zaliha Binti Zaharah. Kali pertama beraya tanpa bonda, tidak dapat penulis gambarkan perasaan sayu menjelang hari itu. Al-fatihah.

Sep 24, 2008

Zakat Fitrah


Zakat fitrah adalah rukun islam kelima. Zakat fitrah ditunaikan oleh umat Islam pada setiap kali Ramadhan menjelma. Sudahkah para sahabat sekalian menunaikan zakat fitrah masing²?? Bagi lelaki yang menjadi ketua keluarga, jangan lupa mengira jumlah ahli keluarga anda dengan betul sebelum pergi ke kaunter bayaran zakat. Jangan sampai ada ahli keluarga yang tertinggal, nanti kena pergi bayar semula.


Bagi orang bujang macam penulis, jangan segan dan malu untuk pergi menunaikan ibadah zakat pada amil bertauliah di sekitar anda. Pada rakan² sekalian, selamat berzakat fitrah. Zakat fitrah membawa berkat. Semoga kalian semua beroleh rahmat.

Sep 23, 2008

Koleksi Kad Raya







Puan Wan Fadhilah dari Dungun, Terengganu telah menghadiahkan kad raya yang menarik buat penulis. Jutaan terima kasih diucapkan kepadanya kerana sudi memberikan kad raya ini. Jarak antara Kemaman dan Dungun tidaklah jauh mana tetapi belum berkesempatan bertemu mata. Semoga suatu hari nanti, penulis dapat bertemu dengan tuan empunya kad raya ini. Selain itu, penulis juga menerima kad raya daripada Sukiprattle, Ladydiera, Jackster, Neoryzer, Jitegha, Mari Merepek, Nrina, Neslo, Nasikerabupetro, Cybernetics Mind, Kreuger, Along Arman dan Sueella. Oleh kerana penulis masih menerima kad raya daripada rakan², maka penulis akan mengemaskini dengan meletakkannya di sini sebagai koleksi.


Terima kasih buat semua sahabat yang sudi mengingati diri ini. Semoga ukhwah sesama kita terjalin utuh.