Jul 27, 2010

Love It When You Call


Tentu ramai pasangan yang sedang hangat memadu asmara akan riang ria jika kekasih hatinya menelefon. Walaupun soalan sama berulang tetapi bergayut sampai sepertiga malam. Jom layan lagu Love It When You Call dari The Feeling.

Happy listening ♥

Jul 26, 2010

It's Gonna Be Ok


Penulis sekeluarga baru pulang dari Puchong. Kami ke sana kerana menghantar adinda bongsu yang sudah mendapat tawaran kerja di tempat praktikalnya. Selamat bertugas buat adinda bongsu. Take care!

Layankan lagu It's Gonna Be Ok dari kumpulan Clash.

Happy listening ♥

Jul 22, 2010

My Girl


Hampir seminggu streamyx penulis rosak. Sejak hari Sabtu lagi penulis sudah membuat aduan kepada telefonis TM tetapi mereka hanya datang pada hari Khamis. Walaupun sedikit kesal dengan kelewatan mereka membaiki kerosakan yang berlaku tetapi penulis tetap merakamkan terima kasih kerana membaikpulih talian internet penulis.

Jom layan lagu My Girl dendangan Xing.

Happy listening ♥