Feb 3, 2012

Kuliah Jumaat #26


Pendakwah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Topik : Hukum Menonton Melodi + Fuhhh!


Feb 2, 2012

Tafsir Al-Quran Masih Elok Dalam Kebakaran Teruk


Berlaku satu kebakaran di rumah kedai yang beralamat No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 31 Januari lalu. Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah berkejar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Rumah kedai tersebut dilaporkan musnah teruk. Akan tetapi, apabila pihak bomba melakukan pemeriksaan sebaik operasi selesai, mereka menemui senaskhah kitab tafsir Al-Quran yang yang masih elok keadaan luaran dan dalamannya. Subhanallah!

Sham Kamikaze Berdakwah Kerana Hidayah


Nampaknya semakin ramai artis² Malaysia yang mula beralih arah dari kehidupan yang tiada batasan kepada ajaran Islam yang tulen. Jika 1Malaysia maklum, selebriti yang paling ramai melakukan penghijrahan adalah artis wanita manakala artis lelaki pula agak jarang kedengaran. Di dalam jumlah yang sedikit itulah, terpacul nama Sham Kamikaze yang telah melakukan transformasi cara hidup sepenuhnya. Alhamdulillah!