Oct 14, 2004

Farewell Party

Malam nih umah aku wat farewell party. Hampir seme student aku mai kecuali sorang jerk yg x hadir. Meriah betoi laaa party malam nih. Kitorang wat games meneka namer antara student ngan anak buah aku. Klakonya namer tuk dak lelaki, dibantainya teka dak pompuan. Bederai tawa dorang setiap kali owg yg kalah kener denda. Kekekekeke! Naseb arrr aku x kener denda skali. Pastuh kitorang men musical chair plaks. Lastly, Mah Zhe Khan menang. Kebetulan mlm nih hader suprise party tuk mamat nih, so kitorang tutup mater dier seblum kasik prezen. Aku laa yg tukang tutup mater dier. heHeh!!! Kendian bunyi laa lagu "Happy Birthday To You". Seme owg dok nyanyi temasuk laa aku sambil Lim Yunn Li menkan keyboard. Hampir nak menangis mamat nih. Wakakakakaka! Teharu laa tuh!

Pastuh kitorang potong kek dan ektibiti makan² pun bemula laa. Ahehe! Memacam makanan yg hader, bihun, sate, kek, buah pun hader! Isk isk isk! Skarang tiber laa sessi memohon ampun mahap antarer aku ngan student aku. Huwaaa, nak menitik ayor mater aku time nih. Tahan ayor mater, jgn guguq, malu aku satgi. Pastuh aku dapat prezen drp dorang. Teharu siut aku! Huhuhuhu!

Suprise! Student aku menkan satu lagu khas tuk aku ngan menggunakan keyboard sambil betepuk tangan. Hadeh, ayor mater dah begenang nih. Jangan laa guguq. Naseb arrr x guguq mutiara jernih d pipiku.

Antarer ucapan yg tetulis lam kad yg dorang bagi...

To : Cikgu _____________
Saya berharap agar dapat berjumpa dengan cikgu tahun depan. Terima kasih. From : Wan Ching

Dear Cikgu,
Terimalah kad dan hadiah ini sebagai penghargaan.
From : Yunn


Hader sepucuk surat yg amat meruntun jiwer rager aku. Didepannya tertulih :-

To : Cikgu ______________
Ini adalah ikhlas daripada kami, silalah terima!
From : Murid-murid


Pabila surat tesebut kubuka, tedapat sejumlah wang didalamnya. Aku tekujat seketika. Terpikir dibenakku, adakah aku telah melaksanakan perananku ngan bagus?? Hanya student aku yg mampu menjawabnya. Antarer prezen yg aku timer, aku paling teharu ngan sebotol bintang betuah dan burung jenjang yg diwat seniri oleh Lim Yunn Li. Aku kagum ngan keikhlasannya membuat bebender nih tuk aku. Ntoh baper lamer maser yg dier hambik tuk wat bender tuh. Haper pun, thanx to all of my student. Love u all.

Ang Wen Kai – kamu pendiam tp cekgu tahu kamu rajin berusaha. Don’t give up!

Cheok Chia Wei – kamu mmg nakal tp cekgu harap kamu akan bejaya satu ari nanti.

Mah Zhe Khan – kamu ada idea biler mengarang tp kamu pelu byk membaca tuk menguasai bahasa melayu ngan lebih baik.

Kok Shu Hong – kamu antarer murid cekgu yg bagus. Keep it up!

Lim Yunn Li – kamu lemah dlm penguasaan bahasa melayu tp cekgu pecayer kamu bleh pebaiki lagi penguasaan bahasa melayu kamu. Teruskan berusaha.

Siaw Chee Hong – kamu slalu menyiapkan keja ngan cepat tp byk penggunaan tatabahasa yg salah. Pk dolu seblum wat!

Soo Ehaun – my peberet student. Semoga kamu sukses lam pelajaran, teruskan menelaah tuk mendapat markah yg bagus lam bahasa melayu.

Wang Mei Ling – also my peberet student. Praktikkan haper yg cekgu hajo, kamu akan mendapat kejayaan jika menggunakan ilmu itu ngan baik. Good luck.

2 Comment

Unknown Thu Mar 05, 02:53:00 PM

Garranggnyer....cikgu nii!;)

Eriyza Fri Mar 06, 12:25:00 AM

Matkapak : Bukan garang tapi tegas. Hehehe!!! :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.