May 8, 2005

Kaulah Segalanya Bagiku




Hari istimewa ini tiba lagik. Seme wanita yg bergelar ibu diraikan pada arinih di seluruh dunia. Walo aperpun panggilannya samada ibu, emak, mummy, mama ato ummi, namun hakikatnya wanita istimewa nih aderlah seseorang yg begitu berharga lam kehidupan seme insan yg menjadik anak.

Aku mempunyai seorang Mie yg cukup aku kasehi lam hidupku. Mie melahirkan kami tiga bradek, semenya dilahirkan melalui kaedah ceasearean. Hanya aku sorang yg memanggil Mie manakala kedua² adeqku memanggil Ma. Mie skarang sudah dimamah usia, garis² halus muler muncul diwajahnya, ditambah pula ngan penyakit darah tingginya. Namun, Mie maseh begitu penyayang terhadap anak²nya. Cumer sifatnya tuh slalu diselindungkan disbalik nasehatnya. Mie sudah lamer bekerja keras besamer bapak tuk memajukan peniagaan kedai makan mereka. Alhamdulillah, perniagaan mereka maju.

Mie owg petamer yg aku carik pabiler aku kesempitan wang dan dier tanper byk ckp akan memberikan wang tuh. Sememangnya aku sorang yg boros dan Mie sering menasihati biler aku bebelanjer melebihi had. Maseh kuingat, tangan lembutnya merasa suhu badanku sewaktu aku demam ketika kecil dahulu. Maseh kuingat, sora lembutnya mendodoikan aku sewaktu aku mahu tidur. Maseh kuingat, Mie setia menemaniku sepanjang tempoh pembedahan aku, sejak aku muler dimasukkan ke wad, masuk ke dewan bedah, saat aku maseh pengsan akibat dibius kerana pembedahan dan sehinggalah saat aku sedar kembali. Mie sentiasa berada disisi. Mie ratu hatiku, takkan ade insan lain yg bleh mengambil alih tempatnya lam atiku.

Mie, seandainya aku mampu, inginku berikan padermu aper saje yg kau mahu. Hanya satu yg mampu kuberikan padermu, doa seikhlas hati agar dirimu sentiasa di dalam perlindungan Allah. Semoga Mie sehat sejahtera dan bahagia selalu. Sesungguhnya, syurgaku terletak dibawah telapak kaki Mie.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.