Nov 29, 2005

Normal



Aku suka makan tapi aku malas masak. Aku nak kurus tapi aku tanak diet. Aku benci lawak bodoh tapi aku sering wat lawak bodoh. Aku mau jadik kaya tapi aku takmau keja keras. Aku tak gemar begambar tapi aku gemar tangkap gambar orang. Aku menasihatkan orang lain supaya banyak bersabar tapi aku cepat marah. Aku tak suka mendengar alasan tapi aku sering memberikan alasan. Aku gemar bercakap tapi aku tak gemar orang yang banyak cakap.

Aku marah orang datang lewat tapi aku selalu lewat. Aku gemar guna internet tapi aku tak gemar bayo bil streamyx. Aku selesa dengan suasana aman damai tapi aku selalu berada di tempat bising. Aku sering baca majalah tapi aku jarang baca akhbar. Aku jarang amik tau hal orang tapi orang selalu bertanyakan hal aku. Aku rajin membaca novel tapi aku malas baca buku agama. Aku tetap aku! Normalkah aku?

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.