Mar 28, 2006

Apam Pisang


Semalam aku wat kuih apam pisang. Nih kali kedua aku try wat kuih nih, seblum nih dah penah wat tp kureng menjadik. So, kali nih dah jadik ngan elok. Hehe! Best jugak makan apam pisang nih time minum petang, tak ler bosan asek pekena pisang goreng ajer.

Kalo kita nak wat sesuatu, kita musti berusaha sampai benda tuh menjadik, memang laa memuler tuh kengkadang hasilnya tak seperti yg diharapkan tetapi kalo kita bertekad tuk meneruskan benda tuh, insya allah akan menjadik jugak akhirnya. Ada sesetengah owg suka bercakap untuk melakukan itu ini tetapi watnya tidak. Sebenarnya guru yg paling bagus ialah pengalaman. Kalo aku tau skali pun resipi tuk membuat kuih nih tp langsung x penah try, cemaner nak tau hasilnyakan? Adalah lebeh bagus kalo kita tau caranya dan kita cuba membuatnya. Jangan dok dengar kata orang saja sebab ade owg suka cakap x serupa bikin.

Okeh, kepada sesaper yg nak try wat kuih nih, bleh laa message daku yerk. Malas laa plak nak tulih resipinya kat sini. Kekeke!

Mar 22, 2006

Genius

Kali nih aku mau memperkatakan tentang GENIUS. Ader pelbagai tafsiran yg diwat mengenai genius. Lazimnya umum mengklasifikasikan seseorang tuh GENIUS pabila petah bebicara, bleh menghafal ngan baik, menyelesaikan pemasalahan yg dianggap sukar seawal usia kekanak ribena. Lihat saja Adeputra yg menjadik pakar rujukan sebilangan pensyarah kerana ke'GENIUS'annya menyelesaikan masalah tuk soklan golongan mahasiswa. Aku tidak nafikan tentang keistimewaan mereka yg GENIUS sejak kecil. Cuma aku merasakan, ader satu lagik golongan insan yg patut kita panggil genius. Mereka yg aku maksudkan ialah para HAFIZ dan HAFIZAH. Dalam erti kata lainnya mereka digelar penghafal al-quran.

Mari kita fikirkan sejenak tentang GENIUSnya golongan ini. Mereka tidak dilahirkan dengan memiliki kelebihan menghafal dengan baik tetapi berkat usaha dan semangat yg tidak pernah luntur, mereka berjaya juga menghafal keseluruhan isi kandungan al-quranul karim. Kitabullah yg mempunyai 30 juzuk keseluruhannya, didalamnya terdapat 114 surah yg cukup indah dengan susunan 6666 ayat. Bayangkan berapa lamer masa yg diambil oleh mereka seme tuk mengingat ngan lancar setiap patah ayat berserta bacaan tajwid yg betul. Sesungguhnya bukan calang-calang orang yg mampu berbuat sedemikian melainkan mereka dikurniakan Allah otak yg GENIUS. Masya Allah, aku kagum ngan insan sebegini. Maklumlah bukan senang untuk meletakkan diri ditahap genius. Mereka perlu mempunyai hati yg suci serta menghindari diri dari dosa kecil dan besar seblum memulakan penghafalan. Ader yg mengambil masa selama 1 tahun 10 bulan untuk menghafal keseluruhan al-quran. Itulah keikhlasan, kesabaran dan ketekunan yg perlu ada pada seseorang penghafal al-quran.

Al-Quran adalah kata-kata Allah. Bertuahnya insan yg dipilih oleh Allah tuk menyampaikan setiap kalimat indahnya. Beruntung benar insan tersebut. Sejujurnya aku akui, aku seniri tidak mampu tuk menghafal satu juzuknya, bahkan tuk menghafal sehelai daripadanya pun mungkin payah. Aku bangga dengan para HAFIZ dan HAFIZAH. Bagaimana ngan kalian? Setuju atau tidak kalo aku katakan HAFIZ dan HAFIZAH GENIUS?

Mar 17, 2006

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Dia milikku, tercipta untuk diriku

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu
Tuhan ku mohon segala

Mar 13, 2006

Memori

Tercipta satu sejarah buatku pd hari nih. Ku titipkan disini sbg satu memori dalam sebuah kehidupan. Semoga aku dan mereka yang terlibat di dalam memori ini terus bahagia selamanya.