Mar 22, 2006

Genius

Kali nih aku mau memperkatakan tentang GENIUS. Ader pelbagai tafsiran yg diwat mengenai genius. Lazimnya umum mengklasifikasikan seseorang tuh GENIUS pabila petah bebicara, bleh menghafal ngan baik, menyelesaikan pemasalahan yg dianggap sukar seawal usia kekanak ribena. Lihat saja Adeputra yg menjadik pakar rujukan sebilangan pensyarah kerana ke'GENIUS'annya menyelesaikan masalah tuk soklan golongan mahasiswa. Aku tidak nafikan tentang keistimewaan mereka yg GENIUS sejak kecil. Cuma aku merasakan, ader satu lagik golongan insan yg patut kita panggil genius. Mereka yg aku maksudkan ialah para HAFIZ dan HAFIZAH. Dalam erti kata lainnya mereka digelar penghafal al-quran.

Mari kita fikirkan sejenak tentang GENIUSnya golongan ini. Mereka tidak dilahirkan dengan memiliki kelebihan menghafal dengan baik tetapi berkat usaha dan semangat yg tidak pernah luntur, mereka berjaya juga menghafal keseluruhan isi kandungan al-quranul karim. Kitabullah yg mempunyai 30 juzuk keseluruhannya, didalamnya terdapat 114 surah yg cukup indah dengan susunan 6666 ayat. Bayangkan berapa lamer masa yg diambil oleh mereka seme tuk mengingat ngan lancar setiap patah ayat berserta bacaan tajwid yg betul. Sesungguhnya bukan calang-calang orang yg mampu berbuat sedemikian melainkan mereka dikurniakan Allah otak yg GENIUS. Masya Allah, aku kagum ngan insan sebegini. Maklumlah bukan senang untuk meletakkan diri ditahap genius. Mereka perlu mempunyai hati yg suci serta menghindari diri dari dosa kecil dan besar seblum memulakan penghafalan. Ader yg mengambil masa selama 1 tahun 10 bulan untuk menghafal keseluruhan al-quran. Itulah keikhlasan, kesabaran dan ketekunan yg perlu ada pada seseorang penghafal al-quran.

Al-Quran adalah kata-kata Allah. Bertuahnya insan yg dipilih oleh Allah tuk menyampaikan setiap kalimat indahnya. Beruntung benar insan tersebut. Sejujurnya aku akui, aku seniri tidak mampu tuk menghafal satu juzuknya, bahkan tuk menghafal sehelai daripadanya pun mungkin payah. Aku bangga dengan para HAFIZ dan HAFIZAH. Bagaimana ngan kalian? Setuju atau tidak kalo aku katakan HAFIZ dan HAFIZAH GENIUS?

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.