Apr 16, 2006
Kekasih vs Bapa
Pelbagai perasaan wujud lam diri aku tatkala membaca berita ini. Marah, geram, memalukan, melampau dan pelbagai lagik perasaan yang tidak enak berbaur lam sanubariku nih. Tersirap darahku apabila melihat perkataan "sijil kematian palsu ayah". Lantas aku berfikir, bagaimana sorang anak sanggup memalsukan sijil kematian ayahnya semata² tuk mengahwini teman lelakinya. Alangkah hancur luluhnya hati si ayah bila mengetahui perbuatan anaknya itu. Ayah yang masih bernyawa telah "dibunuh" oleh anak sendiri ngan sijil kematian palsu.
Sedarlah wahai anak, tanpa kedua ibu bapamu, tidak akan ada kamu di dunia nih. Sanggup kau memperjudikan pengorbanan ibu bapamu ngan cinta yang belum tentu mampu membahagiakan. Lelaki yang baru beberapa tahun dikenali dibandingkan ngan ibu bapa yang sejak dari kandungan lagi telah menjaganya dengan baik. Apalah sangat jasa lelaki tuh kat kau sampai sanggup kau buang keluarga? Andainya jasa ibu bapa boleh dihitung ngan wang ringgit, sudah pasti kau tak mampu membayarnya biarpun kau seorang jutawan. Pengorbanan lelaki tuh lum tentu dapat menandingi jasa ibu bapamu. Jauh panggang dari api.
Janganlah buta hati hanya kerana cinta yang tidak menjanjikan apa². Sesungguhnya ibu bapa jauh lebeh tinggi martabatnya dari kekasih. Bolehkah dijamin kekasihmu itu tidak akan mencurangimu? Bolehkah dijamin kekasihmu itu mampu membawamu ke syurga? Tentu sekali tidak, bukan? Ade beberapa potong ayat al-quran yang menerangkan tentang tingginya darjat ibu bapa.
23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. (al-Isra': 23-24)
Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]
Wahai sahabat² yang kukasihi, marilah kita sama² mengambil iktibar dari cerita ini. Janganlah kita mengikut jejak langkah yang terpesong. Semua ibu bapa mahukan anak² mereka bahagia. Janganlah diderhakai ibu bapa hanya kerana cinta yang kononnya suci dan sejati. Hubungan antara kekasih boleh terpisah, begitu juga hubungan suami isteri boleh diceraikan tetapi hubungan antara ibu bapa dan anak²nya kekal hingga akhirat. Janganlah disingkirkan ibu bapa hanya kerana mereka tidak mahu menuruti kehendak kamu wat kali ini. Cuba fikirkan berapa banyak permintaan kamu yang selalu ditunaikan sebelum nih.
Apakah jaminan cinta itu membawa ke syurga sedangkan Allah dan Rasulnya telah mengkhabarkan janji syurga kepada mereka yang mentaati ibu bapa dan menjanjikan pula neraka kepada mereka yang derhaka pada keduanya. Apakah kita telah hilang akal untuk memahami ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW?
Date :
Sunday, April 16, 2006
Tags :
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.