Bosan? Boring? Jemu? Sepi? Sunyi? Pernahkah anda merasai perasaan sebegini? Tentu skali anda pernah mengalami perasaan begini. Sekiranya anda tidak pernah mengalami perasaan begini, tentu skali ade sesuatu yg tidak kena dengan anda. Hehe!
Persoalannya disini, aperkah yg akan anda lakukan sekiranya anda didalam situasi tersebut?
Lazimnya aku akan menyibukkan diri untuk menghindari rasa tersebut. Mujurlah aku mempunyai kelas hampir setiap malam. Jadi, masa tuk berjiwang sengsorang tuh terhad. Aku menghabiskan waktu malam dengan anak-anak didikku. Melayani karenah mereka membuatkan hatiku terhibur. Walaupun kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku sedikit geram, tetapi kenakalan itu jugalah yg sering mencuit hati.
Tidak aku nafikan, bila bersendirian, terasa juga sedikit bosan. Aku memikirkan tentang kehidupan org lain yang punya keluarga bahagia. Aku juga bahagia sebenarnya tetapi lam situasi yg berbeza. Aku bahagia lam lingkungan keluarga yg terdiri daripada ibu, bapa dan adik-adik. Manakala kawan-kawanku bahagia lam situasi mereka sebagai ibu atau bapa dan zuriat mereka sendiri. Berbeza bukan? Namun, kebahagiaan itu tetap ada.
So, jgnlah asek berasa bosan ajer, jum ler kita heppikan diri seniri ngan ektibiti yg berfaedah lagik munasabah. Heppi sokmo!!!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.