Lagu tema drama Bawang Putih Bawang Merah
Sedutan Pertukaran Olivia dan Siska
Sedutan Pertukaran Olivia dan Siska
Sinetron Indonesia ini telah menjadi drama kegilaan ramai di Malaysia. Walaupun jalan ceritanya sudah biasa disajikan buat kita, namun penangan cerita ini membuatkan penggemar²nya terutama kaum ibu tidak sabar untuk menunggu jam 2.30ptg hingga 2.30 ptg setiap Isnin hingga Khamis. Khabarnya, drama ini turut menjadi tontonan kaum lelaki yang kebiasaannya kurang fokus sewaktu menonton.
Secara peribadi, penulis sendiri tidak mengikuti cerita ini tetapi sekali-sekala terlepas pandang juga apabila melihat bonda menonton. Cuma penulis kurang bersetuju dengan penambahan pari² yang mungkin boleh menyesatkan akidah kanak² kita yang turut menggemari cerita ini. Kanak² mungkin menganggap pari² itu selalu ada untuk membantu golongan yang teraniaya. Natijahnya, jalan cerita ini tidak sesuai sama sekali dengan kepercayaan rukun iman kita. Apatah lagi, dalam drama ini digambarkan watak baik itu sering mengaji dan memohon hajat kepada Allah, lantas apa gunanya si pari² itu? Sekadar untuk melobi penonton supaya terus melekat di depan kaca tv? Atau sekadar untuk mengindahkan jalan cerita dengan adegan perlawanan antara perempuan dukun dengan pari²?
Satu hal yang menghairankan penulis, mengapa cerita sebegini boleh disiarkan di tv Malaysia? Penulis harap pihak yang berkenaan dapat memandang dan menjeling skop genre drama yang disiarkan di kaca tv. Kaji dan selidikilah sebelum menyalakan lampu hijau.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.