Dec 29, 2006

Internet Down Dowhhh!!!


Sedang ingin bercinta. Ade sesape sudi?? :p


Adoi! Doi! Doi! Doi! Doi! Internet mengalami kelembapan tahap kekura. Klik sana sini, seme website pun loading slow motion jerk. Gegarer gempa bumi kat Taiwan, negara kita plak yang menerima kesannya. Khabarnya, kabel dalam laut mengalami masalah akibat fenomena alam tersebut. Walau aper pun, kita turut bersimpati ngan nasib warga Taiwan tuh, maklum laa ade sedara dok kat sana iaitu Richie Ren Xian Qi.

Some people mungkin tak kisah pun kalau internet nih down, sebab mereka masih punya banyak cara lain tuk menikmati hidup. Tetapi bagi orang seperti Eriyza, ketiadaan internet atau time internet down begini, hidup terasa kurang ceria. Maklum sajalah, internet adalah rakan karib. Sementelah pula, hampir semua rakan-rakan sebaya sudah punya tanggungjawab terhadap suami dan anak. Masa amat berharga bagi mereka, tidak sampai hati rasanya untuk mencuri masa mereka sekadar tuk omong-omong kosong. Biarlah masa mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.

Window shopping? Berpeleseran di shopping complex?? Lepak di tepi tembok?? Tayang muka kat pusat bandar?? Owhhh tidak, rutin itu semua tiada dalam kamus hidup Eriyza. Ada yang menanggap cara hidup saya memboringkan. Keluar dengan ayah bonda sebagai peneman atau sendirian ke kelas tuisyen. Selebihnya masa dihabiskan di kedai makan milik ayah bonda dan waktu terluang ditebarkan pula ke layar maya. Mencari sesuatu yang bermanfaat tuk santapan minda supaya diri dapat berfikir secara kreatif dan matang. Internet oh internet, elok ler balik. Huhu!!!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.