Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts
Dec 18, 2011
Nov 15, 2011
Tukar Ayat Asal LinkWithin

Penulis perhatikan ramai bloggers yang menggunakan widget LinkWithin. Secara asasnya perkataan yang biasa tertera ialah You may also like these stories atau Anda mungkin juga meminati. Barangkali anda mempunyai ayat yang lebih bagus untuk mengajak pembaca anda membaca topik yang lain. Justeru, hari ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara² untuk melakukannya.
Nov 13, 2011
Halang Klik Kanan Pada Gambar
Sila klik kanan
Hari ini penulis nak kongsi dengan anda semua satu ilmu yang ringkas iaitu cara² untuk menghalang gambar anda daripada diklik kanan. Trik ini hanya berguna untuk orang yang kurang mahir mencuri gambar melalui cara lain selain klik kanan. Kalau orang yang cekap, mereka boleh mencuri gambar anda melalui pelbagai taktik lain.
Jan 15, 2011
Jan 11, 2011
Drag Dan Drop Fail Ke Gmail

Ramaikah pengguna Gmail yang membaca blog ini?? Itu semua tidak penulis ketahui tetapi hari ini penulis ada berita bagus untuk anda. Sekiranya anda adalah pengguna setia Gmail, anda tentu pernah menghantar dokumen mahu pun gambar kepada rakan² dengan cara mengupload gambar dari komputer. Betul tak??
Nov 1, 2010
Tonton Video Youtube Bersaiz Besar Di Browser
Selalunya apabila menonton video klip yang menarik dari Youtube, penulis akan memilih saiz full screen. Anda pasti berbuat demikian jugakan?? Tahukah anda bahawa anda boleh melihat video tersebut dengan saiz yang besar hanya di browser sahaja tanpa menggunakan keseluruhan skrin komputer anda. Kurang faham dengan penerangan penulis?? Okey, jom ikut penulis ke langkah seterusnya.
Apr 24, 2010
Apr 16, 2010
Tambah Dogpile Pada Enjin Pencarian Firefox
Selain pakcik Google dan makcik Yahoo, anda tentu lebih suka mencari sesuatu menggunakan enjin pencarian lain. Penulis misalnya gemar melayari enjin pencarian Dogpile selain dua enjin pencarian di atas. Namun, ianya tidak tersedia di carian pada browser Firefox. Justeru, penulis perlu menambahnya sendiri. Cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga.
Date :
Friday, April 16, 2010
0
Comment
Feb 20, 2010
Feb 10, 2010
Dec 23, 2009
Dec 16, 2009
Masukkan Foto Dalam Gmail
Kalau anda pembaca tegar blog ini, tentu anda masih ingat penulis pernah memberitahu cara untuk masukkan foto dalam email tanpa attachment. Hari ini penulis juga mahu berkongsi topik yang lebih kurang serupa tetapi tanpa teknik salin (copy) dan tampal (paste) sebaliknya menggunakan menu di dalam email itu sendiri.
Dec 9, 2009
Tukar Template Baru Tanpa Kehilangan Widget
Topik ini ditulis khusus untuk fitrahufiddin. Setiap kali anda mahu menukar template baru, anda akan kehilangan widget² yang telah anda buat sebelum ini. Justeru, kali ini penulis berkongsi cara untuk menghalang widget hilang setiap kali template ditukar. Sila baca dengan teliti atau berulangkali agar anda lebih mudah faham.
Penulis sarankan anda membuat satu blog baru bagi tujuan percubaan. Di blog baru anda, letakkan semua widget² sama seperti blog asal. Sekarang kita akan memulakan pembelajaran seterusnya.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML.
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan salin (copy) semua widget² yang berada di sidebar itu. Jika anda meletakkan widget² di bahagian lain sama ada header, main blog atau footer, salin semua sekali. Selalunya widget ditulis seperti <b:widget id='Followers1' locked='false' title='Fellows' type='Followers'/>. Untuk memudahkan pencarian anda, perhatikan title pada setiap widget. Contohnya title='Fellows' membawa maksud nama yang anda tulis bagi widget Followers.
5. Tampal (paste) kesemua widget² tadi ke dalam Notepad.
6. Seterusnya browse template baru dan upload macam biasa. Akan keluar nota seperti berikut :-
Widgets are about to be deleted. Please confirm that the following widgets should be deleted. All the widgets' configuration data will be lost.
Biarkan sahaja, jangan berbuat apa². Abaikan butang Confirm and Save.7. Selanjutnya cari semula <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan tampal widget² yang telah anda letakkan di Notepad tadi.
8. Sekarang Save Template. Jika template tidak dapat disimpan kerana berlakunya persamaan id pada HTML seperti HTML1 ada dua, maka tukarkan ia kepada HTML11. Anda cuma perlu pastikan tiada id yang sama pada setiap id HTML.
Selepas anda berpuashati dengan hasil yang anda lakukan di blog percubaan, anda bolehlah mempraktikkannya pula di blog sebenar. Paling penting, sentiasa Download Full Template sebagai langkah waspada seandainya anda tersilap mengedit blog. Baca dan fahamkan dahulu sebelum anda mengubah template.
Selamat mencuba. Anda pasti berjaya. Jika penulis boleh membuatnya, mengapa tidak anda??
Nov 20, 2009
Ymail Dan Rocketmail Dari Yahoo
Hampir setiap orang daripada kita mempunyai akaun email Yahoo. Tahukah anda bahawa Yahoo mempunyai dua lagi domain email iaitu ymail dan rocketmail?? Jika nickname idaman anda untuk yahoo telah diambil orang, maka anda tidak harus melepaskan peluang kali ini.
Sama seperti yahoo.com, anda juga ditawarkan perkhidmatan yang sama di domain ymail.com dan rocketmail.com. Anda akan memiliki kapasiti email yang besar, penggunaan nickname sebagai ID di Yahoo Messenger dan lain² lagi. Daftarlah nickname kegemaran anda dengan segera di Yahoo.
Nov 18, 2009
Tukarkan Ikon Recycle Bin
Hari ini penulis teringin berkongsi cara untuk menukar ikon pada Recycle Bin. Kalau sebelum ini ikonnya berupa tong sampah biasa, anda boleh menukarnya dengan ikon tong sampah yang lebih menarik. Okey, jom kita belajar sama².
1. Klik kanan pada Desktop anda, pilih Properties.
2. Pada tab Desktop, klik Customize Desktop.
3. Di tab General, pilih folder yang ingin diubah iconnya. Sebagai contoh, penulis memilih Recycle Bin. Seterusnya klik Change Icon.
4. Browse dan muatnaik ikon pilihan anda. Klik OK. OK dan OK lagi.
Siap. Selamat mencuba.
Tags :
Tips and Tricks
Windows XP
Nov 8, 2009
Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail
Lazimnya latarbelakang email Gmail hanya berwarna putih. Kelihatannya sangat simple tanpa sebarang kombinasi warna lain atau gambar yang menarik. Apa kata kalau anda menceriakan sedikit latarbelakangnya agar tidak terlalu suram.
1. Login ke email Gmail.
2. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Settings - Themes.
3. Pilih sahaja tema yang anda suka. Jika anda memilih tema bergambar, anda perlu memasukkan data lokasi untuk penukaran kali pertama sahaja.
Siap. Selamat mendekorasi Gmail anda.
Nov 1, 2009
Fungsi Kekunci ALT Dengan Nombor
¢ £ € ¥ Æ’ ¤
÷ ° ¬ ± µ ‰
¼ ½ ¾
¡ ¿ ²
Adakah anda tahu bagaimana hendak menghasilkan simbol² seperti di atas?? Mungkin ramai di antara anda yang sudah mengetahuinya tetapi tak kurang juga makhluk Tuhan yang belum maklum. Cara untuk membuatnya senang sahaja iaitu dengan hanya menggunakan kombinasi butang ALT dan nombor² di sebelah kiri keyboard anda.
Sebelum itu pastikan butang Num Lock menyala agar kaedah ini dapat diaplikasikan. Anda juga perlu menekan butang ALT tanpa lepas bersama² dengan kombinasi nombornya.
© = ALT + 0169
® = ALT + 0174
™ = ALT + 0153
§ = ALT + 0167
† = ALT + 0134
‡ = ALT + 0135
– = ALT + 0150
— = ALT + 0151
¶ = ALT + 0182
¢ = ALT + 0162
£ = ALT + 0163
€ = ALT + 0128
¥ = ALT + 0165
Æ’ = ALT + 0131
¤ = ALT + 0164
÷ = ALT + 0247
° = ALT + 0176
¬ = ALT + 0172
± = ALT + 0177
µ = ALT + 0181
‰ = ALT + 0137
¼ = ALT + 0188
½ = ALT + 0189
¾ = ALT + 0190
¡ = ALT + 0161
¿ = ALT + 0191
² = ALT + 0178
Sebenarnya anda boleh mencuba sendiri ALT dengan kombinasi nombor yang lain. Mungkin anda akan menemui simbol yang menarik. Selamat mencuba. ☻♥☻
Tags :
Tips and Tricks
Windows XP
Oct 22, 2009
AutoFill Dalam Microsoft Excel
Okey, hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai Microsoft Excel. Bagi anda yang mahir menggunakan MS Excel, topik ini terlalu remeh temeh buat anda tetapi amat berbaloi untuk dibaca oleh sesiapa yang belum tahu akan fungsi memasukkan data secara automatik. Apa tunggu lagi?? Jomlah masuk kelas.
1. Buka Microsoft Excel 2003 anda.
2. Pada kolum A tulis Bulan manakala pada kolum B tulis Bilangan. Di bawah Bulan isikan pula 1/1/2009 dan di bawah Bilangan isikan 100.
3. Anda highlightkan 1/1/2009 dan 100 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.
Ini adalah kaedah pertama untuk membentuk autofill yang berturutan seperti bulan dari Januari hingga Disember manakala bilangannya pula hanya bertambah 1 untuk setiap bulan.
Seterusnya kita buat pula autofill untuk tarikh yang berturutan di dalam sebulan. Penulis memilih bulan 1 sebagai contoh manakala jumlahnya pula penulis tambahkan 500 untuk setiap hari.
4. Pada kolum D masukkan Tarikh dan kolum E pula masukkan Jumlah. Di bawah Tarikh letakkan 1/1/2009 dan 2/1/2009 manakala di bawah Jumlah pula letakkan 1000 dan 1500.
5. Anda highlightkan 1/1/2009, 2/1/2009, 1000 dan 1500 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.
6. Siap.
Cara ini sangat efisien untuk digunakan di dalam sesuatu yang berturutan terutamanya tarikh, bulan, nombor dan sesuatu yang statik bilangannya.
Nah, kini anda sudah menyiapkan kerja² mengisi data dengan lebih cepat. Anda juga lebih cekap selain menjimatkan masa. Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bahagian komen.
Oct 14, 2009
Alihkan Blog Lama Ke Blog Baru Secara Automatik
Anda membuat blog baru sama ada di Wordpress atau Blogspot juga tetapi anda tidak mahu kehilangan pengunjung setia anda yang sering menaikkan trafik blog. Anda boleh menguar²kan tentang kewujudan blog baru anda dan di dalam masa yang sama tidak perlu menghapuskan blog lama. Anda cuma perlu bertindak cerdik dengan mengalihkan pautan blog lama ke blog baru.
Cara²nya juga cukup mudah.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML.
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari <head> dan dan letakkan kod ini di bawahnya.
<meta content='0;url=http://eriyza.aeropama.com' http-equiv='refresh'/>Tukarkan tulisan berwarna merah dengan kesesuaian anda sendiri. Ia bererti masa di dalam kiraan saat untuk mengalihkan blog lama ke blog baru secara automatik. Anda digalakkan memilih di antara skala 0 (cepat) - 5 (lambat). Manakala tukarkan alamat blog yang berwarna ungu dengan alamat blog anda sendiri.
5. Preview dan save template jika berpuashati.
Selamat mencuba.
Tags :
Tips and Tricks
Tutorials
Oct 10, 2009
Auto Correct Dalam Microsoft Word
Berapa ramai daripada kita yang menggunakan AutoCorrect sewaktu menaip di Microsoft Word?? Mungkin anda adalah antara penggunanya dan mungkin juga tidak menghiraukan langsung fungsinya. Apa kata anda mencuba keseronokan menggunakan perkhidmatan AutoCorect. Di samping itu, ia juga menjimatkan masa jika anda perlu mengulang perkataan yang sama banyak kali.
1. Buka Microsoft Word 2003 anda.
2. Klik pada Tools - AutoCorrect options.
3. Di tab AutoCorrect, masukkan perkataan ringkasan pada Replace dan masukkan perkataan penuh pada With.
Contoh :-
Penulis menggunakan blog1 (Replace) untuk http://eriyza.via.my (With) manakala blog2 (Replace) untuk http://eriyza.aeropama.com (With). Justeru, penulis cuma perlu menaip blog1 atau blog2 sahaja bagi menggantikan alamat penuh blog² penulis.
4. Klik Add dan seterusnya OK.
Anda boleh mula menaip seperti biasa dan gunakan perkataan ringkasan tadi untuk menggantikan perkataan penuh. Cara ini amat berbaloi untuk perkataan yang panjang misalnya nama jabatan seperti Polis Diraja Malaysia sebagai PDRM.
Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan perkataan ringkasan itu lagi, anda cuma perlu highlightkan perkataan tadi dan Delete sahaja di menu Tools - AutoCorrect options.
AutoCorrect juga boleh digunakan untuk membetulkan perkataan yang tersalah dieja. Misalnya eriza kepada eriyza.
Selamat mencuba. Semoga sukses.


