Apr 1, 2007

Harapan

Sewaktu menemani ayahanda ke klinik tengahari tadi, penulis diterpa dengan persoalan tentang pernikahan. Bukan tidak biasa berbicara soal yang satu ini dengan ayahanda, cuma kali ini penulis agak emosi. Penulis cuba memberikan jawapan yang telus kepada ayahanda, berharap agar insan penyayang ini bisa memahami gelodak jiwa anaknya. Penulis katakan bukan penulis tidak mahu kawen, cuma belum ada insan yg benar² ikhlas mahu hidup bersama penulis. Penulis bukan gadis liar, bukan juga jenis yang tayang muka di shopping complex. Kalo keluar pun, sentiasa ada ayahanda atau bonda turut serta. Penulis tidak punya masa tuk berpeleseran persis belangkas dengan mana² jejaka. Penulis bukan jenis itu.

Luluh hati penulis sewaktu mendengar doa ayahanda sewaktu penulis melintasi ruang solatnya sebentar tadi. Doa seorang ayah yang mahu melihat anaknya mendirikan rumahtangga, mahu anaknya hidup bahagia. Sepanjang perjalanan ke kelas, mata penulis sudah bertakung tetapi penulis mengawalnya, tidak mahu ia membanjiri pipi montel. Sewaktu pulang dari kelas, kolam airmata itu sudah tidak mampu bertahan, lalu turunlah hujan airmata. Penulis menangis semahunya. Wajah kasih ayahanda terpapar di ruang mata, bersilih ganti pula dengan wajah sayang bonda. Sungguh penulis sayu. Apalah daya penulis, sekadar seorang wanita yang terus mengharap kebahagiaan menjengah diri.

1 Comment

Anonymous

BE YOURSELF. INSYAALLAH JIKA JODOH TAK KEMANA. MEREKA HANYA INGIN MELIHAT KAU BAHAGIA DAN ADA YANG MENJAGA SEBELUM MEREKA MENUTUP MATA. PERCAYALAH BUKAN PAKSAAN NAMUN KERANA KASIH.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.