Apr 19, 2007

Selamat Tinggal SK. Ibok

Hari ini hari terakhir penulis berkhidmat di SK. Ibok. Sejak pagi lagi, perasaan penulis bercampur baur, penulis merenung lama bangunan yang tersergam indah ini. Bangunan dua blok yang setinggi dua dan tiga tingkat menyimpan seribu satu macam cerita suka duka penhuninya. Meskipun bangunan ini tidak segah dan seindah Kuala Lumpur City Centre, namun ia jauh lebeh murni dari binaan yang hebat itu. Penulis masuk ke kelas dengan hati yang sebu, cuba untuk bersikap tenang di depan para pelajar agar pembelajaran mereka tidak terganggu. Setiap sesi akhir pembelajaran, penulis memohon maaf atas sikap penulis terhadap mereka samada mereka pernah dimarahi, dicubit mahu pun dirotan.

Satu persatu pelajar datang menyalami penulis. Ada yang tersenyum simpul, ada yang berwajah sedeh. Setiap pelajat perempuan penulis peluk dan diberikan kata² perangsang. Akhirnya, hujan airmata juga para pelajar penulis. Luluh hati penulis melihat senario itu tetapi penulis sendiri maseh mampu bertahan. Meski ada rasa sedeh di sudut hati penulis, namun airmata maseh belum bisa gugur. Selamat tinggal SK. Ibok, terima kaseh kerana menjadikan penulis sebahagian dari wargamu walaupun hanya untuk 3 purnama. Penulis pasti merinduimu SK. Ibok.

1 Comment

Tarmizi Sat Apr 21, 01:14:00 PM

jadi sekarang berkhidmat kat mana ?

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.