Jul 6, 2007

BBQ TKO Timur

Syukur alhamdulillah, seperti yang dirancang aktiviti BBQ TKO Timur berjalan lancar. Walaupun penulis hadir agak lewat kerana terpaksa mengajar dahulu tetapi aktiviti ini tetap berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah. Penulis hadir bersama adinda lelaki pada jam 10 malam. Setibanya di sana, sudah ramai ahli TKO kelihatan. Mereka sedang sibuk membakar ayam dan sotong, manakala sebahagian yang lainnya sedang makan.
Penulis memberi salam kepada seorang wanita yang sedang makan dan bertanya adakah dia dari team TKO. Mujurlah penulis bertanya pada orang yang betul. Penulis mengambil tempat di sebelahnya. Kami berkenalan sambil beramah mesra. Penulis kemudiannya mendaftar nama dan membuat bayaran pada urusetia iaitu SaripDol. Selepas itu, penulis mengambil makanan. Kemudian, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz undangan khas.

Kemudian, sessi taaruf dilakukan. Penulis dan kak haida diarahkan untuk mengetuai majlis. Menggelabah jugak laa penulis. Nasib baik laa penulis selalu mengikuti usrah online, berjaya jugak penulis menjayakan majlis walaupun ada kekurangan. Di dalam sessi taaruf ini, para isteri memperkenalkan diri masing² tetapi sayangnya mereka tidak mengetahui nickname suami mereka. Seronoknya dapat mengenali muslimat yang hadir. Terasa ukhwah yang terjalin begitu kukuh.

Di akhir pertemuan, kami bercadang untuk bergambar sebagai kenangan. Malangnya, angin bertiup dengan kuat diikuti dengan hujan lebat. Maka, terpaksalah dibatalkan program itu. Penulis meminta diri untuk beredar pulang. Kami bertemu dan berpisah kerana Allah.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.