Aug 4, 2007

Selamat Tinggal Rokok


Apa yang terlintas di kotak fikir anda sewaktu melihat gambar ini? Penulis menggambarkan si kecil ini baru berusia kira² 5 tahun dan di dalam usia sekecil ini, rokok sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Tidak sanggup penulis hendak bayangkan apa akan terjadi pada budak ini sekiranya usianya menginjak remaja nanti. Entah berapa ribu kotak rokok yang akan menjadi "makanannya" nanti. Sepatutnya budak ini tidak dibenarkan merokok. takbole



Cuba lihat gambar di atas. Perhatikan "resipi" yang diadun untuk membuat sebatang rokok. Sekiranya anda seorang perokok, maka itulah "santapan" harian yang sukar anda tinggalkan. Wahai para perokok di luar sana, berhentilah merokok. Usahlah dibinasakan diri anda sendiri dengan rokok yang mendatangkan banyak penyakit. Tetapkan iltizam untuk berhenti merokok dan cuba menahan diri dari rokok. Anda mampu mengubahnya. Katakan selamat tinggal kepada rokok hari ini juga. babai

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.