Aug 9, 2007

Pencipta Bendera Malaysia


Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira² 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman. encem


Salinan lakaran ini dipercayai adalah hasil karya allahyarham yang telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan tersebut.


Dokumen ini telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed Bin Hamzah dan tandatangan yang terdapat pada dokumen ini dan lakaran bendera di atas adalah sama. senyum

Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah allayarham Mohamed Bin Hamzah. menari

Note : Diedit dan diolah semula oleh penulis dari website asal.

Sumber Rujukan :
Heritage Malaysia
Anniversary Of Malaysia's National Day

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.