Oct 14, 2007

Takbir Raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang sedang kita raikan, marilah kita bersama² mengalunkan kalimah merdu takbir raya. Penulis sertakan sekali di blog ini lafaz takbir yang sering dialunkan setiap kali menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. kenyit

Lafaz yang dianjurkan ialah

اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ
لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah maha besar (maha agung)
Allah maha besar
Allah maha besar
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Allah maha besar
Allah maha besar, bagi Allah segala pujian

dan sunat dengan lafaz

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allah maha besar,Allah maha besar,Allah maha besar sebesar-besarnya
Segala pujian bagi Allah,
dan maha suci Allah (dari kekurangan) pagi dan petang


juga sunat tambah

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ، وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ،
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ ، لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ
أَكْبَرُ
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
tidak kami perhambakan diri melainkan kepadanya sahaja
dalam keadaan mengikhlaskan diri dalam beragama kepadanya walau dibenci orang-orang kafir
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah sahaja
Ia telah membenarkan janjinya (memenangkan Rasul dan para pengikut baginda), Ia telah menolong(memenangkan) hambanya(Nabi Muhammad), Ia telah memperkuatkan/memuliakan tenteranya,
Ia telah menewaskan tentera sekutu sendirian
Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah
dan Allah maha besar


Selamat bertakbir. senyumkenyit

Sumber : Tranungkite Online

2 Comment

Anonymous

terima kasih pn eryza. puas saya cari takbir dalam internet, akhirnya jumpa juga di blog saudari. terima kasih sekali lagi:-)

Eriyza Mon Aug 31, 01:08:00 PM

Anonymous : Sama². :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.