Dec 17, 2007

Teman Zaman Persekolahan



Petang tadi penulis menerima kehadiran seorang tetamu yang tidak disangka. Setelah sekian lama tidak bertemu, kehadirannya benar² mengubat rindu di hati penulis. Dia rakan penulis sewaktu di alam persekolahan. Kami kenal sejak di bangku sekolah rendah dan berterusan sehinggalah ke sekolah menengah. Ada kalanya kami sekelas dan ada masanya tidak. senyumkenyit


Rakan penulis ini masih peramah seperti dahulu. Cuma berbeza pada statusnya saja. Dia sudah pun berkahwin dan memiliki dua orang cahayamata sebagai penyeri hidup. Sudah tersurat di dalam perjalanan hidupnya, suaminya pulang ke pangkuan Ilahi sewaktu anak bongsunya berusia enam bulan. Kini, sahabat penulis menjadi balu . Mujurlah kedua² anaknya sudah besar, yang sulung berusia lapan tahun dan yang bongsu sudah berusia enam tahun.

Kecekalannya menghadapi kehidupan dengan membesarkan dua orang anak sendirian sangat mengagumkan. Penulis bertanyakan kepadanya tentang pengganti suaminya tetapi dia menjawab pantas bahawa dia tidak mahu ayah tiri memukul anak²nya. Dia menyedari anak²nya nakal dan ayah tiri belum tentu dapat bersabar dengan karenah si cilik itu. Penulis tersenyum, cuba memahami hati seorang ibu. Doa dan harapan semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik dan kemurahan rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama anak²nya. InsyaAllah. cium

2 Comment

ummumuhib Thu Dec 20, 01:05:00 AM

assalamualaikum..

pasti kawan anda tu seorang yang tabah dan penyabar orangnya... bukan senang jika dalam situasi tersebut

Eriyza Sun Dec 23, 12:18:00 AM

Waalaikumussalam wbt.
Benar kata Puan, kawan saya sememangnya punya semangat tinggi untuk membesarkan anak²nya tanpa bantuan orang lain. Semoga dia sentiasa diberkati Allah.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.