Dec 31, 2008
Sorotan 2008
Berakhir sudah tahun 2008. Bermula esok, kita semua akan berada di tahun baru iaitu 2009. 2008 penulis tinggalkan dengan suka duka sebuah kehidupan. Tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa tahun ini adalah tahun sedih buat penulis dan ahli keluarga yang lain. Kami kehilangan dua orang yang kami kasihi dalam jangkamasa yang terlalu rapat. Arwah atuk meninggalkan kami pada bulan April manakala 50 hari berselang bonda yang penulis sayangi kembali ke pangkuan Ilahi. Doa kami agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Tahun ini juga senario politik negara kita berubah apabila 5 buah negeri berjaya dirampas oleh parti pembangkang antaranya ialah Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Raja SMS tersohor telah bertukar menjadi Raja Sehari, Mawi telah menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi Ekin dan Maya Karin pula memilih seorang guru sebagai pasangan hidupnya, tidak ketinggalan juga Ashraff Sinclair yang memilih Bunga Citra Lestari sebagai isterinya. Manakala selebriti lain pula sibuk naik turun mahkamah untuk menguruskan perceraian termasuk juga pelakon Norman Hakim yang menimbulkan kontroversi dengan isu khalwat bersama Memey Suhaiza.
Insiden paling menarik bagi penulis ialah apabila Presiden Amerika Syarikat iaitu George W Bushuk telah diaibkan oleh Muntadhar El-Zeidi di khalayak umum dengan lontaran sepasang kasut. Peristiwa yang menyedihkan pula kedengaran apabila tanah runtuh berlaku di Bukit Antarabangsa sehingga mengorbankan 4 nyawa. Selain itu, negara juga kehilangan pembesar negara, tokoh kenamaan dan seniman sepanjang tahun ini. Antaranya Almarhum Tuanku Ja'afar, Tan Sri A. Samad Ismail, Loloq, Ahmad Mahmud, Nasir P Ramlee dan lain-lain lagi.
Sejarah juga tercipta buat Shah Rukh Khan dan Sheila Majid apabila mereka dianugerahkan gelaran Datuk. Turut mendapat pengiktiran Datuk ialah Misbun Sidek dan anak didiknya Lee Chong Wei yang merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Beijing. Ahli sukan yang mengejutkan masyarakat Malaysia pula ialah Mohamad Aidil Zafuan yang mengahwini pelakon Rita Rudaini secara rahsia di Thailand.
Cuba teka isu apa yang paling hangat diperkatakan di kedai kopi?? Sudah tentulah kes naik turun harga minyak. Demikianlah sedikit sebanyak sorotan sepanjang 2008 yang dapat penulis nukilkan disini. Sesungguhnya momen sepanjang 2008 terpahat di ingatan sampai bila².
Dec 29, 2008
Maal Hijrah 1430
Januari lalu penulis telah menulis tentang Maal Hijrah 1429H. Belum pun setahun kalendar Masihi berlalu pergi, kini Awal Muharam muncul lagi pada penghujung Disember. Ini bermakna kita menyambut dua kali Maal Hijrah dalam tahun 2008. Terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan penulis. Dua tiga hari lagi, usia akan bertambah lagi. cium
Tahun 1429 Hijriah meninggalkan banyak memori buat penulis. Antaranya ialah pemergian arwah bonda tercinta pada tanggal 19 Jamadil Awal. Semoga roh arwah bonda dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang² yang beramal soleh. Doa dan harapan penulis agar tahun baru ini penulis dapat menukar status seperti yang diidamkan sekian lama. Mudah²an penulis bisa menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ini. Amin. doa
Dec 21, 2008
Kelas Tutorial Modified Blogger Template
Sila pilih masa yang sesuai untuk menyertai Kelas Tutorial Modified Blogger Template.
Siang
Malam
= see results =
Tuan punya Muncet.Com iaitu Ien telah berminat untuk mengajar para bloggers cara² untuk membuat template sendiri. Jika anda teringin untuk belajar, anda dijemput untuk menyertai kami di dalam Conference Yahoo Messenger. Sebelum itu, anda perlu menyediakan perkara asas seperti berikut :-
1. Buat blog baru, pilih template Minima.
- Post 1 atau 2 topik dan komen topik tersebut.
2. Masa anda dapat belajar, siang atau malam.
- Ien online pada waktu berikut :-
* 8 - 10 pagi
* 3 - 5 petang
* 9 - 11 malam
Penting
Sila ym Ien untuk beritahu masa anda hendak belajar.
Anda tidak perlu menunggu Ien buat makluman.
3. Id ym Ien :- Ein247 [add untuk sertai kelas tutorial]
4. Sila beri respon melalui Komen.
5. Tarikh tutup : 31 Disember 2008
Sila berikan maklumbalas anda secepat mungkin. Samada bloggers aktif atau pembaca senyap yang teringin memiliki blog hasil kreativiti sendiri, anda tidak patut lepaskan peluang keemasan ini. Peluang sebegini mungkin hanya sekali sahaja. Paling penting, servis ini ditawarkan secara percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan. love
Update 22/12/2008
Peserta pertama kelas tutorial iaitu Ummi Nani telah diajar sebentar tadi.
Inilah blog Ummi Nani yang telah mendapat tunjuk ajar Ien.
Komen dari Ummi Nani :-
ummi dah start pagi td.. mmg besh la... rugi kalau tak join.. Ien ajar pun mmg mudah difahami. Sebelum ni tak tau lansung maksud2 code html tu.. skrg tau dah basic2 dia.. Mekasih ien... tp tersesat skit td sbb ummi tak focus..takpe.. nanti ummi try semula... Jom conference...
Beberapa orang peserta lagi telah memulakan pembelajaran mereka antaranya Itik Comey, Mama Khayra, Firdaus, MFK, Kembokecik dan Tie.
Komen dari Kembokecik :-
smlm tutor mmg berisi...cume kekurangan mase disebabkan ade beberape blogger yang ade problem ngan code2 tesebut...ehe...jadi tak dapek nak blaja byk...rasenye...empat bende je blaja kan...so nak blaja lagi...haha..
Komen dari MFK :-
tq byk2 coz sudi ajar & buat turorial ni. then... byk jugak membantu... bcoz sebelum ni main bantai jer.. janji ok tapi skrg dah tau sikit2
Komen dari Tie :-
setelah sehari suntuk aku dop ngadap blogger neh..blaja cara-cara na wat layout sendiri..akhirnya aku berjaya gak..walaupon pening tahap dewataraya..nah terhasil la blogs
noraslawatiah-mohamad.blogspot.com..hasil kerja aku sendiri..kredit to ein..sanggup ajar aku sampai dia migrain..he he he..bese la aku anak murid paling nakal.tu dia jd cengitu..sori cegu..anak murid mu ini nakal byk.hee..kalo ad masa anak murid mu na blaja lg neh..
Kelas sudah ditutup pada 31 Disember 2008. Harap maklum!!!
Dec 20, 2008
Anugerah Dari Ahadiidayu
Anugerah Si Bintang Popular 2008 / 2009 ini diberikan kepada penulis oleh bloggers beralamatkan Ahadiidayu. Menurutnya, anugerah ini diberi kepada blog² yang membuat tutorial dan sentiasa memberikan info bermanfaat. Untuk pengetahuan semua, tutorial yang ditulis disini di ambil dari pelbagai blog sumber yang lain. kenyit
Terima kasih kepada Ahadiidayu kerana sudi memberikan penghargaan kepada penulis. Walaupun blog ini cuma sekadar blog picisan tetapi ada juga insan yang tahu menilainya. malu
Dec 19, 2008
Jom Lempar Kasut Pada Bush
Insiden mengaibkan yang berlaku ke atas Presiden Amerika Syarikat, George W Bushuk telah dieksploitasikan oleh pihak tertentu dengan mencipta permainan terbaru diberi nama Sock and Awe. Permainan ini juga berasaskan kejadian itu iaitu pemain perlu melempar kasut kepada Bush sama seperti yang dilakukan oleh wartawan Iraq, Muntadhar al-Zeidi. ihikhik
Penulis sendiri seronok dengan permainan ini. Jika anda juga teruja untuk 'membalas dendam' terhadap pemimpin yang bakal bersara Januari 2009 ini, jangan segan silu untuk melempar kasut kepadanya di Sock and Awe. menari
Muntadhar al-Zeidi melempar kasut kepada George W Bush.
Dec 18, 2008
Tema Hitam Menawan Untuk Firefox
Tahukah anda bahawa Firefox anda kini boleh dihiasi dengan tema hitam yang menarik?? Penulis sangat teruja untuk menggunakan tema hitam ini sebaik mengetahui tentangnya. Tema ini dikeluarkan oleh NASA Night Launch, sesuai untuk digunakan di Firefox 2.x and 3.x dengan sistem operasi Windows, Mac atau Linux. kenyit
Anda perlu mencuba tema ini di Firefox anda kerana ia amat menawan. Masih menggunakan Internet Explorer?? Beralihlah ke Firefox untuk kepuasan mencari sebarang bahan yang maksimum. Anda juga teruja seperti penulis?? Ayuh, muatturun tema ini di Star Field Themes. love
Dec 14, 2008
Eriyza Emofrog Emotikon
fso1fs03fs07fs09fs10fs12fs16fs18fs19fs28fs29fs31
Penulis mencari smiley katak yang comel. Setelah menjumpainya di laman web Deviantart, tiba² tergerak di hati penulis untuk membuat emotikon menggunakan smiley katak ini. Justeru, penulis mencuba kod smiley yang dibuat oleh Bloggertipstricks, penulis mengedit kod tersebut untuk disesuaikan dengan smiley ini. Ini adalah percubaan pertama penulis untuk membuat emotikon sendiri. fs31
Penulis menamakan emotikon pertama penulis ini sebagai Eriyza EmoFrog. Untuk memuatturunnya, anda klik saja Eriyza Emofrog. Bagi bloggers yang baru kali pertama ingin menggunakan emotikon, anda boleh rujuk cara penggunaannya di sini. Penulis berjaya menggunakannya di blog ini. Penulis berharap anda dapat memberikan maklum balas samada emotikon ini berjaya digunakan atau sebaliknya. Tinggalkan komen ya. Terima kasih. fs15
Dec 13, 2008
Hentikan Pergerakan Gambar Animasi
Cuba anda lihat kartun animasi ayam di atas, kadar kelajuannya boleh membuat anda pening memandangnya. Anda tidak boleh klik kanan untuk menghentikannya. Justeru, ada cara untuk menghentikan kartun animasi dari bergerak jika anda tidak gemar akan animasi tersebut. tension
Anda cuma perlu menekan butang Esc pada bahagian atas penjuru kiri papan kekunci anda. Gambar animasi tersebut akan berhenti bergerak. Untuk membuatkannya beranimasi semula, anda cuma perlu refresh / reload browser anda. Sungguh mudah sekali. ihikhik
Dec 12, 2008
Halaman Mukasurat Pada Blog
Baru² ini ada seorang bloggers bertanya kepada penulis cara² untuk meletakkan halaman mukasurat pada blog. Maaf kerana penulis sudah terlupa siapa yang mengajukan soalan tersebut. Jadi, hari ini penulis akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk meletakkan kod halaman mukasurat tersebut. peace
Sebenarnya widget ini mempunyai beberapa cara tetapi penulis memilih untuk berkongsi kod ini kerana pada anggapan penulis ia lebih mudah difahami berbanding cara² yang lain.
• Login.
• Pilih Layout - Page Elements.
• Ambil Add a Gadjet - HTML / Javascript.
• Kemudian, salin kod di bawah ini ke dalamnya.
Grab this Widget ~ Blogger Accessories
• Kemudian, anda alihkan Page Element tadi ke bahagian bawah Blog Posts anda.
• Save template.
Nota : Anda boleh mengubah kod² berikut mengikut kehendak anda :-
var pageCount=5;
- Jumlah halaman mukasurat yang akan kelihatan.
var displayPageNum=3;
- Jumlah topik yang akan disenaraikan setiap kali halaman mukasurat diklik.
Selamat mencuba. Semoga berhasil. senyum
Via : Rias Techno
Dec 11, 2008
Alternatif Untuk Notepad
Perisian Notepad anda rosak sewaktu anda ingin menggunakannya?? Jangan risau wahai sahabat, anda boleh menggunakan perisian Jarte portable yang fungsinya lebih kurang sama seperti Notepad, Word dan Wordpad. Perisian ini bersaiz kecil sahaja. Sesuai untuk digunapakan pada waktu kecemasan. kenyit
Jika anda mahu mencuba perisian ini, anda boleh memuatturunnya di Jarte. Selamat mencuba. sengihnampakgigi
Via : Lifehacker
Dec 4, 2008
Kotak Carian Yahoo
Search the web Search this site
Enjin pencarian adalah antara benda yang paling gemar diletakkan di dalam blog oleh para bloggers. Ia dapat memudahkan pengunjung blog anda untuk carian dengan pantas terhadap sesuatu topik yang mereka minati. Sebelum ini penulis berkongsi kod untuk kotak carian Google, kali ini penulis akan berikan kotak carian Yahoo pula. ihikhik
Masukkan kod ini ke dalam blog anda.
Tukarkan tulisan berwarna merah dengan alamat blog anda. Selamat mencuba. Semoga berjaya. pokpok
Sumber : Yahoo
Dec 3, 2008
Cari Maklumat Fail Yang Tidak Diketahui
Ada ketikanya penulis bingung apabila fail dengan nama² yang pelik berada di dalam folder My Computer penulis. Hendak membuka fail tersebut, dibimbangi pula jika ia adalah fail perosak komputer. Justeru, alternatif perlu difikirkan untuk mencari maklumat tentang fail² yang tidak diketahui itu. penat
Kini, penulis menemui cara untuk mengetahui fail² yang ada di dalam folder penulis samada berkeadaan baik atau sebaliknya. Penulis cuma perlu masukkan nama fail tersebut dan kemudian tekan Enter. Selepas itu, maklumat tentang fail tersebut akan diberikan. Ini memudahkan kerja penulis untuk memadamkan fail yang diragui. Anda juga boleh mencubanya di WhatIsThatFile. topi
Dec 2, 2008
Bikin Carta Pai
Carta pai yang sesuai untuk semua golongan akan diperkenalkan oleh penulis. Anda boleh membuat carta ini di dalam talian. Anda boleh memilih jumlah barang, mengubahsuai warna, meletakkan peratus dan juga meletakkan tajuk untuk carta pai anda. Semuanya mengikut kesesuaian anda sendiri sebelum anda menekan butang Generate. senyumkenyit
Menariknya, anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakan carta ini. Ia juga disediakan di dalam bentuk 2D dan 3D. Terserah kepada anda untuk memilih yang mana. Anda juga boleh memuatturunnya selepas siap dibuat. Untuk memudahkan anda memasukkannya ke dalam blog, ia juga menyediakan perkhidmatan untuk ditempatkan di Imageshack. Anda pasti suka dengan Piecolor. Cubalah. cium
Dec 1, 2008
Anugerah Dari Dotblogspotdotkom
Penulis menerima anugerah yang comel kat atas daripada Dotblogspotdotkom. Penulis berterima kasih kepadanya kerana telah bemurah hati menghadiahkan anugerah ini. Nampaknya semakin ramai teman bloggers yang kreatif di dalam pembikinan anugerah seperti ini. Hanya penulis yang langsung tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop. tension
Sekali lagi terima kasih dari penulis buat Dotblogspotdotkom. senyum