Feb 13, 2008

Semakan Daftar Pemilih


Parlimen dibubarkan pada hari ini. Bahang pilihanraya ke 12 semakin dirasakan. Di sepanjang jalan, bendera pelbagai parti politik dari kerajaan sehingga barisan alternatif mewarnai suasana. Penulis percaya sehari dua lagi, poster dan banner akan mula dinaikkan untuk menghangatkan lagi demam pilihanraya. Perang poster akan bermula sebagai satu wadah memperjuangkan parti politik masing². menari


Di dalam keghairahan kita menantikan detik membuang undi, adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda dengan menyemak nama anda di daftar pemilih?? Kalau mahu mendaftar sekarang, sudah terlewat kerana anda tidak boleh mengundi untuk tahun ini. Justeru, adalah penting untuk anda mendaftar sebagai pemilih jika sudah genap usia 21 tahun. Jangan menunggu sehingga detik akhir, baru hendak mendaftar. Penulis telah menyemak nama penulis dan maklumatnya terpapar dengan teratur. Nampaknya penulis akan bersama² memeriahkan warga masyarakat yang lain untuk menunaikan tanggungjawab pada negara.

Dulu, laman web Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia cuma berlatar belakang putih dan cukup ringkas. Kini, ia diubahsuai dengan banner yang cantik dan latar belakang berwarna kelabu. Bagi anda yang telah mendaftar, bolehlah menyemak maklumat diri anda sekarang. Jangan lupa pergi mengundi. Pilihlah pemimpin yang betul. cium

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.