Mar 27, 2008
Jika Anda Seorang Pemimpin Negara
Gadis comel bernama Honey telah mengetag penulis. Jadi, di kesempatan ini penulis akan menjawab persoalan yang telah dikemukakan. Terima kasih kepada Honey kerana sudi mengetag penulis. Soalan tersebut berbunyi begini, Apa Anda Akan Buat Jika Anda Seorang Pemimpin Negara?? Tajuk yang cukup susah untuk dikupas. Nampaknya penulis kena bernikah dengan Pemimpin laa, baru boleh menjawab soalan ini dengan mudah.
Berikut ialah manifesto penulis sekiranya penulis adalah seorang pemimpin negara.
1. Sistem Pemerintahan - Penulis akan memastikan sistem pemerintahan Malaysia mengikut lunas² Islam yang sebenarnya. Setiap tindakan yang ingin dilakukan mesti dirujuk pada Al Quran dan As Sunnah untuk memastikan tiada hal yang bercanggah dengan hukum Tuhan. Semua rakyat mesti saling hormat menghormati dan hidup di dalam keadaan harmoni.
2. Kebajikan Rakyat - Semua rakyat akan dilayan dengan adil dan saksama. Tiada lagi orang yang terlalu kaya atau warga yang terlalu miskin. Jurang ekonomi antara pemimpin dan rakyat akan dikurangkan. Yayasan Malaysia akan diwujudkan untuk membantu rakyat yang memerlukan kos rawatan, pembelajaran dan lain² lagi.
3. Keselamatan - Tahap keselamatan akan ditingkatkan. Kes² jenayah akan berkurangan dengan adanya hukuman yang setimpal kepada pesalah. Negara ini selamat untuk didiami.
Demikianlah penyudah virus tag dari penulis. Idea spontan yang terhasil setelah berfikir beberapa minit. Kesimpulannya, penulis memang tiada ketokohan untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Setakat berangan boleh laa.
Date :
Thursday, March 27, 2008
Tags :
Taggie
2 Comment
off-topic: um, pasal komen tu kak eriyza kan, mmg sudah bagi pembaca nak komen sebab hanya akaun google/blogger saje yang dibenarkan.. pastu kena taip captcha lak tu/ leceh. huhu
Owhh gitoo erkkk. Patutlah blog nih jarang dikomen. Hehehe!!! :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.