
Rekod Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipecahkan lagi. Jika tahun 2004 dulu, rekod yang dicipta oleh Nur Amalina Che Bakri hanyalah 17 A1 tetapi kini, penyandang rekod baru dipegang oleh Azali Azlan dengan 20 A1 dan 1 A2. Pencapaian menakjubkan ini membuktikan anak Melayu masih boleh menguasai bidang pendidikan dengan cemerlang. Azali adalah contoh terbaik untuk dijadikan idola oleh para pelajar. Kejayaannya perlu diwarwarkan kepada semua pelajar. Penulis agak terlewat menulis tentang berita gembira ini meskipun keputusan SPM telah diumumkan pada 12 Mac lalu.


Azali adalah anak ketiga kepada pasangan Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah yang bertugas sebagai guru. Anak muda ini bercita² untuk menjadi seorang professor. Doa dan harapan penulis agar Azali dapat menrealisasikan segala hajatnya. Mudah²an suatu hari nanti, dia dapat menyumbang pula di dalam bidang pendidikan tanahair. Semoga dia dapat menabur bakti kepada anak² Melayu yang lain dengan kepandaian yang ada padanya. InsyaAllah.
6 Comment
syabas.. Melayu boleh!
Yeah, syabas dan tahniah Azali. :)
kawan taiko ni...
Wah, hebat kawan taiko nih. :)
kuikui... tapi masa exam dia xbagi tiru. hikhik...
Lorh, mana bleh meniru.
Tuko terus je kertas jawapan.
Kekeke!!! :D
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.