Apr 5, 2008

Belasungkawa


21 Mac 2008 iaitu hari Jumaat, aki (atuk) dimasukkan ke wad buat kali kedua. Hari itu juga merupakan hari lahirnya yang ke 91 tahun. Petang itu, aki terlalu lemah. Doktor Mohd Nor datang ke rumah dan memeriksa aki. Beliau menyarankan agar aki dimasukkan ke wad. Aki dibawa ke hospital dengan ambulans. Dia dimasukkan air dan ada tiga jenis lagi air yang tidak penulis ketahui jenisnya. Kiri kanan tangan aki ada jarum untuk memasukkan air² tersebut. Di dadanya pula berselirat wayar untuk memeriksa tekanan jantungnya sambil diawasi oleh sebuah monitor. Aki memakai topeng oksigen kerana dia kekurangan oksigen.


Selama 16 hari aki berada di hospital, hampir setiap hari penulis pergi. Penulis dan keluarga pergi menziarahinya pada waktu petang dan juga malam. Kaum keluarga yang lain bergilir² menjaga aki. Mereka bertugas seramai dua orang untuk setiap syif. Penulis tidak bertugas syif tetapi setiap kali penulis pergi, penulis akan menggosok² badan aki dan memegang erat tangannya.

Kelmarin, sewaktu penulis menziarahi aki, dia cuma diam tidak bergerak. Dia tidur dengan nyenyak. Banyak kali kami memanggilnya, namun tiada sebarang reaksi daripadanya. Akhirnya, pada pagi tadi kira² jam 2.15 pagi aki menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika itu, cuma Pak Lang dan Pak Din yang ada disisinya kerana waktu itu mereka bertugas.

Penulis menerima panggilan daripada Ayah Teh pada jam 2.20 pagi. Sejurus kemudian, penulis bergegas ke hospital bersama ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, urusan pengebumian aki berjalan lancar. Arwah aki disemadikan berhampiran kubur arwah nenek. Sudah 12 tahun arwah nenek meninggalkan aki.

Al-fatihah untuk arwah aki yang pergi mengadap Ilahi pada 5 April 2008 bersamaan 28 Rabiul Awal 1429H. Semoga rohnya dicucuri rahmat. doa

4 Comment

aNgah Sun Apr 06, 11:03:00 AM

Al-Fatihah tuk aki kak wan..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman..amin

Eriyza Sun Apr 06, 12:17:00 PM

Al-fatihah.
Terima kasih angah.

KeL@T Sun Apr 06, 09:44:00 PM

Al-Fatihah... Takziah buat eriyza skuarga...

Eriyza Mon Apr 07, 12:05:00 AM

Al-fatihah.
Terima kasih kelat.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.