Encik BlogMenjerit telah mengetag penulis. Arahan virus tag tersebut ialah mengkehendaki penulis menyenaraikan lapan fakta tentang diri penulis dan kemudiannya penulis perlu menyebarkan pula tag ini kepada orang lain. Untuk tidak menghampakan sahabat yang mengetag penulis, maka penulis dengan ini akan menjawab soalan tersebut.
8 Fakta Tentang Penulis
- Penulis sangat menggemari drama bersiri Cina terutamanya dari Hong Kong atau Taiwan. Drama yang sedang penulis ikuti sekarang ialah The Spirits Of Love yang disiarkan jam 6 petang di saluran 301 AEC. Drama ini sudah mencecah episod 678. Panjang sungguh episod drama bersiri ini..
- Komputer dan internet menjadi teman akrab penulis. Setelah penat bekerja, penulis akan meluangkan masa di depan komputer untuk mencurahkan idea di laman blog. Selain itu, penulis juga akan berforum di laman web kegemaran penulis.
- Bersiar² antara perkara yang sering penulis lakukan. Lazimnya, penulis akan membawa seluruh ahli keluarga penulis dan destinasinya tidak dirancang. Penulis akan memandu mengikut gerak hati dan selepas puas bersiar², kami akan pulang ke rumah.
- Pertama kali menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dengan menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan Kampung Air. Selepas itu, dipanggil lagi ke sekolah yang sama untuk menggantikan cikgu yang lain pula. Beberapa tahun kemudian, penulis menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih hampir setahun di Sekolah Kebangsaan Ibok. Bertitik tolak dari situlah, penulis ditawarkan menjadi guru tuisyen. Sehingga kini, itulah punca pendapatan sampingan penulis.
- Sayur²an dan buah²an bukanlah makanan kegemaran penulis. Malahan penulis lebih rela tidak makan nasi apabila menu yang dihidangkan berasaskan sayur²an. Penulis hanya menjamah lauk sayur²an apabila sayur tersebut benar² empuk sahaja, selebihnya penulis akan mengasingkannya di tepi pinggan.
- Suka menyakat dan bergurau. Penulis kadangkala suka juga melawak dengan orang² yang berada hampir dengan penulis. Apabila melihat mereka bergelak ketawa, penulis berasa bahagia. Kemudian, penulis akan meminta maaf di atas gurauan penulis tadi.
- Sering dijadikan tempat melepas perasaan oleh sanak saudara mahu pun rakan taulan. Mungkin penulis pendengar yang baik agaknya. Justeru, penulis sentiasa menjadi saksi utama deraian airmata hiba ataupun kegirangan yang terpancar di wajah mereka.
- Penulis masih bersendirian. Doa dan harapan agar penulis dijodohkan dengan seorang lelaki yang bisa menjadikan penulis seorang muslimah yang berakhlak baik. Semoga ianya menjadi kenyataan dalam masa terdekat. InsyaAllah. Doakan penulis ye.
6 Comment
nanti ien watkan..
wahhh... sgt cepat siap yekkk... kelat masih thegeh2 nak nyiapkan tag tuh... adoiiiiiiiii...
Mekaseh Ien.
Kelat, kebetulan takde topik nak tulih, wat jelah taggie tuh. Hehehe!!! :)
Oh.. begitu rupaya cikgu kita ni. :) Blog yang kemas walaupun pakai blogspot nampak macam fully functional. hik2.
P/S: Cikgu, untuk komen ni, asik block jika tiada akaun google. Boleh x luaskan skop. :)
besh... besh... boleh d ajak brgurau ni.
ien, mcm mna nk guna 'link to this post'?
Ok, Mr Dekan, saya dah ubah skrip komen. Sesapa pun leh komen walopun xde akaun Blogger.
BlogMenjerit, tau takper. Hehehe!!! :p
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.