Apr 13, 2008
Permainan Online : Idea Workshop
Jika anda mempunyai anak² yang sedang belajar di dalam tahap satu iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3, penulis ingin menyarakan anda agar mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada mereka melalui permainan dalam talian. Kaedah pembelajaran melalui permainan boleh merangsang minda si cilik agar lebih bersedia menerima ilmu baru. Selain itu, ia juga lebih menyeronokkan untuk diadaptasi di dalam kehidupan anak² anda.
Permainan ini sangat mudah. Ia lebih kepada mengisi tempat kosong dengan huruf yang betul. Dua atau tiga huruf hadapan akan dihilangkan dan hanya perkataan belakang sahaja ditunjukkan. Anak² anda perlu memilih padanan jawapan di kotak sebelah kiri, kemudiannya tarik dan letakkan (drag and drop) di dalam kotak yang disediakan. Si kecil anda boleh melihat gambar sebagai klu perkataan yang dicari. Penulis berpendapat permainan ini agak bagus untuk dijadikan bahan pembelajaran tambahan. Permainan ini boleh dicuba di Idea Workshop.
Date :
Sunday, April 13, 2008
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.