Jun 16, 2008

Kisah Sebuah Kehidupan


Hampir sebulan penulis bercuti dari kelas tuisyen. Semalam, penulis menghadiri kelas buat kali pertama selepas bonda tiada lagi di dunia ini. Anak² didik penulis sibuk bertanyakan penulis tentang ketidakhadiran penulis mengajar sebelum ini. Penulis cuma tersenyum hambar, tidak pasti jawapan yang perlu penulis jelaskan kepada mereka. Mampukah akal mereka yang masih cilik memahami erti kehilangan?? Mampukah mereka mengerti erti kasih sayang yang tiada penghujung?? v7


Setelah didesak oleh beberapa orang pelajar, barulah penulis membuka mulut menceritakan hal sebenar. Rentetan peristiwa itu penulis atur satu persatu sehingga lengkap menjadi sebuah cerita yang sempurna. Anak² didik penulis diam, sepatah pun tidak bersuara menghayati kisah duka seorang guru. Airmata penulis bergenang di pelupuk mata, mujurlah ia tidak tumpah di hadapan mereka. Di akhir kelas, penulis sempat berpesan kepada para pelajar agar menghargai ibu bapa mereka selagi masih ada hayat dikandung badan. Janganlah lokek untuk mengucapkan rasa kasih sayang kepada kedua ibu bapa yang dikasihi. v7

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.