Aug 31, 2008

Erti Sebuah Kemerdekaan


Pixel Code Graphics


Selamat Hari Kemerdekaan Ke-51 buat Malaysia tercinta. Dalam sedar atau tidak, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini bagaikan tiada seri bagi sesetengah rakyat Malaysia. Di tempat penulis misalnya, kibaran Jalur Gemilang tidak kelihatan meriah seperti tahun² sudah. Hanya segelintir pemilik kenderaan mahu pun pemunya premis perniagaan yang mengibarkan bendera. Selebihnya lebih senang membiarkan merdeka berlalu tanpa semangat patriotik di jiwa.


Apa sebenarnya erti kemerdekaan bagi sesetengah anak muda di Malaysia?? Adakah berpacaran ke tempat² yang menganjurkan pengiraan ambang merdeka?? Kemudiannya, berlibur hingga ke pagi tanpa mempedulikan kerisauan mak abah di rumah?? Kemudiannya terjebak ke dalam kancah maksiat yang menjijikkan?? Aduhai, punahnya bangsaku gara² perbuatan tidak bermoral menjelang hari memperingati keringat jerit perih para pejuang dahulu membebaskan tanahair. Usahlah kamu mencemarkan maruahmu sendiri, didiklah jiwamu dengan nilai² murni agar kamu dapat terus berdiri gah sebagai seorang manusia yang berjaya.

Peluang yang ada ini ingin penulis pergunakan sepenuhnya untuk menyeru anak² muda Melayu yang beragama Islam agar kembali ke ajaran Islam yang sebenarnya. Janganlah kamu sekadar mengaku sebagai seorang Islam tetapi berfahaman yang jauh menyimpang dari hukum Islam itu sendiri. Merdekakanlah diri kamu dari anasir² barat yang tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Selamat Hari Merdeka, Malaysia.



Perpaduan Teras Kejayaan
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

2 Comment

mkaw77 Sun Aug 31, 07:23:00 AM

Prasan gak x banyak bendera yg di pasang.. rupa2 nyer diorang dh bawa pi Olimpik Bejing hari tu!!

Eriyza Sun Aug 31, 11:53:00 AM

Mohd Kamal, semangat patriotik dah luntur agaknya. Huhuhu!!! :(

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.