Jan 20, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermark


Jika anda perasan, kebanyakan gambar yang dipaparkan di blog ini mempunyai ayat eriyza's blog. Tujuannya tidak lain adalah untuk memberitahu kepada umum bahawa gambar itu diambil dari blog ini jika anda menemui gambar yang sama di blog orang lain. Namun, semua gambar itu bukan hak milik penulis cuma penulis meletakkan tanda nama penulis kerana penulis yang membuat tutorial atau menguar²kan tentang laman web tertentu. setan


Jika anda punya banyak koleksi gambar peribadi dan ingin dipaparkan kepada umum, anda sememangnya patut membuat tanda nama pada gambar² tersebut. Usah biarkan hasil kerja anda dimanipulasi sesuka hati oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, anda perlu meletakkan watermark sebagai hak cipta anda. Buat watermark anda di Picmarkr. Anda boleh memilih Text Watermark, Image Watermark atau Tiled Watermark. Menariknya, selain anda boleh memuatturun gambar itu ke komputer, anda juga dapat mengambil gambar dari Flickr dan menyimpannya semula di Flickr. Cepat, lindungi koleksi gambar² anda di Picmarkr. Semestinya, ianya percuma. menari

Nota : Sila berikan kredit kepada blog ini jika anda mengambil sebarang gambar dari blog ini yang mempunyai tanda nama eriyza's blog. Terima kasih.

4 Comment

Adry Wed Jan 21, 11:19:00 AM

bestla citer flash tu... hehe...

Eriyza Wed Jan 21, 11:36:00 AM

Adry : Yup, mmg best. :)

nadnye Sun Jun 21, 02:48:00 AM

Thanks for the useful info..

Eriyza Tue Jun 23, 11:55:00 AM

nadnye : Okey.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.