Jan 9, 2009

Menulis Blog Dari Web Lain


Setelah beberapa jam menutup blog ini, penulis kembali lagi dengan topik terbaru. Ada ramai yang bertanya tentang penutupan blog penulis baru² ini, sebenarnya penulis cuma mencuba skrip baru. Jangan panik wahai pembaca blog ini, selagi penulis punya "mood", insyaAllah blog ini akan beroperasi. Mungkin juga suatu masa nanti, apabila penulis sudah malas, blog ini akan ditutup dan ianya hanya akan menjadi arkib sejarah. Jom kembali ke topik asal. menari


Seandainya anda ingin menulis blog tetapi anda tidak dapat masuk ke blog anda, maka penulis mempunyai alternatif lain untuk tujuan itu. Anda masuk saja ke web WriteToMyBlog. Di web ini, anda boleh menulis blog anda seperti biasa, malah fungsi yang tersedia melebihi apa yang anda jangkakan. Antaranya anda boleh memasukkan gambar dari Flickr dan video dari Youtube dengan mudah.

Anda juga boleh melihat prebiu blog anda sebelum mengeposnya. Disimpan sebagai draf pun boleh. Paling mengujakan penulis, anda juga dapat mengedit pos² anda yang lepas. Malah, jika anda mempunyai dua blog, kedua²nya akan dipaparkan. Seperkara lagi, ianya bukan dikhususkan untuk Blogspot saja, malah beberapa platform lain juga tersedia seperti Wordpress, Typepad dan lain². Semestinya web ini percuma, tidak perlu didaftar. Penulis boleh memberi jaminan bahawa anda akan terasa seperti berada di pelantar blog anda sendiri. Tidak percaya?? Cubalah sendiri menulis blog dari WriteToMyBlog. cium

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.