Jan 23, 2009

Pilih Dulu Sebelum Cetak


Ramai orang mengambil maklumat dari internet sebagai bahan rujukan utama. Ada waktunya maklumat² tersebut perlu anda cetak untuk simpanan. Namun, bukan semua isi dari web atau blog penting untuk anda, mungkin sebahagian sahaja yang anda perlukan. Jadi, mengapa perlu dibazirkan dakwat cetak untuk bahan yang anda tidak mahu??


Justeru, anda boleh menggunakan khidmat PrintWhatYouLike untuk mencetak bahan² yang anda perlukan sahaja. Anda boleh membuatnya dengan tiga langkah mudah. Letakkan alamat web atau blog. Edit dan ambil bahan yang anda mahu. Kemudian, cetak saja bahagian yang anda sudah edit. Paling bagus, anda boleh menggabungkan isi dari beberapa laman web dan blog untuk dicetak di dalam satu halaman sahaja. Ayuh, jimatkan masa, kertas A4 dan dakwat.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.