Ada sesetengah bloggers baru seperti Adanzz dan mungkin juga lama masih belum dapat membuat favicon pada blog mereka. Penulis suka untuk berkongsi dengan cara yang paling mudah untuk membuatnya berbanding cara yang pernah penulis tulis dulu. Tujuannya agar anda lebih senang faham.
Mula² anda perlu mencari ikon yang sesuai untuk dijadikan favicon. Saiz yang disarankan ialah 16x16. Penulis menggunakan ikon dari Iconlook untuk tutorial kali ini. Jom, belajar cara untuk membuatnya.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML.
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari </head> dan letakkan kod ini di bawahnya.
<link href='http://www.icon.com/myicon.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
Jika anda menggunakan favicon sendiri, gantikan saja http://www.icon.com/myicon.png di atas dengan ikon anda sendiri. Penulis menyediakan lima favicon untuk anda pilih. Gantikan sahaja kod yang penulis jadikan contoh di atas dengan salah satu kod² ini.
<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/access.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/lock.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/agt_home.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/important.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/cnr-pending.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
5. Preview.
6. Save template jika berpuashati dengan favicon tersebut.
Selamat mencuba. Tinggalkan komen kalau berjaya buat.
27 Comment
saya ni baru belajar. tak dapat nak edit html untuk tukar tempelet dengan betul, asyik tak menjadi. Masalahnya mungkin sewaktu nak download full template. kalau sudi tolong tunjuk ajar-TQ.
melatiwangi.blogspot
@PMY : Pi kat Layout - Edit HTML, klik je Download Full Template kat situ.
tq awak saya dah gunakan pun tq awak....
@Asm : Sama².
gud info,malas ler nak wat lagi...nak buat nanti ler...helo eriyza,leh mintak tolong sikit? cmner nak amik kod top popular post/artikel?sye nak sgt,..awk tahu cmner nak amik/nak buat top popular post widget? ok thanks
Umar Skyscooter : Kalo tak silap saya, Amanda ada membuat widget tuk itu.
akhirnya selps di wt try n error..dapat la jugak membuatnya..tima kasih sebab berkongsi info yang amat sukar sekali diperolehi....
amanda?sape amanda tu? tak kenal ler eriyza..
Whose : Tahniah sbb bejaya wat. Sy sekadar berkongsi apa yg sy tau saja. :)
Umar Skyscooter : Nanti sy tulung carikan tuk awak.
Kak Eriy, nak tnya cket...
Domain Via.My tu free ke?
kalau register kena caj x?
thanks...
da dpt wat..
xD
okey Daus da guna domain daus.via.my tu tpi kena caj x ekk?
Daus bimbang bil internet melambung nanti abah x kasi guna lak pc...
Daus : Domain nih percuma jer.
Kamu dah leh wat kira okey laa. :)
Eazy Izzuddin : Sama². :)
thanks with ur information popular posts but tetap xmenjadi ler...saya dah amik dah kod popular post widget kat bloggerbuster tapi tak jadi..
Umar Skyscooter : Sy rasa skrip tuh bemasalah. Sy cuba pun tak menjadi gak.
salam akak..oo macam tu akak er..akak buat senang jer..huhu..malu pulak xreti..huhu,thank laa bagi cara yang lebih mudah..akak kalau nak tukar icon lain buat kat imagehack ker??
Adanzz Hanzz : Kalo ada ikon seniri, upload je kat imageshack, pastuh gantikan dgn url contoh kat atas. Senang jer. :)
tanx...saye da berjaye wat da....
blog nie membantu sgt2....
teruskan letak tutorial yang menarik....
hidup bloggers...
Da_Communist : Tahniah sbb bejaya wat.
Happy blogging. :)
makasih ya sis Eriyza :D
muhammad fakhruddin : Sama².
kak..
saya dh berjaya wat favicon sndr..
hehehe
H.R PuTeRa YuSoFF : Tahniah. ;;)
salam,
tutorial yg simple n menjadi. TQ.
zukidin.blogspot.com
Daddy Zuki : Wsalam. Sesama.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.